Saturday, 23 February 2019

3 krisis golongan makan gaji

1) Tak mampu nak beli rumah sendiri.
Rumah teres 2 tingkat biasa. 500k keatas
Condo biasa 500k keatas

2) Tak mampu nak simpan duit pendidikan anak-anak.
Universiti kerajaan- yuran+sewa+belanja harian. Jumlah untuk 4 tahun 30k++

Universiti swasta - yuran+sewa+belanja harian. Jumlah untuk 4 tahun 60k++ ke 150k++
3) tak mampu nak simpan duit untuk hari tua.

Cuba tanya kawan-kawan anda, berapa diantara mereka yang berani nak fikir pasal beli rumah sekarang.
Bagi yang berumahtangga dan ada anak, berapa yang dah beli polisi pendidikan atau menabung di tempat lain untuk tabung pendidikan anak-anak. Mereka kata nak bayar belanja harian keluarga pun susah, mana ada duit nak simpan?

Saya risau keadaan ini, sebab golongan makan gaji akan hidup bukan sahaja susah, tapi sangat sangat susah sekarang  dan masa depan.Ramai anak pasti akan duduk dengan ibubapa yang ada rumah sebab mereka tak mampu nak beli sendiri.

Gaji graduan baru berapa sebulan? Antara 1500 ke 3000 sebulan. Potong ansuran pinjaman pendidikan, potong ansuran kereta, bayar petrol, tol, parking, belanja harian dsbnya. Berapa duit yang tinggal?
Nak beli rumah 500k, bayaran asas10% iaitu 50k. Berapa lama nak kumpul 50k dengan gaji 1500-3000 sebulan?
Lepas itu, tahukah berapa bayaran ansuran rumah sebulan? Busuk busuk 2-3k sebulan atau lebih.

Saya dah buat banyak pengiraan tentang perancangan kewangan, dengan gaji rendah dan harga barangan dan rumah yang melambong tinggi, saya tak tahu macammana anak-anak kita nak hidup makan gaji.

Mungkin anda tak percaya, tunggu dan tengok apa akan jadi kat anak-anak kita kalau mereka nak hidup makan gaji.

Kalau bapak orang kaya atau usahawan, nasib baik untuk anak-anak sebab bapak boleh bantu dari segi kewangan. Kalau bapak golongan makan gaji, sorry la! Anak-anak semua kena mula dari kosong( start from zero)

Ramai orang mungkin tak nampak, masih happy go lucky. Enjoy life. Holiday sini sana kalau ada sikit duit, tapi tak pernah fikir pasal tabung pendidikan, insuran, tabung pesaraan dsbnya. Aiyo! Macamana???

Ramai golongan ibubapa masih menaruh harapan kepada PTPTN, mereka tidak tahu apa masalah akan terjadi kepada anak anak yang ambil PTPTN. kasihan anak anak, lepas tamat pengajian, sudah hutang berpuluh puluh ribu, endah boleh bayar tak? Ramai yang tak boleh dapat kerja pun. So how?
Tak boleh bayar,nama kena black listed.
Susah!!!
Inilah nasib keadaan golongan makan gaji tapi apa boleh buat ?Mentaliti golongan makan gaji tak akan ubah, mereka masih anggap makan gaji selamat, terjamin. Susah nak tukar fikiran. Zaman sekarang dah ubah, dulu bapak kita dengan gaji 1000 sebulan pun boleh beli rumah, tapi sekarang mustahil.

Untuk golongan makan gaji, masa untuk fikir masak masak dan betul betul !!!
Jadi usahawan satu satu caranya.
Usahawan apa? Tak ada modal,tak ada knowledge, tak ada orang ajar.
Jangan risau, jadi seorang KONSULTAN TAKAFUL.
Tak payah modal, kursus diberikan percuma. Tak ada risiko langsung. Tapi best part ialah boleh jadi JUTAWAN.
Saya tahu mungkin reaksi anda 'SUSAH JADI KONSULTAN' kalau begitu, makan gaji kan lagi susah, susah seumur hidup. Kalau anda rela hidup susah makan gaji, tak salah pun.

Tapi ingat !
Kalau anda miskin sebab ibubapa anda miskin, itu bukan salah anda.
Tapi kalau anak-anak anda miskin sebab anda tak mampu, itu tanggungjawap anda.

Sunday, 15 March 2015

Bacalah artikel artikel ini

Masa kini, keadaan yg berlaku ialah:
1) tak mampu nak bersara kerana wang kwsp tak cukup 
2) tak mampu nak beli rumah Kerana harga rumah terlalu tinggi3) tak mampu nak tanggung kos universiti anak2 kerana ia terlalu mahal . 
Keadaan ini akan jadi lebih teruk lagi selepas 1st April kerana per laksanaan GST kerana harga rumah secara langsung akan naik 6% .
Mereka yg makan gaji akan lebih merasai keadaan ini kerana harga barangan naik, tapi gaji tak naik naik. Tapi apakah daya? Inilah keadaan yg dialami oleh golongan makan gaji .
Bagaimana anda boleh mengubah keadaan ini? Nak bergantung kepada kerajaan? 
Ramai golongan yg makan gaji memang tak ada cara atau idea untuk berubah, mereka hanya boleh berharap dan terus berharap , Kenapa ?
Sebab mereka memang tidak mahu berganjak dari alam makan gaji. Mereka kurang keyakinan dan dorongan untuk Berniaga . Mereka memang tak pernah fikir untuk Berniaga .
Kalau tak mampu beli rumah, sewa aja lah !
Kalau tak mampu tanggung kos universiti anak, ambil pinjaman aja lah !
Kalau tak mampu nak bersara , terus kerja la sampai Umur 70.



Tahukah anda mengapa bilangan konsultan takaful atau konsultan insuran di kalangan orang Melayu masih kurang ?
Banyak usaha dilakukan oleh Bank negara untuk meningkatkan penglibatan orang Melayu di bidang takaful , tapi selepas 30 tahun, bilangan nya masih rendah.
Salah satu sebab utama ialah kesedaran tentang kepentingan takaful. Sejak 20-30 tahun yg lepas, bilangan orang Melayu yg Masuk polisi takaful amat amat rendah. Sebilangan besar ibubapa tidak mempunyai polisi takaful atau insuran. Ini seterusnya akan menyebabkan ramai golongan ibubapa tidak dapat mengalakkan anak anak mereka menceburi bidang ini kerana mereka tidak memahami nya.
Saya pernah mengalami kes dimana ibubapa membantah anak mereka jadi konsultan takaful kerana pada pendapat mereka, ini satu bidang yg tidak boleh menjamin hidup kerana ia amat amat susah. Terdapat golongan ibubapa yg tidak percaya tentang polisi takaful dan juga menghalang anak mereka mengambil polisi takaful.
Jadi, jika golongan ibubapa kekurangan kesedaran tentang manfaat takaful, maka sudah pasti mereka tidak akan bersetuju jika anak mereka nak jadi konsultan takaful .




Terdapat 2 jenis perniagaan 
1) perniagaan bermodal 
2) perniagaan tanpa modal
Untuk perniagaan tanpa modal, pilihan terbaik ialah keusahawanan takaful.
Ramai yg dah menjadi jutawan dalam bidang takaful. Apa yg anda perlu ialah 
1) ilmu 
2) skil 
3) usaha
TKF academy network adalah jawapan nya.
Kami mengajar cara pemasaran yg unik iaitu 
1) pemasaran cara trdisional 
2) pemasaran melalui internet
Anda boleh membuat pemasaran takaful dari rumah juga. Apa yg anda perlu buat ialah Masuk TKF academy network. 



Ramai yang tak cebur bidang keusahawanan kerana tak suka kerja pemasaran ( sales).Mereka kurang yakin dengan kerja ini kerana rasa ia satu kerja yg susah. Mereka takut rejection.
Dalam bidang perniagaan, pemasaran adalah faktor utama yg akan menentukan kejayaan. Skil dan teknik boleh dipelajari dan anda tidak harus takut jika anda betul betul ingin memasuki bidang keusahawanan.
Cari guru dan mentor yg dapat bantu anda dan ini pasti akan memudahkan usaha anda untuk memulakan perjalanan anda di bidang keusahawanan.




2 sebab utama ramai orang takut berubah
1) risau dan bimbang dengan keadaan baru yang bakal dilalui. Bila orang yg sudah bekerja berpuluh tahun tiba tiba ingin berniaga, rasa takut tentang keadaan baru pasti timbul. Kerisauan ini akan menyebabkan ramai yg tidak berani membuat keputusan.
2) rasa kurang yakin. Bila orang ingin berubah menceburi sesuatu bidang lain, banyak keraguan tentang keupayaan diri akan wujud. Ramai yg akan mempersoalkan kebolehan diri, mereka tertanya tanya samada mereka mampu, mereka akan tanya apa jadi jika mereka gagal? Apa jadi jika keadaan baru itu lebih teruk dari keadaan sekarang nanti ?
Kesannya ialah mereka tidak berani sekali lagi untuk membuat keputusan .
Jadi, sekiranya anda tidak puas hati dengan keadaan anda sekarang terutama sekali dari segi kewangan, anda harus berani membuat perubahan. Berani membuat keputusan dan akan mungkin dapat merasai satu pencapaian yg di luar dugaan satu hari nanti .




Tahukah anda mengapa 95% masyarakat Kita makan gaji ? Sebab utama ialah ibubapa mereka makan gaji, cikgu mereka makan gaji, pensyarah mereka makan gaji dan kawan kawan mereka semua makan gaji .Jadi mereka hanya disalurkan dengan minda makan gaji. Mereka lakukan apa yg dilakukan oleh majoriti masyarakat Kita. Jadi tak hiaran kalau mereka pun makan gaji seperti majoriti masyarakat.
Saya rasa anda faham mengapa 95% masyarakat Kita makan gaji. Orang yg makan gaji hanya faham tentang Falsafah orang yg makan gaji, mereka percaya makan gaji adalah amalan yg memberi sekuriti.
Orang makan gaji tidak boleh faham minda orang yg Berniaga kerana mereka tidak bergaul dengan orang yg berniaga. Orang makan gaji percaya Berniaga tiada jaminan, risiko tinggi dan tak berani mencuba. Golongan makan gaji selesa dengan apa yg mereka lakukan, walaupun tak dapat pendapatan yg mencukupi, mereka tetap makan gaji sampai bersara.
Jadi anda pasti faham orang yg makan gaji susah berubah. Itu juga sebab mengapa yg makan gaji tetap 95% dan yg Berniaga tetap 5% sahaja sejak dulu hingga sekarang .


