Tuesday, 3 September 2013

Adakah anda sudah bersedia

Petrol sudah naik 20 sen mulai hari ini, lantasan dari ini banyak lagi harga barangan akan turut naik. Ini sememangnya bukan satu perkara yang asing bagi kita semua. Apakah kesan kesan akibat dari kenaikan harga petrol? Mula mula mesti berkait dengan perbelanjaan bulanan kita. Berapakah jumlah peningkatan perbelanjaan akibat dari kesan kenaikan petrol?

Andai kata sesorang itu belanja RM 400 untuk petrol sebulan.
belanjaan petrol = RM 400 sebulan ( lama )
harga petrol       = RM 1.90 per liter ( lama )
Jumlah petrol     = 210.52 liter ( lama )

harga petrol        = RM 2.10 per liter ( baru)
belanjaan petrol  = 210.52 liter X  RM 2.10
                          = RM442.09 sebulan ( baru)

Jadi sesorang itu kena belanja lebih RM42.09 sebulan dan RM505.08 setahunBukan setakat ini sahaja,
harga gas akan naik, kos pengangkutan akan naik, peniaga akan naikan harga barangan dan macam macam lagi. Yang amat ketara ialah gaji tak naik. Satu lagi kesan ialah bila harga barangan sudah naik, kemungkinan untuk harga barangan turun semula adalah agak tipis atau mustahil. Dari pengiraan di atas, perbelanjaan seseorang itu jelas sudah bertambah RM505.08 setahun dengan tiba-tiba dan ini memang mendatangkan satu beban yang agak berat. 

Inflasi adalah satu perkara yang tidak boleh dielakkan dengan sepenuhnya dan kita harus bersedia untuk menghadapinya. Soalnya ialah bagaimana? Untuk golongan yang makan gaji, mereka tidak boleh
menyuruh majikan menaikan gaji mereka dengan serta merta. Apa akan terjadi jikalau gaji mereka sekarang 
setakat cukup cukup untuk menyara hidup keluarga mereka? Inilah yang saya ceritakan dalam bab bab lain bahawa kenaikan gaji sememangnya tidak boleh menandingi kenaikan inflasi. Lebih lebih lagi, kenaikan gaji adalah diluar kawalan mereka kerana kuasa adalah atas tangan majikan.

Sekiranya anda berada dalam golongan yang makan gaji, apakah persediaan anda? Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi keadaan ini? Kenaikan kos kehidupan akan terus berlaku dan berlanjutan selamanya. Mungkin satu cara untuk menandingi keadaan ini ialah berjimat, mengurangkan perbelanjaan ke satu takat yang paling minima. Kurangkan hiburan, kurangkan aktiviti aktiviti shopping dan sebagainya.
Tetapi adakah ini satu penyelesaian yang muktamad atau yang paling baik sekali? Jawapannya sememangnya TIDAK!

Untuk mengatasi keadaan kenaikan kos kehidupan, cara yang paling baik ialah mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan anda. Tetapi seandainya anda masih berada di alam makan gaji, adakah anda berdaya untuk melakukannya? Untuk mencapai sesuatu dengan berkesan, anda harus melakukan sesuatu yang dibawah kawalan anda. Satu pilihan yang paling baik pada pendapat saya ialah mencari peluang bisnes sampingan atau parttime. Anda boleh gunakan masa dengan sebaik baiknya untuk melakukan sesuatu bisnes bagi memperolehi pendapatan sampingan. Pada masa yang sama anda boleh belajar secara mendalam tentang bisnes yang anda ceburi mana tahu ia mungkin menjadi satu bisnes yang boleh anda lakukan seumur hidup. Inilah yang dilakukan oleh ramai orang, mereka mula dengan parttime dan akhirnya menbuat sepenuh masa meninggalkan kerja makan gaji. Keadaan ini banyak berlaku dalam bisnes takafulnetworking.

Selama 18 tahun dalam bisnes takaful, saya sememangnya dapat melihat ramai yang masuk secara parttime untuk mencari duit sampingan dan akhirnya menjadi seorang konsultan takaful sepenuh masa yang begitu berjaya. Bisnes takaful menjadi pilihan mereka kerana ia tidak memerlukan modal dan cuma memerlukan kelulusan SPM dan tiada risiko. Sekiranya anda dapat melihat cabaran yang bakal menimpa terutama berkenaan soal soal kewangan, maka anda seharusnya membuat persediaan sekarang. Persediaan anda bukan setakat untuk menghadapai keadaan inflasi tetapi juga untuk masa depan anak-anak dan keluarga anda. Tabung pendidikan dan tabung persaraan adalah target utama kerana adalah impian setiap ibubapa supaya anak mereka boleh melanjutkan pendidikan ke universiti dan juga setiap orang  ingin bersara dengan selesa.

Ingat! Anda boleh memilih untuk bergantung kepada bantuan kerajaan tentang pendidikan anak anda tetapi bukankah baiknya jikalau anda sendiri mampu untuk melakukannya. Orang yang mempunyai kebebasan kewangan mempunyai kebebasan untuk memilih ( freedom of choice ). Inilah adalah sebab mengapa orang berusaha untuk mencapai kebebasan kewangan ( financial freedom). Kepada anda anda sekalian yang masih makan gaji, pertimbangkan bisnes takaful. Bisnes ini bukan setakat satu bisnes yang boleh menjana penda patan yang lumayan tetapi ia juga satu bisnes yang cukup bermakna. Bacalah blog saya yang lain www.takafulbisnes.blogspot.com.

Akhir kata, masa depan anda bergantung kepada persediaan anda sekarang.
Cepat sedar, cepat maju
Lambat sedar, lambat maju
Langsung tak sedar, hidup tak berubah.

























   

No comments:

Post a Comment