Saturday, 20 July 2013

Percaya dahulu capai kemudian

Berkenaan dengan tajuk ini. saya dapati ramai orang mempunyai tanggapan yang kurang betul mengenai kepercayaan diri . Dalam tempoh 18 tahun menceburi bisnes takaful, saya dapati ramai orang seballiknya mengamalkan " capai dahulu kemudian baru percaya " .Mereka  selalu ingin melihat orang lain berjaya melakukan sesuatu barulah mereka boleh percaya.

Semenjak menceburi bisnes , saya banyak belajar dari guru guru yang berkalibar. Mereka kesemuanya menyatakan bahawa untuk mencapai sesuatu yang luar biasa, kita seharusnya percaya dahulu dan yakin terhadap tindakan kita. Cuba kita tinjau tentang orang yang pertama menjejak ke atas bulan , beliau memang percaya manusia boleh menjejak bulan walaupun ia merupakan sesuatu impian yang kelihatan tidak mungkin dicapai. Disebabkan oleh sikap percaya, manusia akhirnya berjaya menjejak kaki ke atas bulan .

Dalam bisnes takaful, bila mereka diberi peluang untuk menceburi bisnes, kebanyakan orang tidak percaya dan yakin bahawa mereka boleh berjaya di dalam bisnes takaful. Mereka selalu ingin melihat banyak bukti bukti yang boleh menyakinkan mereka bahawa bisnes ini memang satu bisnes yang berpotensi tinggi. Apabila mereka sudah memperolehi bukti bukti ini, mereka tetap tidak berani membuat langkah yang pertama. Mereka akan menunggu dan melihat orang lain dahulu , mereka ingin melihat samada orang  lain  boleh berjaya dalam bisnes tersebut sebelum mereka membuat keputusan menceburi bisnes ini. Sikap inilah yang menyebabkan ramai orang tidak berjaya mencapai  apa yang mereka ingini dalam hidup mereka .

Dalam bab bab yang lain, saya juga menerangkan bahawa sikap yakin diri adalah juga satu faktor yang amat penting untuk kita mencapai kejayaan. Tanpa sikap yakin diri, adalah mustahil sesorang itu boleh memperolehi sukses dalam hidup mereka .

Seperti yang kita sedia maklum, saya sebenarnya tidak mempunyai sebarang pengalaman atau skil pemasaran sebelum saya menceburi bidang bisnes takaful . Pada tahun 1995 , semasa saya membuat keputusan untuk menceburi bisnes takaful, apakah yang memberi saya dorongan dan keberanian untuk membuat keputusan sedemikian ? Pada ketika itu, saya membuat keputusan saya berdasarkan perkara perkara berikut :

1) Saya menghadiri taklimat untuk memahami bisnes takaful/insuran.
2) Saya meminta nasihat dari usahawan yang sudah berjaya dalam bisnes ini untuk mendapat maklumat
     selanjutnya.
3) Saya percaya dengan segala maklumat yang saya perolehi kerana usahawan yang mencapai sukses di
    dalam bidang bisnes takaful adalah bukti yang paling baik sekali .
4) Saya percaya bahawa saya tetap boleh mencapai sukses di bidang ini walaupun saya tidak mempunyai
    sebarang pengalaman di bidang ini .
5) Saya mengikuti segala nasihat dan tunjuk ajar dari ketua saya tanpa sebarang kesangsian
6) Saya tekun belajar dan rajin bekerja , saya amalkan 3M , iaitu tidak boleh MALU , tidak boleh MALAS
    dan sikap mesti MAHU.

Berdasarkan tindakan tindakan yang saya lakukan, saya berjaya memajukan bisnes saya dari setahun ke setahun walaupun saya memang mempunyai banyak cabaran. walaupun pencapaian saya dalam bisnes ini agak perlahan , tetapi saya tetap dapat meningkatkan pendapatan saya. Pencapaian  pendapatan saya adalah seperti berikut :

Tahun 1995 - pendapatan tahunan > RM  45,000
Tahun 2000 - pendapatan tahunan > RM 100,000
Tahun 2004 - pendapatan tahunan > RM 200,000
Tahun 2008 - pendapatan tahunan > RM 300,000

Ini membuktikan bahawa walaupun saya tidak mempunyai sebarang pengalaman di bidang pemasaran , saya tetap dapat mencapai sukses di bidang takaful . Ini adalah kerana saya mengamalkan sikap percaya dahulu dan capai kemudian . Saya banyak menggunakan imaginasi bahawa saya akan mencapai sukses di peringkat permulaan iaitu pada tahun 1995. Saya membuat gambaran dalam minda saya bahawa saya akan berjaya dan disebabkan oleh sikap saya, akhirnya saya berjaya dalam bidang takaful .

Untuk mengubah hidup, saya ingin memberi nasihat kepada orang yang bakal menceburi bisnes takaful bahawa sikap percaya diri amatlah penting. Percaya dahulu dan capai kemudian terbukti satu faktor yang paling utama dalam pencapaian sukses di dalam hidup kita .
Terima Kasih.















No comments:

Post a Comment