Tahukah anda mengapa ramai orang tidak boleh menjadi kaya? 
Salah satu sebab utama ialah orang yg miskin tidak pernah fikir mereka boleh jadi kaya. Mereka lahir dalam keluarga miskin, tak pernah bergaul dengan orang kaya, tak tahu cara hidup orang kaya, tak ada rangkaian sosial orang kaya.
Jika mereka hidup dalam masyarakat orang miskin,bergaul hanya dengan orang miskin , bagaimana mereka boleh fikir jadi orang kaya?
Tambahan lagi, ibubapa mereka pun orang miskin, tidak ada kemungkinan mereka boleh mengetahui dan memahami Falsafah hidup orang kaya.
Hasilnya, orang yg miskin akan terus miskin, generasi demi generasi. Cuma ada sebilangan Kecil golongan orang miskin yg dapat mengubah nasib mereka menjadi orang kaya. Akan tatapi, peratus nya adalah terlalu terlalu kecil.Jika anda mempunyai impian menjadi orang kaya satu hari nanti, anda pasti tahu apa yg anda harus lakukan sekarang ?




Ramai yang tak cebur bidang keusahawanan kerana tak suka kerja pemasaran ( sales).Mereka kurang yakin dengan kerja ini kerana rasa ia satu kerja yg susah. Mereka takut rejection.
Dalam bidang perniagaan, pemasaran adalah faktor utama yg akan menentukan kejayaan. Skil dan teknik boleh dipelajari dan anda tidak harus takut jika anda betul betul ingin memasuki bidang keusahawanan.Cari guru dan mentor yg dapat bantu anda dan ini pasti akan memudahkan usaha anda untuk memulakan perjalanan anda di bidang keusahawanan.




Tuesday, 5 November 2013

Cabaran makan gaji

Masyarakat lebih memperagung-agungkan kerja seperti doktor, peguam, jurutera dan sebagainya. Dalam sekolah, universiti, pelajar-pelajar diajar untuk mencari pekerjaan . Dalam rumah, kebanyakan ibubapa akan menggalakkan anak-anak mereka mencari pekerjaan selepas tamat pengajian kerana mereka juga dari golongan yang makan gaji. Bidang keusahawanan bagi mereka adalah bidang yang berisiko tinggi dan ramai ibubapa sememangnya tidak memberi galakkan kepada anak-anak mereka untuk menceburi bidang keusahawanan. Inilah sebab utama 95% golongan yang bekerja adalah golongan yang makan gaji.

Kekurangan pendedahan kepada bidang keusahawanan menyebabkan masyarakat kita masih kekurangan keyakinan terhadap bidang keusahawanan. Peratusan besar masih lebih gemar menceburi sektor makan gaji kerana mereka masih berpendapat ia lebih terjamin dan senang. Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, banyak perubahan telah berlaku dalam sektor makan gaji, ia menjadi lebih mencabar dan ramai lepasan universiti menganggur akibat kekurangan peluang pekerjaan. Tambahan pula, gaji graduan yang rendah dan inflasi yang tinggi menyebabkan ramai yang menghadapi hidup susah terutama yang hidup di bandar.

Dalam sektor makan gaji, keadaan ekonomi dan persaingan sengit menyebabkan ramai majikan memberi banyak tekanan kepada pekerja-pekerja mereka meningkatkan prestasi dan produktiviti. Ambil contoh dalam sektor bank, saya mengetahui terdapat bank-bank yang mewajibkan  pekerjanya  mencari pelanggan untuk ambil kad kredit bank walaupun mereka bukan terlibat dalam pemasaran, jika mereka tidak mencapai target tertentu yang ditetapkan maka mereka tidak akan mendapat sebarang peningkatan gaji. Untuk mereka yang terlibat dalam pemasaran, mereka terpaksa mencapai target yang banyak dalam kad kredit, pinjaman peribadi, insuran, pinjaman ASB dan lain lain. Sebaliknya apa yang mereka dapat walaupun mereka mencapai target tersebut ?  Bagi yang tidak boleh mencapai target, mereka pula khuatir akan kehilangan kerja mereka. Lebih-lebih lagi  pengurus bank masa kini sudah terpaksa keluar mencari pelanggan dan tidak boleh duduk dalam bank seperti dulu.

Keadaan yang disebutkan diatas jelas menunjukkan bahawa sektor makan gaji sudah tidak semudah seperti yang difikirkan oleh orang ramai. Tambahan pula, gaji yang rendah bagi graduan menyebabkan mereka yang makan gaji memang hidup susah. Dalam tahun 1986, gaji pemulaan ialah RM1500. Selepas 27 tahun, gaji pemulaan seorang graduan masih dalam lingkungan RM 2500 iaitu peningkatan sebanyak 67% sahaja. Sebaliknya harga rumah teres 2 tingkat sudah naik melambung tinggi dari RM100,000 pada tahun 1992 ke RM 400,000 keatas sekarang ( 2013). Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 300% keatas. Kalau kita tinjau keadaan peningkatan gaji dan peningkatan harga rumah, maka jelas terbukti kenaikan gaji sudah tidak boleh lagi menandingi kenaikan harga rumah.

Walaupun inilah keadaan yang sebenar terjadi, tapi ramai orang masih tidak mengetahuinya. Kekurangan kesedaran menyebabkan ramai masih mengharapkan makan gaji dan tetap tidak membuat sebarang perubahan. Sistem pelajaran di negara kita masih tidak menampakkan sebarang perubahan untuk menggalakkan pelajar-pelajar menceburi bidang keusahawanan. Bila graduan tidak mendapat pekerjaan
kerajaan terpaksa belanja bejuta-juta ringgit untuk mengadakan kursus meningkatkan kemahiran graduan graduan dalam usaha untuk meningkatkan daya persaingan mereka.

Pernahkah anda membaca buku yang ditulis oleh Robert kiyosaki yang bertajuk " Gred A student work for gred C student " Buku itu jelas menunjukkan bahawa pelajar yang cemerlang dalam akademi dan berkelulusan universiti akhirnya masih bekerja untuk pelajar Gred C yang tidak masuk universiti tetapi  menjadi usahawan berjaya. Ini membuktikan bahawa kelulusan univerisiti tidak lagi menjamin hidup selesa melainkan graduan berani menerokai bidang keusahawanan.

Sekiranya hidup anda masih susah dan pekerjaan anda tidak membawa sebarang harapan, pertimbangkan keusahawanan takaful. Kursus keusahawanan takaful dengan silibus terunggul tetap boleh menjadi titik perubahan dalam hidup anda. Ramai yang menjadi berjaya setelah menceburi bidang keusahawanan takaful dan ramai dari mereka yang hanya berkelulusan SPM. Untuk mendapat kesedaran, hadirilah kelas taklimat keusahawanan saya kerana sebarang perubahan mesti bermula dari kesedaran. Ingat, tak sedar maka tak ubah, tak ubah maka tak maju. Layarilah semua blog,laman dan facebook saya.

laman      www.takafulnetworking.com
blog        www.takafulbisnes.blogspot.com
               www.takafulcalvin.blogspot.com
facebook Takaful Calvin














Monday, 14 October 2013

Apa pilhan anda

Setiap tahun, lebih kurang 180,000 graduan tamat pengajian dari univerisiti dan mula melangkah masuk ke masyarakat mencari perkerjaan.Adakah mereka ini pasti boleh mendapat pekerjaaan dengan kelulusan Ijazah atau Master yang mereka miliki ? Ramai graduan masih berpendapat bahawa kelulusan Ijazah boleh menjamin mereka mendapat sesuatu pekerjaan, tetapi hakikatnya adalah berbeza sama sekali.

Terpapar dalam suratkhabar hari ini 14th oktober 2013 jelas menunjukkan bahawa peluang pekerjaan semakin menurun. Berita itu menyatakan bahawa peluang pekerjaan pada 2013 sudah menurun sebanyak 35% berbanding dengan tahun 2012 untuk tempoh 6 bulan yang pertama seperti berikut:

2012 - 167,968
2013 - 107,796

Selain daripada graduan yang berkelulusan Ijazah, graduan yang berkelulusan Master amat bimbang tidak boleh mendapat pekerjaan. Ramai yang mengatakan bahawa mereka sukar mendapat pekerjaan yang selaras dengan apa yang mereka pelajari dan ini menyebabkan mereka terpaksa melakukan pekerjaan yang tidak ada kaitan langsung dengan apa yang mereka pelajari dengan gaji sebanyak RM1000 sebulan. Inilah gaji yang saya bayar untuk orang gaji saya ( maid ) dari indonesia.

Berita ini sememangnya tidak memeranjatkan saya kerana keadaan ini sudah lama berlaku. Saya pernah mengetahui seorang kawan yang berkelulusan ekonomi masih tidak mendapat tawaran kerja selepas 2 tahun tamat pengajian. Terdapat beberapa sebab-sebab yang menyebabkan keadaan ini berlaku

1) Peningkatan umur bersara ke umur 60  menyebabkan peluang pekerjaan berkurangan.
2) Keadaan Ekonomi sedunia yang tidak stabil menyebabkan ramai majikan mengurangkan tawaran kerja.

Disamping itu , banyak syarikat sudah menawarkan skim VSS ( voluntary seperation scheme)  untuk mengurangkan kakitangan mereka. Kebanyakkan syarikat lebih suka mengambil pekerja-pekerja kontrak daripada pekerja tetap untuk mengurangkan kos. Pekerja kontrak bermakna pekerjaan adalah tidak terjamin kerana majikan boleh memperhentikan pekerjaan apabila kontrak tamat. Juga difahamkan bahawa kebanyakkan majikan lebih gemar mengambil pekerja-pekerja yang berpengalaman berbanding dengan graduan yang baru tamat pengajian.

Sebab-sebab diatas jelas menunjukkan bahawa peluang pekerjaaan untuk graduan semakin berkurangan dan juga persaingan untuk mendapat pekerjaan menjadi semakin sengit. Jika anda seorang pelajar yang akan tamat pengajian, apakah pilihan anda sekarang?

Adakah anda masih bertekad untuk merebut dengan graduan-graduan lain demi untuk mendapat pekerjaan atau anda berani mengambil peluang menceburi bidang keusahawanan. Kerajaan juga menggalakkan graduan graduan berani menceburi bidang keusahawanan. Nasihat saya untuk mereka yang akan tamat pengajian ialah mengambil peluang untuk menceburi bidang keusahawanan takaful kerana ia satu bisnes yang berpotensi tinggi. Lebih- lebih lagi, syarikat saya mempunyai silibus keusahawanan takaful yang boleh melatih dan membimbing anda menjadi seorang konsultan takaful yang berjaya. ( rujuk blog saya : www.takafulbisnes.blogspot.com )

Akhir sekali, sektor makan gaji  tidak lagi semudah seperti yang anda jangkakan. Persaingan yang sengit, gaji yang rendah dan tidak boleh menandingi inflasi menyebabkan ramai yang makan gaji hidup susah dan terus susah. Jika anda ingin mengubah keadaan hidup yang begini, beranilah berubah demi masa depan yang lebih cerah dan kehidupan yang lebih selesa. Ambillah kesempatan ini dan jangan teragak agak lagi.
Terima kasih.













Tuesday, 8 October 2013

Apa boleh anda buat sekarang

Kebelakang ini banyak isu isu berkaitan dengan kenaikan harga minyak menyebabkan ramai orang di negara merasai sekali lagi kesulitan dalam mengawal perancangan belanjawan keluarga. Ramai yang merasakan bahawa mereka terpaksa menanggung perbelanjaan yang lebih tinggi.

