Sunday, 14 July 2013

Mengapa hidup susah

Berbincang berkenaan dengan topik ini , memang tidak hairan 95% dari masyarakat kita tidak dapat hidup dengan senang dan selesa .Cuma ada lebih kurang 5% dari masyarakat kita yang boleh dianggap hidup dengan selesa ,kaya atau mewah .Ini jelas kerana cuma ada lebih kurang 5% dari masyarakat kita yang menceburi bidang usahawan.

Selepas 18 tahun saya menceburi bidang bisnes , saya sudah banyak mengaji mengapa masyarakat masih kurang selesa atau tidak yakin langsung untuk menceburi bidang bisnes. Dari banyak banyak sebab yang saya kaji , saya dapati salah satu sebab ialah majoriti masyarakat kita memang tidak yakin dengan kerja kerja yang melibatkan pemasaran( sales ).Mereka anggap kerja ini tidak sesuai untuk mereka dan mereka lebih selesa dengan kerja kerja dalam ofis. Dari kajian saya , saya dapati sebab utama mereka tidak melibatkan diri dalam kerja pemasaran ialah kerana kurang yakin dengan dengan kerja yang memerlukan aktiviti aktiviti seperti berkomunikasi , menandingi rejeksion , menpengaruhi prospeks , menyakinkan prospek dan sebagainya. Ini jelas menunjukan kelemahan mereka dari segi skil membuat pemasaran .

Jikalau kita mengaji mengenai bidang bisnes , selain daripada proses pembuatan produk , aspek pengurusan , aspek pengangkutan , satu aspek lain yang amat penting ialah aspek pemasaran ( marketing).
Tanpa pemasaran , sesebuah syarikat tidak akan dapat memasarkan produk produk mereka dan syarikat tersebut tidak akan dapat bertahan lama . Jadi aspek pemasaran adalah faktor utama kejayaan sesebuah syarikat .

Aspek pemasaran bukan sahaja penting untuk sesebuah syarikat maka juga sangat penting untuk sesebuah negara, Ketua sesebuah negara masti mempunyai skil pemasaran yang amat tinggi supaya beliau dapat memasarkan sesebuah negara kepada negara negara lain untuk datang melabur . Tanpa perlaburan dari negara negara lain , sesebuah negara tidak akan maju dalam bidang ekonominya.Ini jelas menunjukkan bahawa aspek pemasaran memang tidak boleh diabaikan .

Skil pemasaran memang penting untuk setiap orang , kita semestinya mempelajari skil ini supaya kita dapat memasarkan diri kita , kemahiran kita , perkhidmatan kita , bisnes kita atau produk produk kita . Skil pemasaran boleh dipelajari dan diparktikan oleh semua orang dalam apa sahaja bidang yang mereka ceburi . Dalam dunia yang penuh dengan persaingan , kita seharusnya mempelajari skil pemasaran yang tinggi kerana seperti yang saya terangkan tadi , walaupun seseorang itu tidak terlibat dalam bidang pemasaran , beliau juga seharusnya mempunyai skil ini supaya beliau selalu dapat memasarkan diri  mereka dari aspek kebolehan  dan  aspek kemahiran kepada majikan mereka .

Balik kepada soal mengapa ramai hidup susah , jelas menunjukan bahawa ramai orang tidak menceburi bidang bisnes kerana kurang yakin dengan skil pemasaran . Selepas 18 tahun menceburi bisnes , jelas menunjukan bahawa bisnes adalah satu satunya cara seseorang itu boleh mengubah hidup mereka terutama sekali untuk mereka yang berkelulusan SPM sahaja . Untuk mereka yang berkelulusan Universiti, saya juga galakan mereka menceburi bidang bisnes kerana sijil ijazah sudah tidak lagi boleh menjamin masa depan mereka .

Saya berpendapat bahawa ajaran yang kita dapat dahulu dari ibubapa ,cikgu atau pensyarah kita yang mengatakan bahawa kelulusan ijazah boleh menjamin kehidupan yang selesa sudah tidak semestinya betul lagi . Semalam ( 14th july ) ,saya terbaca satu aktikel dalam surat khabar yang mengatakan ramai graduan graduan sudah tidak lagi mampu untuk memiliki rumah sendiri . Ini berpunca dari gaji mereka yang rendah dan harga rumah yang melambung tinggi . Jadi jika seseorang masih tidak membuat perubahan dan berani menceburi bidang bisnes , maka saya tidak yakin bahawa mereka boleh mengubah nasib mereka . Mereka akan terus hidup susah .

Kesimpulannya ialah jika kita tidak mahu terus hidup susah ,beranilah menceburi bisnes terutama bisnes takaful yang tidak memerlukan sebarang modal . Saya amat yakin bahawa bisnes ini boleh mengubah hidup seseorang jika beliau berani mencuba . Dalam 18 tahun , saya sudah dapat membantu ramai orang mencapai sukses dalam bidang ini . Saya merasa amat bangga dengan kejayaan yang mereka capai dalam bidang insuran/ takaful walaupun ramai dari mereka sememangnya tidak mempunyai skil pemasaran . Ramai dari mereka berasal dari bidang lain seperti bidang akaun , bidang kejuruteraan , bidang peguam dan bidang lain yang sememangnya bukan bidang pemasaran. Ini jelas menunjukan bahawa skil pemasaran boleh dipelajari asalkan seseorang itu ada sikap positif , sikap ingin maju dan sikap tidak putus asa .
Terima Kasih.






   




































No comments:

Post a Comment