Tuesday, 13 August 2013

Bisnes takaful bisnes fantastik

Bisnes takaful setahu saya masih kurang diketahui ramai masa kini terutama di golongan orang melayu. Ini menyebabkan penglibatan yang agak minima dikalangan remaja orang melayu dalam bisnes ini. Sejak menceburi bisnes ini 18 tahun yang lepas, bisnes takaful sememangnya satu bisnes yang fantastik terutama sekali mengenai konsep network marketing seperti di dalam bisnes MLM. Ada banyak banyak sebab kenapa saya berpendapat demikian.

Sekarang mari kita kaji bersama apakah sebenarnya kehebatan bisnes takaful sehinggakan saya sanggup meninggalkan kerja saya sebagai seorang pembantu pengurus di SONY dengan gaji bulanan sebanyak RM5000 pada tahun 1994. Ramai yang agak terkejut dengan keputusan saya pada ketika itu termasuk ahli keluarga saya. Mereka memang tidak begitu yakin bahawa saya akan berjaya dalam bidang ini kerana saya sememangnya tidak mempunyai pengetahuan langsung dalam bidang ini. Walau bagaimanpun, disebabkan oleh manfaat yang amat menarik dengan potensi yang besar, saya tetap mengambil keputusan menceburi  bisnes ini tanpa ragu ragu.

Diantara manfaat menafaat bisnes takaful ialah seperti berikut.
1) Satu bisnes yang tidak perlukan modal. Untuk memulakan bisnes takaful, bayaran yang diperlukan ialah RM80 untuk mengambil ujian takaful bagi mendapatkan lesen takaful.Itulah saja yang perlu, latihan ,bengkel dan kelas diberikan secara percuma.Jika kita banding dengan bisnes MLM, kos ini memang amat rendah sekali. Saya difahami oleh seorang klien saya yang memasuki satu jenis bisnes MLM dimana beliau terpaksa mengambil pinjaman peribadi dari bank sebanyak RM25,000 untuk memulakan bisnes ini. Selain daripada itu,bisnes ramli burger juga memerlukan modal sebanyak RM5,000 sebagai modal pemulaan. Ini jelas menunjukkan bahawa bisnes takaful satu bisnes yang mudah diceburi oleh semua orang terutama belia belia yang ingin memulakan bisnes tetapi tidak mempunyai modal.

2) Memerlukan kelulusan yang rendah . Bisnes takaful cuma memerlukan kelulusan SPM untuk layak mengambil lesen bisnes takaful. Ini amat sesuai untuk golongan yang berkelulusan SPM yang ingin menceburi bidang bisnes.

3) Satu bisnes yang boleh menjana pendapatan yang tidak terhad. Dengan kelulusan yang rendah dan tanpa modal, bisnes ini boleh menjana pendapatan yang tinggi dan tidak terhad. Saya meninggalkan kerja saya di SONY adalah kerana saya mengetahui bahawa saya boleh mendapat pendapatan yang tinggi dan paling penting ia adalah dibawah kawalan saya. Di bidang makan gaji, gaji kita bergantung kepada majikan kita dan selalunya ramai yang komplain bahawa gaji selalu tidak selaras dengan usaha. Di dalam bisnes ini , inilah pendapatan saya:

Tahun 1995 -pendapatan tahunan > RM 45,000
Tahun 2000-pendapatan tahunan > RM 100,000
Tahun 2004-pendapatan tahunan > RM 200,000
Tahun 2008-pendapatan tahunan > RM 300,000

Walaupun saya tidak berpengalaman dalam bidang pemasaran, selagi saya sanggup belajar, ada azam kuat   dan sikap tidak putus asa, saya tetap boleh mendapat pendapatan tinggi. Di bidang makan gaji, pendapatan sebegini adalah amat tipis dan mustahil.