Hari ini, saya terbaca dalam suratkhabar bahawa subsidi untuk gula dan tepung berkemungkinan besar akan dikurangkan oleh kerajaan dan ini secara langsung akan meningkatkan harga gula dan tepung. Apakah kesan jika harga gula dan tepung meningkat ? Sudah pasti harga barangan atau makanan lain yang memerlukan gula dan tepung akan meningkat. Ini seterusnya akan menyebabkan perbelanjaan keluarga meningkat sekali lagi dan saya pasti mesti ada banyak lagi rintihan rintihan mengenai isu isu kenaikan harga barangan.

Inflasi adalah satu perkara yang tidak boleh dielakkan sama sekali dalam kehidupan harian kita. Soal soal inflasi menjadi perkara hangat yang selalu dibincangkan. Soalnya ialah adakah inflasi di bawah kawalan kita ?
Rakyat selalu menyalahkan kerajaan mengenai inflasi yang berlaku , walaupun demikian inflasi masih tetap berlaku dan akan terus berlaku.

Isu inflasi menjadi lebih serious kerana kenaikan gaji yang amat rendah. Bahkan ramai orang yang tidak mendapat kenaikan gaji dari majikan. Bagi pihak majikan, Kenaikan gaji adalah beban untuk sesuatu syarikat dan ini menyebabkan pihak majikan sedaya upaya  tidak memberi peningkatan gaji atau memberi peningkatan gaji yang sedikit jika boleh.

Dari soal soal yang kita bincangkan tadi jelas menunjukkan bahawa peningkatan gaji tidak selaras dengan peningkatan inflasi. Kenaikan gaji pasti tidak dapat menandingi kenaikan inflasi. Inflasi sememangnya adalah tanggungjawap kerajaan dan apa yang rakyat jelata boleh buat ialah menunggu dan mengharapkan inflasi dapat dikawal. Selain daripada itu , apa lagi yang boleh mereka buat ?

95 % populasi yang bekerja adalah dalam sektor makan gaji. Kenaikan gaji adalah kuasa majikan, kenaikan inflasi adalah kawalan kerajaan. Maka jelas bahawa kedua kedua faktor itu bukan dibawah kawalan rakyat jelata terutama untuk golongan yang makan gaji. Jikalau anda ingin mengecapi kebebasan kewangan dan masa, apakah yang boleh anda lakukan sekarang ?

Makan gaji sememangnya tidak dapat membawa apa apa lagi perubahan dalam kehidupan anda. Sekiranya anda masih makan gaji berterusan, maka anda terpaksa menghadapi keadaan ini selama lamanya. Ramai rintihan mengenai ketidak mampuan untuk memiliki rumah sendiri kerana harga rumah yang terlalu tinggi. Tambahan lagi, ramai orang mempunyai simpanan yang amat sedikit atau tidak mempunyai sebarang simpanan langsung. Ini adalah satu risiko hidup kerana mereka tidak mempunyai tabung kecemasan sekiranya sesuatu berlaku.

Gaji rendah, tiada duit simpanan dan komitmen famili yang tinggi menyebabkan ramai orang tidak mampu menabung untuk tabung pendidikan anak-anak mereka dan juga untuk persaraan . Mereka sekali lagi menaruh harapan kepada kerajaan dan soalnya ialah adakah kerajaan dapat memenuhi segala permintaan rakyat jelata ? Kos pendidikan yang semakin meningkat menyebabkan rakyat jelata menaruh harapan besar kepada kerajaan untuk mendapat biasiswa atau pinjaman. Seperti yang kita sedia maklum, biasiswa semakin berkurangan dan hanya diperuntukkan untuk golongan pelajar yang cemerlang. Tanpa biasiswa, maka pinjaman menjadi pilihan lain untuk menanggung kos pendidikan.Ini seterusnya akan menyebabkan anak-anak mereka mempunyai hutang yang banyak akibat dari pinjaman tersebut.

Keadaan ini akan berlarutan generasi ke generasi selagi seseorang itu masih bergantung kepada makan gaji semata-mata. Untuk keluar dari kesusahan ini, maka seseorang itu mesti berani melangkah masuk ke bidang keusahawanan. Untuk memasuki bidang keusahawanan , rintihan yang selalu kita dengar ialah

1) Tak ada modal
2) Tak ada orang ajar
3) Tak ada peluang
4) Tak ada pengalaman
5) Tak ada ilmu dan macam macam lagi alasan.

Untuk mengatasi kesulitan yang disebutkan diatas, pertimbangkan keusahawanan takaful. Syarikat saya ada kursus keusahawanan yang percuma untuk remaja yang berkelulusan SPM, Kursus ini melatih seseorang menjadi seorang konsultan takaful yang berkewibaan dan kursus kami meliputi 4 aspek berikut
1) Ilmu ( knowledge )
2) sikap ( atttitude)
3) kemahiran ( skil)
4) Tabiat ( habit )

Disamping itu , kami juga akan melatih konsultan baru tentang aspek pengurusan seperti mengurus dan mengawasi prestasi bisnes, cara membuat lapuran dan membuat perancangan bisnes dan macam macam lagi. Inilah peluang keemasan untuk membaut perubahan dalam hidup anda. Daripada menunggu dan tidak berupaya untuk menandingi keadaan inflasi , apa yang anda boleh buat sekarang ialah bersedia untuk mengambil alih kuasa yang boleh menentukan destinasi masa depan anda. Saya berharap semua remaja berani tampil ke depan menceburi keusahawanan takaful.
Kontak saya sekiranya anda ingin maklumat lanjut.
email siack@pd.jaring.my
hp 0192776182
wechat id Takaful_calvin


















Tuesday, 24 September 2013

Kalau bukan sekarang , bila lagi

Seruan dari PM kita menyuruh orang menceburi bidang keusahawanan terutama di kalangan kaum bumiputra, namun ramai remaja zaman kini masih kurang yakin dan tidak berani menceburi bidang keusahawanan. Seperti yang kita sedia maklum, 95% dari populasi yang bekerja berada di bidang makan gaji dan cuma 5% yang menceburi bisnes.

Terpapar dalam berita harian mengenai peningkatan ekuiti bumiputra
1970 - 2.4%
2011 - 23.5%

Selepas 41 tahun , ekuiti bumiputra masih belum mencecah 30% seperti yang diharapkan. Seorang pemberita juga melapurkan bahawa sosioekonomi yang tidak seimbang boleh menyemai rasa ketidakpuasan hati antara kaum. Ini jelas menunjukkan bahawa penglibatan kaum bumiputra di bidang keusahawanan adalah satu agenda yang amat penting masa kini.

Walaupun berbagai dorongan dan bantuan kerajaan telah diberikan , tetapi penglibatan kaum bumiputra dalam bisnes masih amat berkurangan. Apakah sebab sebab yang menyebabkan fenomena ini berlaku? Selepas 18 tahun menceburi bisnes insuran / takaful, saya mendapati bahawa penglibatan yang masih kurang dari kaum bumiputra dalam bidang keusahawanan takaful. Banyak alasan yang mengatakan bahawa bisnes takaful amat susah dan tidak senang dan inilah yang menyebabkan ramai yang tidak sanggup mengambil cabaran ini.

Dari tinjauan saya, terdapat beberapa sebab yang menyebabkan mengapa ramai remaja atau orang yang makan gaji masih tidak berani dan yakin menceburi bidang bisnes. Berikutlah beberapa sebab mengapa ini berlaku .

1) Tiada pengaruh bisnes.
     Ramai orang berasal dari keluarga yang makan gaji termasuk diri saya. Jadi memang tidak mendapat sebarang pengaruh dari orang tua kita mengenai bidang bisnes. Apa lagi mereka pula tidak digalakan untuk menceburi bisnes konon kononnya bisnes itu berisiko tinggi dan tidak ada jaminan.

2) Tidak berani mencuba dan berubah.
     Masyarakat lebih suka masuk bidang makan gaji kerana ia diibaratkan lebih terjamin tidak seperti bidang bisnes dimana pendapatan tidak tentu dan banyak bergantung kepada keuntungan bisnes. Kerana minda inilah ramai orang tidak berani untuk cuba memasuki bisnes. Lebih lebih lagi, menceburi sesuatu bisnes memerlukan seseorang itu membuat banyak perubahan dalam banyak aspek dan ramai yang tidak sanggup berbuat demikian.

3) Tidak ada kesedaran
    Ramai yang masih berpendapat bahawa makan gaji itu kerja yang terjamin. Mereka masih tidak menyedari bahawa kelulusan universiti sudah tidak lagi menjamin hidup selesa. Untuk mereka yang hanya berkelulusan SPM, masa depan mereka lebih samar lagi. Dalam dua topik lain yang bertajuk :

a) Apa anda boleh buat dengan kelulusan SPM
B) Kelulusan universiti tidak menjamin hidup selesa

 Jelas menunjukkan bahawa makan gaji tidak akan membawa kita kemana mana dan itu memang satu hakikat. Kenaikan gaji sudah tidak boleh menandingi kenaikan iflasi sekarang dan masa akan datang.

4) Tidak ada arah tuju 
    Ramai orang tidak dapat melihat masa depan mereka dan seterusnya membuat perancangan. Mereka tidak mempunyai mata yang boleh berfungsi seperti teleskop. Mereka cuba nampak benda benda di depan mata mereka dan tidak ada arah tuju untuk masa depan. Baca topik : Mata teleskop untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesan kesan akibat tiada perancangan untuk masa depan.

5) Tidak ada tunjuk ajar
   Dalam bisnes, siapa yang nak ajar  terutama bisnes konventional. Skil dan pengalaman untuk membuat sesuatu bisnes tidak dapat dipelajari di mana mana kecuali dari seorang ahli perniagaan yang berjaya. Inilah salah satu faktor penghalang yang amat besar sekali. Walau bagaimanapun, seseorang yang ingin menceburi bisnes tidak seharus membiarkan faktor ini menjejaskan harapan mereka. Mereka boleh mencari kesempatan bergaul dengan orang yang mempunyai latar belakang bisnes.

6) Tidak ada inisiatif untuk belajar
   Untuk menjadi seorang usahawanan yang berjaya, seseorang itu mesti ada banyak inisiatif untuk belajar atau mendapat ilmu berkenaan dengan bisnes. Mereka tidak seharusnya menunggu dan meminta bantuan sepanjang masa. Sikap tidak ada inisiatif inilah yang menyebabkan ramai usahawan kecundang dalam bisnes mereka.

7) Tidak mengambil kesempatan
   Ramai orang membuat rintihan bahawa hidup mereka susah tetapi mereka tidak mengambil kesempatan yang diberikan untuk menceburi bisnes. Alasannya ialah bisnes adalah bidang yang susah, tidak sesuai untuk mereka dan macam macam alasan lagi. Mereka lebih rela untuk hidup susah dari membuat perubahan.

