Dalam tempoh 18 tahun menceburi bisnes takaful , saya dapat melihat banyak kejayaan yang dicapai oleh ramai orang yang menceburi bisnes ini sehinggakan ada diantara mereka memperolehi pendapatan tahunan yang melebihi satu juta . Tidak kurang juga saya menemui orang yang tidak dapat mencapai apa yang mereka harap harapkan dalam bisnes ini .
Apakah sebab sebab yang menyebabkan keadaan ini berlaku ? Mengapakah setengah orang boleh mencapai impian mereka sedangkan yang lain tidak ? Dari tinjauan saya selama ini , saya dapati banyak perbezaan di antara mereka yang sangat berjaya dengan mereka yang kurang berjaya . Ketika saya membuat keputusan untuk menceburi bisnes ini , saya telah membuat satu persediaan mental yang paling utama iaitu fokus untuk berjaya .
Pada saat saat awal dalam bisnes saya , saya amat jelas ( 100% ) akan arah tuju saya . Saya sememangnya sudah mengetahui segala impian atau espektasi saya di dalam bisnes ini . Inilah adalah faktor yang paling utama dan ia bagaikan satu pedoman untuk saya memulakan perjuangan saya . Apabila kita jelas tentang tujuan utama kita menceburi bisnes ini , kesan sampingan yang paling ketara ialah kita tidak akan mudah putus asa apabila kita menemui sebarang cabaran . Ini adalah kerana fokus kita ialah untuk berjaya dan kita tidak dapat menerima sebarang keputusan lain kecuali KEJAYAAN.
Untuk mereka yang jelas tentang arah tuju dan tujuan mereka , peratus kejayaan adalah 100% . Jadi faktor ini adalah faktor yang paling penting . Akan tetapi untuk mereka yang kurang berjaya , inilah kelemahan mereka . Golongan mereka yang menceburi bisnes ini hanya setakat untuk mencuba , tujuan mereka ialah untuk cuba merasai samada bisnes ini sesuai untuk mereka atau tidak ( kononnya) .Mereka ini kebiasaanya sudah bersedia untuk menerima hakikat seandainya mereka tidak berjaya . Persediaan mental mereka ini amat berbeza sekali dengan yang lain , mereka tidak membuat keputusan muktamad bahawa mereka mesti berjaya .
Selepas membuat persediaan mental , langkah seterusnya ialah rajin belajar untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu dan kemahiran untuk mebolehkan kita menjalankan tugas kita sebagai seorang konsultan takaful . Dalam hal ini , terdapat 4 kategori yang harus kita berikan tumpuan .
1) Pengetahuan ( knowledge)
2) Sikap ( attitude )
3) Kemahiran ( skil )
4) Tabiat ( habit)
Seorang konsultan baru harus belajar dengan cepat untuk mendapat banyak ilmu dan pengetahuan di bidang pengurusan risiko . Mereka harus belajar mengenai produk takaful , cara cara untuk membuat analisa risko , teknik untuk membuat pemasaran dan buka cawangan . Ini juga melibatkan skil berkomunikasi , skil menandingi objeksion , skil menyakinkan prospek , skil membuat presentasi , skil untuk bergaul dengan orang ramai dan sebagainya. Untuk mendapat segala pengetahuan dan skil tersebut , aktiviti penting yang mesti dilakukan ialah menghadiri KELAS latihan setiap minggu . Konsultan yang rajin belajar akan maju dengan pesat kerana keyakinan mereka tinggi disebabkan mereka mempunyai pengetahuan yang bagus .
Untuk mereka yang buat bisnes ini secara part time , kelas latihan adalah sangat penting kerana kelas ini bukan setakat boleh mendapat banyak ilmu bahkan boleh mendapat banyak motivasi dan inspirasi . Ini amat penting kerana ia boleh terus meningkatkan ketahanan mental konsultan baru supaya mereka boleh terus berjuang dengan gigih . Golongan yang buat parttime amat memerlukan bantuan ini kerana mereka membuat 2 jenis pekerjaan dalam masa yang sama dan golongan mereka ini amat mudah tersasar dari arah tuju mereka .
