Tuesday, 24 September 2013

Kalau bukan sekarang , bila lagi

Seruan dari PM kita menyuruh orang menceburi bidang keusahawanan terutama di kalangan kaum bumiputra, namun ramai remaja zaman kini masih kurang yakin dan tidak berani menceburi bidang keusahawanan. Seperti yang kita sedia maklum, 95% dari populasi yang bekerja berada di bidang makan gaji dan cuma 5% yang menceburi bisnes.

Terpapar dalam berita harian mengenai peningkatan ekuiti bumiputra
1970 - 2.4%
2011 - 23.5%

Selepas 41 tahun , ekuiti bumiputra masih belum mencecah 30% seperti yang diharapkan. Seorang pemberita juga melapurkan bahawa sosioekonomi yang tidak seimbang boleh menyemai rasa ketidakpuasan hati antara kaum. Ini jelas menunjukkan bahawa penglibatan kaum bumiputra di bidang keusahawanan adalah satu agenda yang amat penting masa kini.

Walaupun berbagai dorongan dan bantuan kerajaan telah diberikan , tetapi penglibatan kaum bumiputra dalam bisnes masih amat berkurangan. Apakah sebab sebab yang menyebabkan fenomena ini berlaku? Selepas 18 tahun menceburi bisnes insuran / takaful, saya mendapati bahawa penglibatan yang masih kurang dari kaum bumiputra dalam bidang keusahawanan takaful. Banyak alasan yang mengatakan bahawa bisnes takaful amat susah dan tidak senang dan inilah yang menyebabkan ramai yang tidak sanggup mengambil cabaran ini.

Dari tinjauan saya, terdapat beberapa sebab yang menyebabkan mengapa ramai remaja atau orang yang makan gaji masih tidak berani dan yakin menceburi bidang bisnes. Berikutlah beberapa sebab mengapa ini berlaku .

1) Tiada pengaruh bisnes.
     Ramai orang berasal dari keluarga yang makan gaji termasuk diri saya. Jadi memang tidak mendapat sebarang pengaruh dari orang tua kita mengenai bidang bisnes. Apa lagi mereka pula tidak digalakan untuk menceburi bisnes konon kononnya bisnes itu berisiko tinggi dan tidak ada jaminan.

2) Tidak berani mencuba dan berubah.
     Masyarakat lebih suka masuk bidang makan gaji kerana ia diibaratkan lebih terjamin tidak seperti bidang bisnes dimana pendapatan tidak tentu dan banyak bergantung kepada keuntungan bisnes. Kerana minda inilah ramai orang tidak berani untuk cuba memasuki bisnes. Lebih lebih lagi, menceburi sesuatu bisnes memerlukan seseorang itu membuat banyak perubahan dalam banyak aspek dan ramai yang tidak sanggup berbuat demikian.

3) Tidak ada kesedaran
    Ramai yang masih berpendapat bahawa makan gaji itu kerja yang terjamin. Mereka masih tidak menyedari bahawa kelulusan universiti sudah tidak lagi menjamin hidup selesa. Untuk mereka yang hanya berkelulusan SPM, masa depan mereka lebih samar lagi. Dalam dua topik lain yang bertajuk :

a) Apa anda boleh buat dengan kelulusan SPM
B) Kelulusan universiti tidak menjamin hidup selesa

 Jelas menunjukkan bahawa makan gaji tidak akan membawa kita kemana mana dan itu memang satu hakikat. Kenaikan gaji sudah tidak boleh menandingi kenaikan iflasi sekarang dan masa akan datang.

4) Tidak ada arah tuju 
    Ramai orang tidak dapat melihat masa depan mereka dan seterusnya membuat perancangan. Mereka tidak mempunyai mata yang boleh berfungsi seperti teleskop. Mereka cuba nampak benda benda di depan mata mereka dan tidak ada arah tuju untuk masa depan. Baca topik : Mata teleskop untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesan kesan akibat tiada perancangan untuk masa depan.

5) Tidak ada tunjuk ajar
   Dalam bisnes, siapa yang nak ajar  terutama bisnes konventional. Skil dan pengalaman untuk membuat sesuatu bisnes tidak dapat dipelajari di mana mana kecuali dari seorang ahli perniagaan yang berjaya. Inilah salah satu faktor penghalang yang amat besar sekali. Walau bagaimanapun, seseorang yang ingin menceburi bisnes tidak seharus membiarkan faktor ini menjejaskan harapan mereka. Mereka boleh mencari kesempatan bergaul dengan orang yang mempunyai latar belakang bisnes.

6) Tidak ada inisiatif untuk belajar
   Untuk menjadi seorang usahawanan yang berjaya, seseorang itu mesti ada banyak inisiatif untuk belajar atau mendapat ilmu berkenaan dengan bisnes. Mereka tidak seharusnya menunggu dan meminta bantuan sepanjang masa. Sikap tidak ada inisiatif inilah yang menyebabkan ramai usahawan kecundang dalam bisnes mereka.

7) Tidak mengambil kesempatan
   Ramai orang membuat rintihan bahawa hidup mereka susah tetapi mereka tidak mengambil kesempatan yang diberikan untuk menceburi bisnes. Alasannya ialah bisnes adalah bidang yang susah, tidak sesuai untuk mereka dan macam macam alasan lagi. Mereka lebih rela untuk hidup susah dari membuat perubahan.

Balik ke bidang keusahawanan takaful, ramai yang mengatakan bahawa bisnes ini memang mencabar dan susah. Pada pendapat saya, tidak ada bisnes dalam dunia ini  yang senang. Untuk berjaya dalam bisnes, banyak usaha harus dilakukan dengan ketahanan mental yang kuat dan tidak mudah putus asa. Pisau kalau tidak diasar tidak akan tajam, gunakan segala cabaran sebagai latihan untuk meneruskan perjuangan.

Baru baru ini seorang pemain badminton wanita dari Thailand telah berjaya mendapat juara dalam kejohanan  badminton sedunia di Cina. Beliau cuma berumur 18 tahun. Mengikut beliau, beliau terpaksa berlatih selama 7 jam berturut turut setiap hari. Ini jelas menunjukkan bahawa tiada kejayaan yang tidak perlukan usaha gigih.

Bidang keusahawanan takaful memang satu bidang yang berpotensi tinggi. Tidak perlu modal, tidak ada risiko, kursus dan latihan percuma dengan silibus terunggul dalam bahasa melayu untuk melatih konsultan yang berkewibaan tinggi. Lebih lebih lagi, konsep network marketing yang unik dan sistem pemasaran ( marketing ) yang tersendiri pasti boleh menolong anda menjadi seorang usahawan takaful yang berjaya. Jika sikap yang betul + sistem yang cekap, maka kejayaan dalam bisnes takaful memang satu impian yang pasti tercapai.

Misi syarikat saya ialah melatih lebih banyak konsultan takaful yang berkewibaan tinggi untuk menolong masyarakat melayu memahami kepentingan pengurusan risiko dan membuat usaha mengurangkan risiko mereka melalui produk takaful.  Terima  kasih.
















No comments:

Post a Comment