Balik ke bidang keusahawanan takaful, ramai yang mengatakan bahawa bisnes ini memang mencabar dan susah. Pada pendapat saya, tidak ada bisnes dalam dunia ini  yang senang. Untuk berjaya dalam bisnes, banyak usaha harus dilakukan dengan ketahanan mental yang kuat dan tidak mudah putus asa. Pisau kalau tidak diasar tidak akan tajam, gunakan segala cabaran sebagai latihan untuk meneruskan perjuangan.

Baru baru ini seorang pemain badminton wanita dari Thailand telah berjaya mendapat juara dalam kejohanan  badminton sedunia di Cina. Beliau cuma berumur 18 tahun. Mengikut beliau, beliau terpaksa berlatih selama 7 jam berturut turut setiap hari. Ini jelas menunjukkan bahawa tiada kejayaan yang tidak perlukan usaha gigih.

Bidang keusahawanan takaful memang satu bidang yang berpotensi tinggi. Tidak perlu modal, tidak ada risiko, kursus dan latihan percuma dengan silibus terunggul dalam bahasa melayu untuk melatih konsultan yang berkewibaan tinggi. Lebih lebih lagi, konsep network marketing yang unik dan sistem pemasaran ( marketing ) yang tersendiri pasti boleh menolong anda menjadi seorang usahawan takaful yang berjaya. Jika sikap yang betul + sistem yang cekap, maka kejayaan dalam bisnes takaful memang satu impian yang pasti tercapai.

Misi syarikat saya ialah melatih lebih banyak konsultan takaful yang berkewibaan tinggi untuk menolong masyarakat melayu memahami kepentingan pengurusan risiko dan membuat usaha mengurangkan risiko mereka melalui produk takaful.  Terima  kasih.
















Monday, 19 August 2013

Kebebasan masa dan bisnes

Apabila kita sebut saja mengenai bisnes, perkara pertama yang akan wujud dalam otak kita ialah kebebasan masa dan kewangan. Memang tidak boleh dinafikan bahawa bisnes berkait rapat dengan kebebasan masa dan kewangan. Apabila saya menceburi bisnes takaful pada tahun 1995, kedua kedua eleman tadi menjadi menjadi faktor pendorong utama. Saya memang menyukai kebebaan masa dan kewangan kerana semasa bekerja di Sony, masa saya memang terkongkong tanpa sebarang kebebasan. Saya dikehendaki balik ke pejabat bila bila masa saya diperlukan siang, malam atau pada hari cuti. Keadaan inilah yang menyebabkan saya mencari peluang untuk mengubah hidup dan akhirnya saya diperkenalkan kepada bisnes takaful. Bisnes takaful memanglah pilihan terbaik untuk saya kerana bisnes ini memang boleh menjana pendapatan yang tinggi dan memberi kita kebebasan masa.

Mengenai kebebasan masa, walaupun ini satu perkara yang amat menarik perhatian tetapi ramai yang tidak memahami betul betul apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan masa. Mereka anggap kebebasan masa itu satu kebebasan yang membolehkan mereka untuk melakukan apa sahaja yang mereka suka. Ketidak sedaran ini menyebabkan mereka tidak melakukan aktiviti yang sepatutnya mereka lakukan untuk bisnes. Akibatnya bisnes mereka tidak maju seperti yang mereka harapkan dan ramai pulak yang meninggalkan bisnes ini. Alasannya ialah bisnes ini susah dan tidak sesuai untuk mereka.

Dalam bab ini, saya ingin memberi penjelasan mengenai apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kebebasan masa. Dalam bisnes takaful, saya sememangnya telah disalurkan dengan satu kesedaran iaitu kebebasan masa boleh menjadi kawan baik atau musuh yang paling teruk. Ini bermaksud bahawa sekiranya kita menggunakan kebebasan masa dengan produktif untuk bisnes, ia akan menolong memajukan bisnes kita. Sebaliknya sekiranya kita menyalahgunakan kebebasan masa untuk aktiviti lain yang tidak ada kaitan dengan bisnes , maka bisnes akan terganggu.

Pada peringkat pemulaan bisnes, saya sudah mengetahui kepentingan menggunakan masa dengan produktif. Saya menanamkan tabiat bekerja yang sihat dan displin yang baik. Saya mengetahui bahawa selagi bisnes saya belum lagi sampai ke takat yang maju, saya tidak berhak untuk menyalahgunakan kebebasan masa saya. Pada pendapat saya, kebebasan masa adalah untuk golongan usahawan dimana bisnes mereka sudah maju. Dengan adanya kesedaran ini, saya menggunakan masa dengan sebaik baiknya setiap hari. Saya masuk ke pejabat setiap hari seperti masa saya makan gaji tanpa sebarang alasan. Walaupun ketua saya tidak mewajibkan saya masuk ke pejabat setiap hari, saya tetap melakukannya kerana saya hendak menanamkan satu tabiat yang baik dari pemulaan. Sebaliknya ramai konsultan baru yang buat bisnes secara fulltime tidak berbuat demikian, mereka tidak pergi ke pejabat dan tidak melakukan aktiviti harian. Mereka ingat mereka boleh menikmati kebebasan masa itu tanpa menyedari bahawa bisnes mereka akan terganggu kerana kekurangan aktiviti bisnes samada aktiviti pemasaran atau aktiviti buka cawangan.

Tambahan lagi, ramai pulak yang tidak menghadiri kelas latihan atau meeting dengan konsisten. Mereka kurang bergaul dengan pengurus atau rakan rakan untuk mempelajari dari mereka yang sudah berjaya. Tabiat begini bila lama amat sukar untuk diperbetulkan dan bisnes mereka semakin hari semakin merosot. Seperti yang saya sebutkan tadi, kebebasan masa boleh menjadi musuh kita yang paling teruk jikalau ia tidak digunakan dengan sebetul betulnya. 18 tahun dalam bisnes takaful, saya memang melihat ramai konsultan konsultan baru terjerumus dalam perangkap ini. Sebagai seorang usahawan dan seorang ketua dalam syarikat saya, saya sememangnya memberi kebebasan kepada konsultan konsultan saya untuk melakukan kerja kerja mereka dengan bebas. Saya tidak mahu mengongkong masa dan memaksa mereka melakukan aktiviti seperti orang yang makan gaji. Namun demikian, saya tetap memberi kesedaran kepada mereka bahawa kejayaan mereka dalam bisnes amatlah bergantung kepada kepandaian menggunakan masa dengan sebaik baiknya.

Ingat ! kebebasan masa hanya untuk mereka yang sudah berjaya. Untuk mereka yang baru menceburi bisnes tak kira yang parttime atau fulltime, amalkan motto ESSO(every saturday sunday on). Bekerja dengan gigh dan jangan sekali sekali membuang masa dengan aktiviti aktiviti yang tidak ada kaitan langsung dengan bisnes. Untuk golongan kaum wanita, jangan gunakan masa bisnes untuk buat kerja kerja rumah dan sebagainya. Masa setiap hari harus digunakan untuk aktiviti bisnes, menghadiri meeting atau kelas, berkomunikasi dengan ketua selalu dan membuat perancangan harian. Pada peringkat pemulaan, seorang konsultan baru haruslah berkorban tetapi segala pengorbanan itu memang berbaloi. Falsafah saya dalam bisnes ini lalah usaha kuat untuk 3-5 tahun, senang senang seumur hidup. Bukankah ini satu manfaat yang amat menarik?

Dalam bisnes, tumpuan kita ialah menjana pendapatan pasif melalui cawangan. Apabila seseorang konsultan sudah mempunyai bilangan cawangan tertentu, maka pendapatan pasif akan terjana dan masa itulah beliau boleh menikmati apa yang dinamakan kebebasan masa. Oleh itu, setiap konsultan takaful baru harus menyedari bahawa kebebasan masa bukan sesuatu yang boleh dinikmati sebarangan terutama sekali apabila mereka masih di peringkat awal bisnes. Mereka seharusnya fokus untuk menjana pendapatan pasif dan itu memakan masa lebih kurang 2-3tahun. Banyak pembelajaran harus dibuat pada peringkat pemulaan dan bisnes ini harus dilakukan dengan 100% tenaga. Oleh kerana itu, masa haruslah digunakan dengan baik sekali supaya bisnes boleh maju dengan cepat. Lagi gigih mereka berusaha pada pemulaan, lagi cepat
mereka boleh mencapai kebebasan masa yang diharap harapkan.

Akhir kata untuk konsultan konsultan yang baru , fahamilah erti kebebasan masa supaya bisnes anda boleh berkembang maju. Pelajarilah dari kesilapan orang lain supaya anda boleh mencapai kebebasan masa dan kehidupan yang selesa dalam tempoh masa yang paling singkat.
Terima kasih.












  












Saturday, 10 August 2013

Adakah kelulusan universiti menjamin kehidupan selesa

Dalam bab bab yang lain, saya banyak fokus untuk golongan yang berkelulusan SPM. Saya banyak mem-
beri penjelasan bahawa makan gaji tidak akan mengubah nasib mereka kerana mereka sememangnya tidak
boleh bertanding dengan orang yang berkelulusan universiti. Dalam bab ini, saya ingin berbincang mengenai golongan yang berkelulusan universiti.

Soalnya ialah adakah kelulusan ijazah sudah boleh menjamin satu kehidupan yang selesa masa kini ? Saya masih boleh ingat semasa saya dalam tingkatan 5 iaitu pada tahun 1982, pada ketika itu memang saya di didik dan diajar oleh satu sistem pengajaran yang saya akan bincangkan sebentar lagi. Pada ketika itu, ibubapa dan guru sekolah memberitahu saya bahawa sijil universiti adalah harapan dalam hidup saya. Dengan adanya sijil ini, maka hidup akan terjamin kerana saya boleh dapat satu pekerjaan yang baik berbanding dengan mereka yang hanya berkelulusan SPM. Inilah adalah kepercayaaan yang disalurkan kepada murid murid sekolah 27 tahun yang lalu.

Pada masa kini, sijil universiti sudah tidak lagi satu paspot ke arah kejayaan dalam hidup kita. Sijil univerisiti sudah tidak boleh lagi menjamin satu kehidupan yang selesa bahkan banyak graduan sudah mengalami kesusahan hidup terutama sekali bagi mereka yang berada di bandar. Yang memeranjatkan saya ialah sistem
kepercayaan ini masih tidak berubah, murid murid sekolah dan graduan masih disalurkan dengan kepercayaan bahawa sijil masih boleh menjamin kehidupan mereka. Sistem pendidikan di universiti yang amat menumpukan keputusan akademik menyebabkan pelajar pelajar belajar untuk lulus ujian dan mendapat sijil. Pelajar pelajar masih di ajar memperolehi sijil supaya mereka boleh mencari kerja selepas tamat pengajian. Ini jelas menunjukkan bahawa graduan graduan universiti hanya mempunyai minda untuk mencari pekerjaan dan mereka ini sememangnya tidak langsung mengetahui bahawa sijil univeristi sudah tidak boleh menjamin apa apa. Tambahan lagi, graduan tidak diajar tentang pendidikan kewangan ( financial education) atau pendidikan yang berkaitan dengan bisnes.