Selain dari pengetahun dan skil , 2 perkara lain yang juga amat penting iaitu sikap dan tabiat bahkan banyak guru guru yang mengatakan bahawa kedua kedua aspek ini lebih penting dari pengetahuan dan skil .
Sikap adalah segala galanya , sikap positif ,sikap tidak mudah putus asa , sikap ingin terus belajar , sikap menjadi pengikut setia kepada ketua , sikap inisiatif , sikap untuk terus maju , sikap berdikari adalah di antata sikap sikap yang akan menentukan kejayaan di dalam bisnes ini .
Untuk kita mengecapi kejayaan di dalam bisnes ini , seseorang konsultan mesti mempunyai sikap sikap tersebut . Mereka seharusnya banyak membaca buku buku yang boleh meningkatkan sikap mereka dan sikap sikap ini juga boleh dipelajari di dalam kelas. Setiap ketua memang amat menekankan aspek peningkatan sikap oleh setiap konsultan baru . Jikalau sikap sudah betul maka kejayaan akan tercapai . Sikap buruk yang tidak seharusnya dilakukan sama sekali ialah sikap menyalahkan orang lain . Ramai orang bila tidak berjaya akan menyalah orang lain , mereka akan menyalahkan ketua mereka , menyalahkan prospek mereka , menyalahkan syarikat mereka dan sebagainya. Yang memeranjatkan ialah mereka tidak akan menyalahkan diri mereka . Sikap ini adalah sikap yang bakal memusnahkan bisnes mereka sama sekali .
Selepas sikap , maka sampailah masa kita menumpukan perhatian kita kepada aspek tabiat . Tabiat kita samada boleh jadi kawan kita yang paling baik atau jadi musuh kita yang paling kuat . Sebagai seorang konsultan baru , tanamkan tabiat yang baik . Cadangan saya ialah buat satu jadual kerja harian tak kira samada kamu seorang konsultan fulltime atau partttime . Jadual kerja harian akan memberi satu panduan supaya seseorang itu jelas terhadap apa yang mereka sepatutnya lakukan setiap hari . Ramai konsultan baru yang kurang berjaya tidak mempunyai tabiat kerja yang baik. Mereka tidak bangun tepat masa , mereka tiada tabiat untuk melakukan tugas harian mereka dan mereka buang masa begitu sahaja setiap hari .
Seperti yang kita sedia maklum , untuk berjaya dalam bisnes kita seharusnya melakukan aktiviti aktiviti harian kita dengan konsisten . Aktiviti harian kita adalah seperti mencari prospek baru , membuat temujanji , membuat presentasi dan menolong prospek membeli produk takaful . Disamping itu , kita juga harus membuat promosi dalam FACEBOOK , membuat promosi melalui risalah atau email . Di samping itu , kita juga seharusnya membuat catatan mengenai aktiviti harian kita dan membuat carta kawalan untuk mengawasi
progres kita di dalam bisnes ini . Kita mesti bertindak dan berfikir sebagai seorang ahli perniagaan. Dengan tabiat yang baik dari peringkat permulaan , maka segala galanya akan berjalan lancar . Ingat bahawa tabiat buruk yang sudah terjadi amat sukar untuk dibetulkan atau di ubahsuai .
Kalau nak berjaya , kesemua konsultan baru seharusnya memberi tumpuan kepada perkara perkara yang saya bincangkan tadi . Kejayaan bukan sesuatu yang mudah , tetapi ia semestinya susuatu yang boleh dicapai melalui pembelajaran . Nasihat saya ialah lakukan segala gala dengan betul pada awal awal lagi dan ini semestinya akan memudahkan proses pencapaian kejayaan bisnes ini .
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment