Saturday, 23 February 2019

3 krisis golongan makan gaji

1) Tak mampu nak beli rumah sendiri.
Rumah teres 2 tingkat biasa. 500k keatas
Condo biasa 500k keatas

2) Tak mampu nak simpan duit pendidikan anak-anak.
Universiti kerajaan- yuran+sewa+belanja harian. Jumlah untuk 4 tahun 30k++

Universiti swasta - yuran+sewa+belanja harian. Jumlah untuk 4 tahun 60k++ ke 150k++
3) tak mampu nak simpan duit untuk hari tua.

Cuba tanya kawan-kawan anda, berapa diantara mereka yang berani nak fikir pasal beli rumah sekarang.
Bagi yang berumahtangga dan ada anak, berapa yang dah beli polisi pendidikan atau menabung di tempat lain untuk tabung pendidikan anak-anak. Mereka kata nak bayar belanja harian keluarga pun susah, mana ada duit nak simpan?

Saya risau keadaan ini, sebab golongan makan gaji akan hidup bukan sahaja susah, tapi sangat sangat susah sekarang  dan masa depan.Ramai anak pasti akan duduk dengan ibubapa yang ada rumah sebab mereka tak mampu nak beli sendiri.

Gaji graduan baru berapa sebulan? Antara 1500 ke 3000 sebulan. Potong ansuran pinjaman pendidikan, potong ansuran kereta, bayar petrol, tol, parking, belanja harian dsbnya. Berapa duit yang tinggal?
Nak beli rumah 500k, bayaran asas10% iaitu 50k. Berapa lama nak kumpul 50k dengan gaji 1500-3000 sebulan?
Lepas itu, tahukah berapa bayaran ansuran rumah sebulan? Busuk busuk 2-3k sebulan atau lebih.

Saya dah buat banyak pengiraan tentang perancangan kewangan, dengan gaji rendah dan harga barangan dan rumah yang melambong tinggi, saya tak tahu macammana anak-anak kita nak hidup makan gaji.

Mungkin anda tak percaya, tunggu dan tengok apa akan jadi kat anak-anak kita kalau mereka nak hidup makan gaji.

Kalau bapak orang kaya atau usahawan, nasib baik untuk anak-anak sebab bapak boleh bantu dari segi kewangan. Kalau bapak golongan makan gaji, sorry la! Anak-anak semua kena mula dari kosong( start from zero)

Ramai orang mungkin tak nampak, masih happy go lucky. Enjoy life. Holiday sini sana kalau ada sikit duit, tapi tak pernah fikir pasal tabung pendidikan, insuran, tabung pesaraan dsbnya. Aiyo! Macamana???

Ramai golongan ibubapa masih menaruh harapan kepada PTPTN, mereka tidak tahu apa masalah akan terjadi kepada anak anak yang ambil PTPTN. kasihan anak anak, lepas tamat pengajian, sudah hutang berpuluh puluh ribu, endah boleh bayar tak? Ramai yang tak boleh dapat kerja pun. So how?
Tak boleh bayar,nama kena black listed.
Susah!!!
Inilah nasib keadaan golongan makan gaji tapi apa boleh buat ?Mentaliti golongan makan gaji tak akan ubah, mereka masih anggap makan gaji selamat, terjamin. Susah nak tukar fikiran. Zaman sekarang dah ubah, dulu bapak kita dengan gaji 1000 sebulan pun boleh beli rumah, tapi sekarang mustahil.

Untuk golongan makan gaji, masa untuk fikir masak masak dan betul betul !!!
Jadi usahawan satu satu caranya.
Usahawan apa? Tak ada modal,tak ada knowledge, tak ada orang ajar.
Jangan risau, jadi seorang KONSULTAN TAKAFUL.
Tak payah modal, kursus diberikan percuma. Tak ada risiko langsung. Tapi best part ialah boleh jadi JUTAWAN.
Saya tahu mungkin reaksi anda 'SUSAH JADI KONSULTAN' kalau begitu, makan gaji kan lagi susah, susah seumur hidup. Kalau anda rela hidup susah makan gaji, tak salah pun.

Tapi ingat !
Kalau anda miskin sebab ibubapa anda miskin, itu bukan salah anda.
Tapi kalau anak-anak anda miskin sebab anda tak mampu, itu tanggungjawap anda.

No comments:

Post a Comment