Saya masih boleh ingat semasa saya tamat pengajian universiti pada tahun 1986, mencari sesuatu pekerjaan masih bukan merupakan perkara yang sukar. Pada tahun 90" puluhan , peningkatan sektor perindustrian
memberi banyak peluang peluang pekerjaan kepada graduan graduan. Pemintaan untuk jurutera amatlah tinggi . Masa kini, peluang pekerjaan sudah tidak seperti dulu. Saya difahamkan bahawa bila ada 5 jawatan dalam sesebuah syarikat, bilangan pemohon melebihi angka 1,000. Cuba bayangkan persaingan yang begitu besar. Sijil ijazah sudah bukan lagi satu dokuman yang special, ia sudah tidak akan membawa apa apa makna sekiranya seseorang graduan itu tidak mempunyai kebolehan di aspek lain seperti skil berkomunikasi, skil pimpinan seorang ketua ( leadership skil) dan sebagainya.

Disamping itu, gaji pemulaan graduan masih di tahap yang amat rendah jika dibandingkan dengan negara negara yang maju. Pada tahun 1986,gaji pemulaan graduan ialah RM1500 sebulan, pada hari ini cuma 30% dari graduan kita yang memperolehi gaji pemulaan melebihi RM2500 sebulan. Masih banyak syarikat yang memberi graduan gaji pemulaan sebanyak RM2000 sebulan. Jika kita gunakan purata gaji pemulaan sebagai RM2500, itu bermaksud bahawa peningkatan gaji pemulaan hanya sebanyak RM1000 iaitu 67%  dalam tempoh masa 27 tahun ( 1986-2013). Ini sememangnya satu peningkatan yang amat kecil. Jika kita
meninjau harga rumah, saya dapati harga rumah teres dua tingkat meningkat dari RM 100,000 pada tahun 1992 ke RM 400,000 pada tahun 2103 di kajang. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 400% dalam msa 21 tahun. Dengan peningkatan harga barang, kos pendidikan universiti, kos peubatan hospital swasta dan sebagainya memang menyukarkan kehidupan kita. Tambahan lagi, sistam perhubungan yang kurang sempurna menyebabkan graduan terpaksa menghabis sebahagian besar gaji mereka untuk memperolehi sebuah kereta. Dengan gaji pemulaan sebanyak RM2000, graduan sudah tentu tidak boleh menampung kehidupan mereka di bandar dengan kos kos seperti sewa rumah, belajaan harian,
 minyak kereta, bil talipon bimbit dan sebagainya.

Jika keadaan ini belarutan dan memang saya jangka begitu, seseorang graduan memang tidak lagi mampu untuk memiliki rumah sendiri. Terpapar dalam suratkhabar STAR baru baru ini yang bertajuk " Dad , don't kick me out " jelas menunjukkan bahawa memiliki rumah sendiri sudah menjadi satu hasrat yang mungkin tidak akan tercapai jika graduan hanya bergantung kepada makan gaji semata mata. Rumah teres, rumah kembar, rumah banglo ( landed property) sudah bukan lagi milik golongan yang makan gaji. Rumah kondo masa kini sudah mencecah harga RM300,000 keatas di kajang , dengan kata lain graduan sekarang cuma mungkin mampu menduduki rumah pangsa atau flat. Keadaan ini agak lucu memandangkan negara kita yang begitu besar dan mempunyai tanah yang begitu luas tidak seperti Singapura.

Baru baru ini, saya berborak dengan seorang klien saya yang berkelulusan Phd dan beliau juga berpendapat begitu. Mengikut beliau, kehidupan masa kini memang amat mencabar lebih lebih lagi bila sudah berumahtangga. Jika hidup membujang sudah mencabar, apa akan terjadi bila sudah berumah tangga. Dari
kajian saya, jika seseorang ingin hidup dengan selesa sebagai bujang , beliau terpaksa mempunyai gaji bulanan sebanyak RM 6500. Seseorang graduan yang bermula dengan gaji RM2000 terpaksa mengambil masa 25 tahun untuk mencapai gaji sebanyak RM6500 berdasarkan 5% peningkatan setiap tahun.

Adakah sijil sudah boleh menjamin satu kehidupan selesa? Jawapannya sudah tentu "TIDAK " Jikalau graduan masih tidak berubah untuk menceburi bidang bisnes, kehidupan mereka tetap akan susah
berterusan. Sistem kepercayaan yang masih bergantung kepada makan gaji di kalangan graduan graduan harus berubah. Graduan harus berani menceburi bidang bisnes jika mereka ingin hidup selesa dan jika mereka bercita cita tinggi. Tak ubah maka tak maju. Tingkatkan kesedaran anda hari ini demi masa depan anda. 










Friday, 9 August 2013

Memupuk kepercayaan

Pendapatan pasif

18 tahun menceburi bisnes takaful, satu matlamat utama saya ialah mengenai pendapatan pasif. Uutuk memahami tentang pendapatan pasif, elok kita memahami tentang jenis jenis pendapatan yang ada. Jenis jenis pendapatan boleh di bahagikan kepada 3 kategori iaitu

1) pendapatan aktif atau biasa
2) pendapatan portfolio
3) pendapatan pasif

Dalam bab bab lain, saya menceritakan tentang 4 kategori pekerjaan iaitu :
1) ketegori makan gaji ( employment)
2) ketegori kerja sendiri ( self employed)
3) ketegori bisnes ( business )
4) ketegori pelabur ( investor)

Jenis jenis pendapatan mempunyai hubungan rapat dengan kategori yang saya sebutkan tadi. Untuk golongan yang makan gaji dan kerja sendiri, pendapatan mereka adalah dinamakan pendapatan aktif. Pendapatan aktif bermaksud seseorang itu harus terus aktif melakukan sesuatu kerja atau aktiviti untuk mendapat pendapatan. Dengan kata lain mereka terpaksa menukar masa dan usaha untuk mendapatkan pendapatan. 95% masyarakat kita berada di dalam ketegori ini, mereka berpendapat bahawa inilah kerja yang paling selamat.

Sebenarnya orang yang berada di kategori makan gaji tidak sedar bahawa pendapatan mereka ini adalah dibawah kawalan majikan mereka, mereka tidak mempunyai kawalan langsung terhadap pendapatan mereka. Mereka terpaksa terus melakukan kerja untuk memperolehi pendapatan. Seandainya mereka tidak boleh bekerja disebabkan oleh masalah kesihatan atau sebab lain, maka pendapatan mereka akan berhenti.

Balik kepada bisnes takaful, fokus saya ialah mengenai ketegori bisnes dan  matlamat saya ialah menjana pendapatan yang pasif. Pendapatan pasif bermaksud saya mempunyai satu bisnes yang boleh terus menjana pendapatan tanpa penglibatan saya atau cuma memerlukan penglibatan saya yang minima, bukankah ini pendapatan yang di idam idamkan oleh ramai orang ?

Untuk mencapai pendapatan pasif dalam bisnes takaful, kami menggunakan konsep network marketing. Cuba kita tinjau bisnes lain sepert Mc Donald yang mempunyai begitu banyak cawangan di seluruh negara. Pemilik Mc Donald menjual francise lesen dengan bayaran yang amat tinggi. Ini lah konsep yang membuat Mc Donald begitu berjaya. Dalam bisnes takaful, kami juga melakukan aktiviti yang dinamakan buka cawangan. Syarikat saya mempunyai satu formula bagi semua ahli organisasi saya, melalui formula buka cawangan ini, setiap orang digalakan untuk membuka 3 cawangan setiap tahun dengan mengajak orang baru menjadi ahli organisasi kami. Formula itu ialah 3,15, 63, 252 dan itu bermakna bahawa seseorang itu akan bermula dengan 3 cawangan pada tahun pertama dan dijangka mempunyai 252 cawangan pada tahun ke 4, bilangan ini akan berterusan tanpa hadnya.

Untuk kefahaman anda, memiliki satu kedai Mc Donald memerlukan pelaburan di antara 2.0 juta hingga 4.5 juta di samping bayaran francise. Dalam bisnes takaful, buka cawangan itu tidak memerlukan sebarang kos dan bisnes ini  memang mudah untuk dimasuki oleh semua orang kerana ia tidak memerlukan sebarang modal. Yang perlu ialah usaha dan masa. Lebih lebih lagi ia tidak melibatkan sebarang risiko.Setiap ahli organisasi saya akan belajar supaya mahir dalam skil pemasaran produk takaful dan skil buka cawangan. Latihan akan diberikan secara percuma dan kemudahan taklimat bisnes membolehkan setiap orang mula membuka cawangan walaupun mereka masih di peringkat awal bisnes.

Apabila seseorang itu telah mempunyai sesuatu bilangan cawangan tertentu, contohnya 63 cawangan dalam tahun ketiga. Maka beliau akan mula mendapat pendapatan pasif dan beliau juga tidak perlu untuk melakukan kerja kerja pemasaran seperti yang dilakukan dalam tahun tahun awal. Beliau cuma  perlu membuat kerja kerja pengurusan untuk memastikan urusniaga cawangan beliau berjalan dengan baik. Aktiviti beliau yang paling penting pada ketika itu ialah terus membuka cawangan demi cawangan supaya pendapatan pasif akan terus meningkat.

Dengan konsep network marketing, bisnes takaful sememangnya boleh menjana satu pendapatan yang pasif. Pendapatan pasif inilah yang amat menarik perhatian saya dan juga semua orang yang menceburi bisnes ini. Pendapatan pasif memberi satu kebebasan masa dan kewangan, ia juga menjamin pendapatan kami akan berterusan sekiranya sesuatu berlaku seperti masalah kesihatan , kemalangan dan sebagainya.Di sekolah atau universiti, pelajar diajar menjadi jurutera, akauntan dan akhirnya bekerja untuk orang. Mereka ini diajar mencari pendapatan aktif. Dalam dunia bisnes, apa yang kita tumpukan ialah pendapatan pasif. Bisnes takaful adalah bisnes terbaik yang boleh menjana pendapatan pasif tanpa modal dan sebarang risiko.

Disamping pendapatan pasif, terdapat banyak lagi faedah faedah  lain seperti incentif melancung, tabung pesaraan, membuka ofis sendiri dan sebagainya. Kesemua detail ini boleh didapati dalam kelas taklimat bisnes saya. Dalam bab saya yang bertajuk masih ada harapan, untuk anda yang berkelulusan SPM, Inilah memang peluang terbaik anda untuk menceburi sesuatu bisnes yang boleh memberikan anda pendapatan pasif dan mengubah nasib dan hidup anda. Ingat! pendapatan aktif tidak akan membawa anda ke mana mana sekiranya anda hanya berkelulusanSPM. Buatlah keputusan terbaik demi masa depan anda.












































Thursday, 8 August 2013

Masih ada harapan

Jika anda hanya berkelulusan SPM dan anda masih fokus berkerja untuk orang, maka saya rasa memang sukar sekali untuk anda untuk mengecapi kehidupan yang selesa.Dalam bab bab saya yang lain , memang jelas menunjukan bahawa ramai orang lebih rela untuk hidup dalam kesusahan dari membuat sesuatu perubahan dalam kehidupan mereka.