4) Satu bisnes yang boleh memberi kebebasan kewangan dan masa. Selama 7 tahun makan gaji, masa saya memang terkongkong. Bila sahaja majikan memerlukan saya , maka saya terpaksa mengangguk kepala. Susah nak minta cuti dan terpaksa bekerja shift walaupun saya seorang pembantu pengurus. Dalam bisnes takaful, bila bisnes saya sudah maju, saya mempunyai banyak kebebasan masa. Sayalah yang merancang bila nak kerja, bila nak rehat, bila nak melancung dan sebagainya. Ini lah yang paling saya sukai .

5) Incentive melancung dengan percuma. Incentive ini juga memberi banyak motivasi kepada saya kerana saya berpeluang melancung ke luar negeri setiap tahun selagi saya mencapai target tertentu. 18 tahun menceburi bisnes ini, saya sudah melancung ke banyak negara seperti Italy, Australia, Dubai ( Arab Saudi) , Turkey, Korea, Vietnam , Indonesia, Taiwan , Cina , Thailand. Semasa makan gaji, saya tidak langsung mempunyai peluang untuk melancung ke luar negeri lebih lebih lagi bila melancung secara percuma. Hotel 5 bintang, makanan istimewa, tempat pelancungan yang best dan cantik. Seronok betul !!

6) Peluang membuka ofis sendiri. Bila sudah mencapai satu pangkat tertentu , syarikat takaful akan memberi kita satu peluang membuka ofis sendiri dimana kos menjalankan bisnes seperti sewa,bil elektrik, bil air, bil talipon ofis dan bimbit, gaji kerani, dan sebagaunya akan ditanggung oleh syarikat takaful .Disamping itu,
kita juga diberi kebebasan memilih tempat untuk membuka ofis kita.

7) Tabung pesaraan percuma. Disamping pendapatan yang kita dapat dari bisnes kita, kita juga dapat satu tabung pesaraan yang diberikan secara percuma. Dari hasil jualan kita, sesuatu percentage dari jumlah jualan setiap tahun akan dikira dan dimasukkan ke dalam suatu tabung dan tabung itu akan meningkat setiap tahun mengikut dividen kwsp. Saya pernah mengetahui setengah senior saya mendapat tabung ini sebanyak 2 hingga 3 juta apabila mereka mencapai umur 55.

8) Mendapat penganugerahan. Bila seseorang itu berjaya mendapat hasil jualan yang baik , mereka akan diberi anugerah setiap tahun didalam konvention syarikat. Ini memberi satu motivasi yang amat baik dan boleh memberi galakan kepada kita untuk mendapat anugerah setiap tahun. Rasa bangga yang tidak terhingga apabila usaha kita mendapat sanjungan tinggi. Keadaan ini kebiasaaanya tidak wujud dalam alam makan gaji, bila buat baik tidak dipuji dan bila buat silap akan di persalahkan.

Begitulah beberapa manfaat yang sempat saya ceritakan di sini dan sebenarnya ada banyak  menafaat lain. Saya yakin anda mungkin setuju dengan saya bahawa inilah satu bisnes yang fantastik. Bisnes ini juga menolong saya mendapat banyak ilmu terutama sekali ilmu berkaitan dengan NLP, ilmu berinteraksi, ilmu memajukan diri dan berbagai bagai lagi. Saya juga berpeluang belajar dari usahawan luar negeri apabila saya menghadiri seminar antarabangsa atau national .

Ini sememangnya satu ilmu yang tidak mungkin kita pelajari di sekolah atau di universiti. Sekira anda mempunyai impian untuk berjaya dalam hidup anda, anda bolehlah mempertimbangkan bisnes takaful. Walaupun anda tidak berpengetahuan, janganlah risau selagi anda mempunyai sikap ingin belajar dan sanggup berusaha dengan gigih. Jika saya boleh, kenapa anda tidak ? Syarikat saya ada bengkel keusahawanan yang boleh membantu anda.
Hubungilah saya melalui email siack@pd.jaring.my atau hp 019-2776182.






















































No comments:

Post a Comment