Walau bagaimanapun,saya masih ingin mengingatkan kepada mereka yang berkelulusan SPM supaya jangan membiarkan kelulusan anda menjadi penghalang kepada masa depan anda.Kepada yang berkelulusan universiti,saya juga ingin menyatakan bahawa sijil Ijazah sudah tidak boleh lagi menjamin anda satu kehidupan yang selesa.Di dalam buku Robert Kiyosaki terbaru yang bertajuk" Gred A student work for Gred C Student"jelas menunjukkan bahawa peratusan besar pelajar yang mempunyai Gred A dalam peperiksaan SPM yang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat univerisiti akhirnya masih bekerja untuk ahli perniagaan yang cuma berkelulusan SPM sahaja.

Robert Kiyosaki memberi 50 orang yang amat berjaya dalam bidang masing masing yang tidak mempunyai sebarang pendidikan atau tidak mendapat pendidikan yang tinggi.Di antaranya ialah bill gates(pengasas microsoft), Li ka Sng(orang terkaya di Asia),Mark zuckerberg(pengasas facebook) dan sebagainya.Ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan tidak lagi menjadi penghalang untuk seseorang itu mencapai kejayaan dalam hidup mereka.Mereka ini mungkin lemah dalam pendidikan sekolah,tetapi mereka dapat belajar satu jenis pendidikan yang tidak diajar di sekolah iaitu pendidikan mengenai pengurusan kewangan dan bisnes.

Jadi walaupun mereka tidak mendapat Gred yang baik di sekolah,mereka mahir dari segi pendidikan di dalam aspek aspek yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan bisnes.Ini menyebabkan mereka boleh menubuhkan sesuatu bisnes yang akhirnya berkembang menjadi satu satu organisasi bisnes yang bertaraf antarabangsa.Untuk pelajar Gred A , mereka akhirnya menjadi akauntan,jurutera dan bekerja untuk
orang lain.

Memahami keadaan ini,saya ingin menjelaskan kepada mereka yang berkelulusan SPM bahawa selagi mereka berusaha belajar mencari ilmu yang berkait dengan pengurusan bisnes dan kewangan,maka harapan
untuk mereka tetap ada.Pendidikan yang berkait dengan kewangan dan pengurusan bisnes tidak boleh didapati di sekolah.Mereka terpaksa belajar dari orang yang berpengalaman dalam bidang perniagaan.
Melalui ilmu yang mereka pelajari,barulah mereka boleh menceburi sesuatu bisnes.Melalui bisnes mereka itulah mereka boleh atau berpeluang untuk meningkatkan kedudukan kewangan mereka.

Balik kepada bisnes di bidang takaful, 18 tahun menceburi bisnes ini saya telah melihat banyak kejayaan yang dicapai oleh golongan yang berkelulusan SPM sahaja. CEO  paling muda yang saya kenali cuma berumur 25 tahun dan beliau juga cuma berkelulusan SPM sahaja.Ini telah membuktikan bahawa pendidikan di sekolah bukannya faktor penentu kejayaan seseorang itu, tetapi pendidikan mengenai kewangan dan pengurusan bisnes yang akan menentukan kejayaan.Sekiranya anda juga dalam golongan orang yang berkelulusan SPM,soalnya ialah mahukan anda membuat perubahan untuk mengubah nasib anda ?Harapan tetap ada untuk anda mencapai kejayaan kerana syarikat saya menawarkan bengkel keusahawanan di bidang takaful.Saya mempunyai 20 tahun pengalaman di bidang takaful networking,satu bisnes networking yang amat bermakna dan sesuai untuk belia belia.

Akhir kata,tak sedar maka tak ubah,tak ubah maka tak maju,keputusan adalah di atas tangan anda sendiri.Berani mencuba dan jangan takut berubah demi masa depan anda atau keluarga anda.Tidak ada salahnya kalau anda masih tidak mengambil sebarang tindakan untuk memajukan diri ,cuma kesan kesannya yang akan anda alami di masa hadapan.Ingat ! " Jika anda miskin disebabkan ibubapa anda miskin,itu bukan salah anda.Tetapi jika anak anak anda miskin disebabkan anda miskin,itu adalah tanggungjawap anda "





Saturday, 3 August 2013

Tak sedar maka tak ubah

Impian

Impian adalah pendorong dalam hidup kita . Disebabkan impian,manusia berjaya menjejak kaki atas bulan,disebabkan impian Watts Disney berjaya wujudkan Disney Land.Impian lah yang menjadikan manusia terus mencapai kejayaan demi kejayaan dan terus maju ke depan . Banyak teknologi baru,rekaan rekaan baru berjaya direka disebabkan oleh impian manusia .

Saya seorang peminat bola sepak,saya terbaca kisah  seorang pemain bola sepak yang bernama Wanyama dari kenya ( Afrika).Beliau dari keluarga yang amat miskin,semasa kecil beliau tidak mampu untuk memiliki sepasang kasut bola.Beliau kata beliau terpaksa menjadi pemain terbaik dalam suatu pertandingan remaja untuk membolehkan beliau mendapat sepasang kasut bola percuma.Hari ini, beliau yang berumur 22 tahun adalah pemain kenya pertama yang bermain untuk pasukan southampton di Liga bola sepak England.Mengikut beliau,impian untuk bermain di Liga bola sepak England lah yang menyebabkan beliau terus berusaha dengan gigih sehingga beliau berjaya hari ini .

Seseorang individu atau sesebuah negara harus mempunyai impian untuk terus maju.Tanpa impian ,kita tidak akan dapat melangkah terus ke depan .Impian lah yang akan memberi kita arah tuju dan harapan untuk mencapai apa yang kita hasratkan.Ramai orang takut berubah walaupun hidup dalam keadaan susah adalah  kerana tidak mempunyai impian.Inilah yang menyebabkan mereka tidak membuat sebarang perubahan dalam hidup mereka .

Semasa kecil,saya berasal dari sebuah keluarga yang miskin.Sejak lahir saya duduk dalam rumah yang begini .
Sejak kecil saya sudah mengetahui apa yang dikatakan kemiskinan.Semasa berumur 11 tahun, saya sudah menolong ibu  menoreh getah . Pada setiap hari minggu atau cuti sekolah,saya terpaksa bangun pada pukul 5.00 pagi dan menunggang basikal beberapa batu ke ladang getah.Saya memang dapat merasai kesusahan yang dialami oleh ibu saya.Walaupun menjalankan kerja yang begitu susah,ibu saya tidak pernah meluahkan rasa susah di depan anak anaknya.Jadi sejak kecil saya sudah bertekad untuk berjaya dalam hidup saya .Saya tidak mahu lagi mengalami kemiskinan yang saya alami dan saya mempunyai impian besar untuk mengubah hidup saya .

Saya rajin belajar supaya dapat melanjutkan pelajaran saya ke Universiti.Selepas habis Diploma,saya sebenarnya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah.Tetapi disebabkan saya tidak mendapat biasiswa,saya terpaksa melupakan hasrat saya untuk belajar.Saya mula bekerja dan memulakan perjalanan dalam hidup saya.Saya bekerja kuat dan berhasrat untuk berjaya di dalam kerjaya saya .
Selapas 7 tahun bekerja di Sony,saya meninggalkan Sony pada 1994 demi meneruskan impian saya untuk mengecapi kebebasan kewangan dan masa . Impian untuk menjadi seorang yang berjaya telah memberi saya dorongan yang kuat untuk membuat perubahan.Saya menceburi bisnes takaful dan selepas 18 tahun ,saya memang dapat mencapai banyak kejayaan di dalam bidang ini.Disebabkan impian,saya boleh duduk di rumah yang begini pada hari ini.
Untuk belia belia yang berkelulusan SPM,jangan membiarkan pendidikan anda menjadi penghalang anda dalam mencapai impian anda . Anda semua seharusnya mempunyai impian besar untuk mengubah hidup anda.Tak ubah maka tak maju memang tepat sekali.Berani mencuba untuk menceburi bidang bisnes dan jangan bergantung kepada makan gaji semata mata.Seperti yang saya ceritakan dalam bab bab saya yang lain,dengan makan gaji anda tidak mungkin dapat mengubah nasib anda.Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang impian besar sebelum ini,masih tidak terlambat jikalau anda boleh mempunyai impian sekarang.
Anda seharusnya mengambil apa apa peluang yang ada untuk menceburi bidang bisnes dan gigih berusaha. Ingat ! masa depan adalah di atas tangan anda .

Dengan impian anda,saya percaya anda akan berani membuat langkah pertama untuk menceburi bidang bisnes.Jika anda tidak bermodal, maka bisnes takaful adalah peluang terbaik untuk anda.18 tahun menceburi bisnes ini,saya sudah nampak banyak kejayaan yang dicapai oleh golongan orang yang hanya berkelulusan SPM sahaja.Ini jelas menunjukkan bahawa bisnes ini memang satu bines yang berpotensi tinggi.

Akhir kata,impian adalah segala galanya.Impianlah yang akan memberi anda pedoman,dorongan dan semangat untuk berusaha dengan gigih.Impianlah yang akan membolehkan anda tidak mudah putus asa dalam usaha anda mengejari kejayaan.Impianlah yang akan memberi anda harapan untuk mengubah hidup anda.Ingat ! " jika anak anak anda miskin disebabkan anda miskin,itu adalah tanggung jawap anda "
















Saturday, 27 July 2013

Kalau nak berjaya

Dalam tempoh 18 tahun menceburi bisnes takaful , saya dapat melihat banyak kejayaan yang dicapai oleh ramai orang yang menceburi bisnes ini sehinggakan ada diantara mereka memperolehi pendapatan tahunan yang melebihi satu juta . Tidak kurang juga saya menemui orang yang tidak dapat mencapai apa yang mereka harap harapkan dalam bisnes ini .

Apakah sebab sebab yang menyebabkan keadaan ini berlaku ? Mengapakah setengah orang boleh mencapai impian mereka sedangkan yang lain tidak ? Dari tinjauan saya selama ini , saya dapati banyak perbezaan di antara mereka yang sangat berjaya dengan mereka yang kurang berjaya . Ketika saya membuat keputusan untuk menceburi bisnes ini , saya telah membuat satu persediaan mental yang paling utama iaitu fokus untuk berjaya .

Pada saat saat awal dalam bisnes saya , saya amat jelas ( 100% ) akan arah tuju saya . Saya sememangnya sudah mengetahui segala impian atau espektasi saya di dalam bisnes ini . Inilah adalah faktor yang paling utama dan ia bagaikan satu pedoman untuk saya memulakan perjuangan saya . Apabila kita jelas tentang tujuan utama kita menceburi bisnes ini , kesan sampingan yang paling ketara ialah kita tidak akan mudah putus asa apabila kita menemui sebarang cabaran . Ini adalah kerana fokus kita ialah untuk berjaya dan kita tidak dapat menerima sebarang keputusan lain kecuali KEJAYAAN.

Untuk mereka yang jelas tentang arah tuju dan tujuan mereka , peratus kejayaan adalah 100% . Jadi faktor  ini adalah faktor yang paling penting . Akan tetapi untuk mereka yang kurang berjaya , inilah kelemahan mereka . Golongan mereka yang menceburi bisnes ini hanya setakat untuk mencuba ,  tujuan mereka ialah untuk cuba merasai samada bisnes ini sesuai untuk mereka atau tidak ( kononnya) .Mereka ini kebiasaanya sudah bersedia untuk menerima hakikat seandainya mereka tidak berjaya . Persediaan mental mereka ini amat berbeza sekali dengan yang lain , mereka tidak membuat keputusan muktamad bahawa mereka mesti berjaya .

Selepas membuat persediaan mental , langkah seterusnya ialah rajin belajar untuk mendapatkan  seberapa banyak ilmu dan kemahiran untuk mebolehkan kita menjalankan tugas kita  sebagai seorang konsultan takaful . Dalam hal ini , terdapat 4 kategori yang harus kita berikan tumpuan .

1) Pengetahuan ( knowledge)
2) Sikap            ( attitude )
3) Kemahiran    ( skil )
4) Tabiat          ( habit)

Seorang konsultan baru harus belajar dengan cepat untuk mendapat banyak ilmu dan pengetahuan di bidang pengurusan risiko . Mereka harus belajar mengenai produk takaful , cara cara untuk membuat analisa risko , teknik untuk membuat pemasaran dan buka cawangan . Ini juga melibatkan skil berkomunikasi , skil menandingi objeksion , skil menyakinkan prospek , skil membuat presentasi , skil untuk bergaul dengan orang ramai dan sebagainya. Untuk mendapat segala pengetahuan dan skil tersebut , aktiviti penting yang mesti dilakukan ialah menghadiri KELAS latihan setiap minggu . Konsultan yang rajin belajar akan maju dengan pesat kerana keyakinan mereka tinggi disebabkan mereka mempunyai pengetahuan yang bagus .

 Untuk mereka yang buat bisnes ini secara part time , kelas latihan adalah sangat penting kerana kelas ini bukan setakat boleh mendapat banyak ilmu bahkan boleh mendapat banyak motivasi dan inspirasi . Ini amat penting kerana ia boleh terus meningkatkan ketahanan mental konsultan baru supaya mereka boleh terus berjuang dengan gigih . Golongan yang buat parttime amat memerlukan  bantuan ini kerana mereka membuat 2 jenis pekerjaan dalam masa yang sama dan golongan  mereka ini amat mudah tersasar dari arah tuju  mereka .

Selain dari pengetahun dan skil , 2 perkara lain yang juga amat penting iaitu sikap dan tabiat bahkan banyak guru guru yang mengatakan bahawa kedua kedua aspek ini lebih penting dari pengetahuan dan skil .
Sikap adalah segala galanya , sikap positif ,sikap tidak mudah putus asa , sikap ingin terus belajar , sikap menjadi pengikut setia kepada ketua , sikap inisiatif , sikap untuk terus maju , sikap berdikari adalah di antata sikap sikap yang akan menentukan kejayaan di dalam bisnes ini .

Untuk kita mengecapi kejayaan di dalam bisnes ini , seseorang konsultan mesti mempunyai sikap sikap tersebut . Mereka seharusnya banyak membaca buku buku yang boleh meningkatkan sikap mereka dan sikap sikap ini juga boleh dipelajari di dalam kelas. Setiap ketua memang amat menekankan aspek peningkatan sikap oleh setiap konsultan baru . Jikalau sikap sudah betul maka kejayaan akan tercapai . Sikap buruk yang tidak seharusnya dilakukan sama sekali ialah sikap menyalahkan orang lain . Ramai orang bila tidak berjaya akan menyalah orang lain , mereka akan menyalahkan ketua mereka , menyalahkan prospek mereka , menyalahkan syarikat mereka dan sebagainya. Yang memeranjatkan ialah mereka tidak akan menyalahkan diri mereka . Sikap ini adalah sikap yang bakal memusnahkan bisnes mereka sama sekali .

Selepas sikap , maka sampailah masa kita menumpukan perhatian kita kepada aspek tabiat . Tabiat kita samada  boleh jadi kawan kita yang paling baik atau jadi musuh kita yang paling kuat . Sebagai seorang konsultan baru , tanamkan tabiat yang baik . Cadangan saya ialah buat satu jadual kerja harian tak kira samada kamu seorang konsultan fulltime atau partttime . Jadual kerja harian akan memberi satu panduan supaya seseorang itu jelas terhadap apa yang mereka sepatutnya lakukan setiap hari . Ramai konsultan baru yang kurang berjaya tidak mempunyai tabiat kerja yang  baik. Mereka tidak bangun tepat masa , mereka tiada tabiat untuk melakukan tugas harian mereka dan mereka buang masa begitu sahaja setiap hari .

Seperti yang kita sedia maklum , untuk berjaya dalam bisnes kita seharusnya melakukan aktiviti aktiviti harian kita dengan konsisten . Aktiviti harian kita adalah seperti mencari prospek baru , membuat temujanji , membuat presentasi dan menolong prospek membeli produk takaful . Disamping itu , kita juga harus membuat promosi dalam FACEBOOK , membuat promosi melalui risalah atau email . Di samping itu , kita juga seharusnya membuat catatan mengenai aktiviti harian kita dan membuat carta kawalan untuk mengawasi
progres kita di dalam bisnes ini . Kita mesti bertindak dan berfikir  sebagai seorang ahli perniagaan. Dengan tabiat yang baik dari peringkat permulaan , maka segala galanya akan berjalan lancar . Ingat bahawa tabiat buruk yang sudah terjadi amat sukar untuk dibetulkan atau di ubahsuai .

Kalau nak berjaya , kesemua konsultan baru seharusnya memberi tumpuan kepada perkara perkara yang saya bincangkan tadi . Kejayaan bukan sesuatu yang mudah , tetapi ia semestinya susuatu yang boleh dicapai melalui pembelajaran . Nasihat saya ialah lakukan segala gala dengan betul pada awal awal lagi dan ini semestinya akan memudahkan proses pencapaian kejayaan bisnes ini .
Terima Kasih





























































Friday, 26 July 2013

Takut berubah

Perubahan adalah merupakan satu perkara yang amat penting dalam kehidupan kita tetapi ia juga merupakan satu perkara yang amat sukar untuk dilaksanakan . Seperti dalam topik saya yang lain iaitu tak ubah maka tak maju jelas menunjukan bahawa kemajuan yang berterusan dalam hidup kita memerlukan perubahan . Walaupun demikian ,ramai orang masih takut untuk  beubah dan takut untuk menghadapai perubahan . Dalam bab ini , cuba kita meninjau apakah sebab sebab yang menyebabkan ramai orang begitu takut untuk membuat perubahan. 

Semasa kecil , keluarga saya memang miskin dan ini menyebabkan saya bertekad untuk mengubah hidup saya di masa hadapan . Perkara yang paling saya takuti ialah kemiskinan hidup saya . Saya tidak takut untuk berubah demi untuk mengubah hidup saya kerana saya sememangnya tidak mahu lagi hidup dalam keadaan yang miskin .Walaupun demikian , saya mendapati ramai orang mempunyai pemikiran yang bertentangan dengan saya. Mereka begitu takut untuk membuat perubahan sehinggakan mereka sanggup menjalani kehidupan yang miskin atau susah . Dari kajian dan perhatian saya selama ini , saya dapati terdapat beberapa sebab yang menyebabkan keadaan ini berlaku.

1) Mereka tidak berani untuk berdepan dengan kelemahan diri mereka . Apabila seseorang itu hendak
    membuat perubahan , dia terpaksa mengakui kelemahan beliau di dalam aspek aspek tertentu . Inilah
    perkara yang paling sukar untuk dihadapai . Ramai orang  tidak sanggup untuk  mengakui kelemahan diri ,
    mereke lebih rela memilih untuk mengelak supaya mereka tidak perlu berubah .

2) Mereka tidak sanggup berusaha untuk berubah . Seperti yang kita sedia maklum , perubahan
    memerlukan banyak komitmen dan daya usaha. Perubahan memerlukan seseorang itu terpaksa
    melakukan sesuatu tindakan atau tabiat yang baru , inilah adalah perkara yang amat sukar untuk
    dilaksanakan. Perubahan memerlukan seseorang itu berusaha kuat , mempunyai ketahanan mental ,
    bersabar ,tidak senang putus asa , bersikap positif dan sebagainya. Dengan kata lain , perubahan
    melibatkan banyak pengorbanan dulu sebelum mengecapi kejayaan . Ini menyebabkan ramai orang
    memang tidak sanggup untuk melalui proses perubahan ini .

3) Mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka mungkin akan gagal atau kecundang dalam
    perubahan . Mereka tidak dapat menerima hakikat sekiranya mereka menemui kegagalan dalam proses
    membuat sesuatu perubahan . Mereka akan merasa malu dan takut untuk menghadapi kegagalan
    terutama sekali apabila mereka terpaksa berdepan dengan ahli keluarga dan kawan kawan mereka.
    Disebabkan sikap malu dan takut untuk berdepan dengan kegagalan , mereka tidak berani untuk
    membuat perubahan .

4) Mereka tidak mempunyai matlamat atau arah tuju yang jelas dalam hidup mereka . Ramai orang
     memang tidak mengetahui apakah tujuan mereka dalam hidup mereka . Mereka tidak mempunyai
     impian besar dan mereka begitu senang berpuas hati dengan apa yang mereka ada. Disebabkan oleh
     keadaan ini , mereka ini tidak mempunyai tujuan untuk berubah . Inilah yang menyebabkan mereka ini
     terus melakukan perkara yang sama hari demi hari dan tahun demi tahun .

Dari sebab sebab yang kita bincangkan tadi , maka amat jelaslah bahawa ramai orang tidak sanggup untuk membuat perubahan . Tanpa tujuan yang jelas , sikap sanggup berusaha dan komitmen besar , perubahan sememangnya tidak boleh dilakukan . Seseorang itu memang perlu menemui sesuatu dorongan besar untuk memulakan tindakan membuat perubahan . Semasa saya membuat keputusan untuk menceburi bisnes takaful 18 tahun yang lepas , saya memang sudah bersedia untuk membuat segala perubahan yang perlu .
Saya membuat persediaan terutama sekali dari segi mental  untuk menghadapi segala cabaran yang bakal
saya hadapai . saya sanggup meninggalkan kerja saya di Sony dan memasuki bidang yang baru . Disebabkan perubahan inilah saya dapat mencapai kejayaan di bisnes takaful . Tak ubah maka tak maju memang tepat sekali , ramai orang masih tidak dapat mengubah nasib kerana mereka masih takut untuk berubah.

Soalnya, adakah anda takut hidup susah atau takut berubah ? Jikalau anda lebih takut berubah dari takut hidup susah , itu bermakna anda lebih rela hidup susah dari berubah . Keputusan adalah diatas tangan sendiri , jikalau anda mahu menikmati hidup yang selesa dan senang di masa depan , maka anda terpaksa
membuat perubahan sekarang .Ceburilah bisnes jikalau anda ingin meningkatkan pendapatan anda dan bersedia untuk menerima dan membuat perubahan demi masa depan mu .
Terima Kasih.



























 

Saturday, 20 July 2013

Percaya dahulu capai kemudian

Berkenaan dengan tajuk ini. saya dapati ramai orang mempunyai tanggapan yang kurang betul mengenai kepercayaan diri . Dalam tempoh 18 tahun menceburi bisnes takaful, saya dapati ramai orang seballiknya mengamalkan " capai dahulu kemudian baru percaya " .Mereka  selalu ingin melihat orang lain berjaya melakukan sesuatu barulah mereka boleh percaya.

Semenjak menceburi bisnes , saya banyak belajar dari guru guru yang berkalibar. Mereka kesemuanya menyatakan bahawa untuk mencapai sesuatu yang luar biasa, kita seharusnya percaya dahulu dan yakin terhadap tindakan kita. Cuba kita tinjau tentang orang yang pertama menjejak ke atas bulan , beliau memang percaya manusia boleh menjejak bulan walaupun ia merupakan sesuatu impian yang kelihatan tidak mungkin dicapai. Disebabkan oleh sikap percaya, manusia akhirnya berjaya menjejak kaki ke atas bulan .

Dalam bisnes takaful, bila mereka diberi peluang untuk menceburi bisnes, kebanyakan orang tidak percaya dan yakin bahawa mereka boleh berjaya di dalam bisnes takaful. Mereka selalu ingin melihat banyak bukti bukti yang boleh menyakinkan mereka bahawa bisnes ini memang satu bisnes yang berpotensi tinggi. Apabila mereka sudah memperolehi bukti bukti ini, mereka tetap tidak berani membuat langkah yang pertama. Mereka akan menunggu dan melihat orang lain dahulu , mereka ingin melihat samada orang  lain  boleh berjaya dalam bisnes tersebut sebelum mereka membuat keputusan menceburi bisnes ini. Sikap inilah yang menyebabkan ramai orang tidak berjaya mencapai  apa yang mereka ingini dalam hidup mereka .

Dalam bab bab yang lain, saya juga menerangkan bahawa sikap yakin diri adalah juga satu faktor yang amat penting untuk kita mencapai kejayaan. Tanpa sikap yakin diri, adalah mustahil sesorang itu boleh memperolehi sukses dalam hidup mereka .

Seperti yang kita sedia maklum, saya sebenarnya tidak mempunyai sebarang pengalaman atau skil pemasaran sebelum saya menceburi bidang bisnes takaful . Pada tahun 1995 , semasa saya membuat keputusan untuk menceburi bisnes takaful, apakah yang memberi saya dorongan dan keberanian untuk membuat keputusan sedemikian ? Pada ketika itu, saya membuat keputusan saya berdasarkan perkara perkara berikut :

1) Saya menghadiri taklimat untuk memahami bisnes takaful/insuran.
2) Saya meminta nasihat dari usahawan yang sudah berjaya dalam bisnes ini untuk mendapat maklumat
     selanjutnya.
3) Saya percaya dengan segala maklumat yang saya perolehi kerana usahawan yang mencapai sukses di
    dalam bidang bisnes takaful adalah bukti yang paling baik sekali .
4) Saya percaya bahawa saya tetap boleh mencapai sukses di bidang ini walaupun saya tidak mempunyai
    sebarang pengalaman di bidang ini .
5) Saya mengikuti segala nasihat dan tunjuk ajar dari ketua saya tanpa sebarang kesangsian
6) Saya tekun belajar dan rajin bekerja , saya amalkan 3M , iaitu tidak boleh MALU , tidak boleh MALAS
    dan sikap mesti MAHU.

Berdasarkan tindakan tindakan yang saya lakukan, saya berjaya memajukan bisnes saya dari setahun ke setahun walaupun saya memang mempunyai banyak cabaran. walaupun pencapaian saya dalam bisnes ini agak perlahan , tetapi saya tetap dapat meningkatkan pendapatan saya. Pencapaian  pendapatan saya adalah seperti berikut :

Tahun 1995 - pendapatan tahunan > RM  45,000
Tahun 2000 - pendapatan tahunan > RM 100,000
Tahun 2004 - pendapatan tahunan > RM 200,000
Tahun 2008 - pendapatan tahunan > RM 300,000

Ini membuktikan bahawa walaupun saya tidak mempunyai sebarang pengalaman di bidang pemasaran , saya tetap dapat mencapai sukses di bidang takaful . Ini adalah kerana saya mengamalkan sikap percaya dahulu dan capai kemudian . Saya banyak menggunakan imaginasi bahawa saya akan mencapai sukses di peringkat permulaan iaitu pada tahun 1995. Saya membuat gambaran dalam minda saya bahawa saya akan berjaya dan disebabkan oleh sikap saya, akhirnya saya berjaya dalam bidang takaful .

Untuk mengubah hidup, saya ingin memberi nasihat kepada orang yang bakal menceburi bisnes takaful bahawa sikap percaya diri amatlah penting. Percaya dahulu dan capai kemudian terbukti satu faktor yang paling utama dalam pencapaian sukses di dalam hidup kita .
Terima Kasih.















Keputusan atas tangan sendiri

Wednesday, 10 July 2013

Apa boleh anda buat dengan kelulusan SPM

Rujuk kepada tajuk ini , apakah yang boleh dilakukan oleh seseorang yang berkelulusan SPM sahaja ? Kebiasaannya ialah seseorang itu akan mencari kerja selepas tamat sekolah tidak kira samada selepas SPM atau selepas tamat pengajian dari Universiti . Ini adalah kerana kita semua dididik oleh ibubapa,guru,pensyarah dan sebagainya untuk mencari kerja selepas tamat sekolah.Tidak sama sekali kita diajar untuk menceburi bidang bisnes.Ini menyebabkan remaja atau belia kita tidak langsung mempunyai idea untuk menceburi bidang bisnes .

Jika seseorang hanya berkelulusan SPM , apakah akan terjadi kepada hidup mereka pada masa hadapan ?
Jikalau seseorang yang berkelulusan SPM hendak mencari kerja , mereka terpaksa bersaing dengan mereka yang berkelulusan Diploma , Ijazah atau kelulusan yang lebih tinggi . Ini sememangnya mencabar kerana mereka yang berkelulusan SPM tidak boleh memohon kerja kerja yang memerlukan kelulusan Universiti . Kerja kerja yang boleh mereka mohon ialah seperti kerja buruh, operator kilang , kerani , ofis boy dan sebagainya.

Memandangkan kerja kerja yang boleh dilalukan oleh golongan yang berkelulusan SPM sahaja ,kita akan memahami bahawa pendapatan mereka memang rendah . Balik kepada golongan yang berkelulusan Universiti , seperti yang saya maklum dalam artikel saya yang lain , gaji seorang graduan cuma naik sebanyak RM1000 dalam tempoh 27 tahun . Pada tahun 1986, gaji graduan ialah RM1500 dan gaji graduan pada tahun 2013 ialah lebih kurang 2500. Jadi jika seorang graduan sudah mendapat gaji yang rendah , maka gaji seorang yang cuma berkelulusan SPM adalah lebih rendah lagi.

Jadi , jika seorang yang berkelulusan SPM  menceburi alam makan gaji , mereka semestinya tidak boleh bersaing dengan mereka yang berkelulusan Universiti, ini bermaksud mereka tidak ada peluang peluang yang baik  seperti mendapat peningkatan gaji yang tinggi atau promosi dalam sesebuah syarikat . Ini akan menyebabkan golongan ini  terus mengalami kehidupan yang susah memandangkan keadaan inflasi yang berlaku di negara kita.Mereka tidak mampu untuk menanggung kehidupan harian terutama sekali bila mereka ingin berumah tangga .

Inilah keadaan yang saya nampak untuk golongan yang berkelulusan SPM . Soalnya sekarang ialah apakah yang boleh dilakukan olen mereka ini ? Andai kata jika mereka masih ingin terus menceburi alam makan gaji , saya berpendapat mereka tidak akan dapat mengubah hidup mereka . Sebaliknya jika mereka berusaha untuk menceburi bidang bisnes , kemungkinan besar mereka boleh mendapat peluang untuk meningkatkan pendapatan mereka satu hari nanti .

Balik kepada soal bisnes , apakah peluang bisnes yang ada ? Adakah golongan yang berkelulusan SPM ini mempunyai modal dan pengetahuan yang mencukupi untuk menceburi bidang bisnes ? Siapakah yang boleh mengajar mereka cara cara untuk memulakan sesuatu bisnes . Dalam soal ini ,kesimpulannya ialah seperti berikut :

1) Adakah golongan yang berkelulusan SPM ini mahu menceburi bisnes ?
2) Apakah peluang yang mereka ada untuk memulakan bisnes ?
3) Adakah mereka mempunyai modal untuk memulakan bisnes ?
4) Adakah sesiapa yang boleh mengajar mereka tentang bisnes ?

Berlandaskan kepada soalan soalan di atas , sememangnya menjadi satu cabaran untuk belia yang berkelulusan SPM  untuk memulakan sesuatu bisnes dan inilah yang menyebabkan ramai  dari mereka yang tidak dapat menceburi bisnes . Semenjak menceburi bisnes insuran/takaful pada tahun 1995, saya sudah dapat melihat bahawa bisnes ini sememangnya saya bisnes yang amat baik untuk golongan yang berkelulusan SPM.

dI syarikat saya, kita ada bengkel mengajar cara cara untuk memulakan bisnes takaful tanpa sebarang modal . kita memberi latihan cara cara untuk membuat pemasaran , kelas motivasi dan tunjuk ajar membuat bisnes melalui internet dan sebagainya . Apa yang perlu ialah sijil lulus SPM atau SAP dengan 5 subjek lulus termasuk subjek BM . Seseorang itu cuma perlu menduduki dan lulus ujian takaful dan yuran ujian tersebut cuma RM80 sahaja. Jika berbanding dengan bisnes lain , misalnya bisnes ramli burger yang memerlukan modal RM5000 , bisnes takaful sememangnya bisnes yang mampu diceburi oleh setiap orang yang ingin menceburi bisnes. Lebih lebih lagi , mereka juga diajar oleh orang yang berpengalaman seperti saya yang sudah 18 tahun menceburi bisnes ini .

Sebagai rumusan , golongan belia yang berkelulusan SPM memang mempunyai peluang untuk mengubah hidup mereka , yang penting ialah mereka mesti mempunyai sikap berani mencuba dengan semangat dan azam yang kuat . Sesiapa yang berminat boleh melayari laman saya www.takafuknetworking.com  , facebook saya Takaful Calvin atau  menghubungi saya melalui email siack@pd.jaring.my .
Saya berharap dapat membantu ramai lagi orang terutama belia yang berkelulusan SPM untuk meningkatkan kedudukan kewangan mereka.