Wednesday, 14 August 2013

Mata teleskop


Ramai yang mengetahui bahawa untuk berjaya dalam hidup, kita mesti mempunyai visi . Kita seharusnya mengetahui dengan jelas apakah matlamat atau target yang ingin kita capai dalam hidup kita. Visi yang jelas memberi kita satu arah tuju yang jelas dan ini akan memberi satu dorongan supaya kita terus berusaha untuk mencapai matlamat kita. Sesebuah negara yang tidak mempunyai visi tidak akan maju ke depan dan ini jelas menunjukkan bahawa visi memainkan peranan yang begitu penting .

Soalnya ialah adakah anda ingin maju dalam kerjaya atau hidup anda? Kajian saya menunjukkan bahawa
ramai yang sememangnya ingin berjaya dalam hidup mereka. Mereka ingin hidup senang, ingin jagi kaya
seperti orang lain dan ingin menikmati kehidupan yang mewah. Namun demikian berapa ramai diantara mereka ini yang berjaya mencapai hasrat mereka? Apakah yang menyebabkan mereka ini tidak dapat mencapai hasrat mereka ini?

Saya banyak menanyakan soalan soalan kepada orang orang muda mengenai apakah yang mereka ingin capai dalam hidup mereka dan saya dapati sebahagian besar dari mereka ini tidak langsung mengetahui
arah tuju hidup mereka. Mereka tidak tahu apa yang ingin mereka lakukan dan tidak mempunyai sebarang expektasi dalam hidup. Selagi dapat satu pekerjaan dengan gaji yang amat sedikit pun mereka sudah puas hati. Mereka langsung tidak memikir tentang masa depan dan inilah yang menyebabkan mereka tidak mempunyai sebarang perancangan untuk masa depan.

Adakah anda juga dalam golongan belia yang begini? Seperti yang saya sebutkan tadi, tanpa matlamat yang jelas dalam hidup kita, maka tiada dorongan untuk kita merancang dan melaksanakan tindakan untuk mencapai matlamat kita. Tanpa visi hidup, hidup adalah tanpa tujuan. Hidup yang tidak bertujuan adalah hidup yang sia sia kerana bukan sahaja seseorang itu tidak mempunyai semangat untuk memajukan diri, bahkan dia juga tidak dapat memberi sebarang sumbangan kepada masyarakat. Banyak masa terbuang untuk aktiviti yang tidak membawa makna dan masa mereka akan terbuang begitu sahaja setiap hari. Tiada usaha diambil untuk memajukan diri menyebabkan mereka ini akan ketinggakan dalam segala gala aspek kehidupan mereka.

Sebaliknya untuk mereka yang memahami akan matlamat hidup mereka ini , saya dapat melihat semangat dan azam mereka. Mereka ini gigih berusaha, bersikap positif dan selalu mencari jalan untuk memajukan diri mereka. Mereka terus belajar mengejar ilmu yang boleh meningkatkan pengetahuan dan kepintaran mereka supaya mereka boleh terus maju. Golongan mereka ini dengan kata lain mempunyai sepasang mata yang berfungsi bukan setakat untuk melihat, tetapi boleh melihat masa depan mereka. Mereka dapat melihat jauh ke depan terutama sekali mengenai apa yang mereka ingin capai dalam hidup mereka. Mereka mempunyai target target yang jelas, mereka mencari peluang terutama sekali peluang bisnes kerana mereka mengetahui bahawa bisnes adalah satu satunya cara untuk mengubah hidup mereka. Mereka ini bagaikan kereta yang mempunyai gear automatik dan mereka boleh bergerak dengan sendiri. Mereka mempunyai inisiatif untuk mengambil tindakan, mereka mencari penyelesaian bila menghadapai cabaran dan tidak mudah putus asa.
Inilah golongan orang yang bervisi jauh.

Saya pernah membaca mengenai pemimpin sebuah negara yang boleh melihat masa depan negaranya 50 tahun ke depan. Dengan visi yang beliau ada, beliau dapat melaksanakan banyak pembangunan dan mengambil langkah langkah tertentu untuk memajukan negara di bawah pimpinan beliau. Selepas 50 tahun ,negara beliau begitu maju kalau dibandingkan dengan negara negara lain. Visi anda membolehkan
anda selalu berada jauh di depan berbanding dengan mereka yang tidak ada arah tuju. Dalam dunia sekarang yang penuh dengan persaingan, mereka yang mempunyai visi akan pasti berjaya dan terus maju ke depan.

Jikalau hidup anda masih tidak berhala, maka adalah baiknya anda berfikir dengan serious dan jangan lagi mensia siakan masa depan anda. Selepas 18 tahun menceburi bisnes takaful, kini saya masih mempunyai visi dan misi baru dalam bisnes saya. Saya sudah mengambil banyak langkah langkah baru untuk memajukan bisnes ke satu tahap yang lebih tinggi. Disamping visi, saya juga mempunyai satu misi. Misi saya ialah untuk menolong golongan yang makan gaji terutama golongan yang berkelulusan SPM untuk menceburi bisnes takaful. Seperti yang saya ceritakan dalam bab bab saya yang lain, kelulusan SPM tidak akan membawa anda kemana mana andainya anda masih makan gaji . Untuk golongan yang berkelulusan universiti, sijil universiti sudah tidak lagi boleh menjamin bahawa anda boleh hidup senang dan selesa. Mengikut statistik bahawa seramai 65,500 pelajar di negara kita yang berkelulusan universiti tidak mempunyai kerja pada tahun 2010. Bukankah ini satu angka yang amat memeranjatkan kita. Mengikut statistik itu lagi , secara keseluruhannya terdapat 434,000 orang tidak mempunyai kerja pada tahun 2012 di negara kita.

Bagi anda yang mempunyai visi untuk berjaya dan menceburi bisnes, takaful bisnes adalah satu satu nya bisnes yang paling menarik. Dengan kelulusan yang rendah ( SPM ) dan tidak memerlukan modal, anda boleh mengubah hidup anda. 18 tahun dalam bisnes ini, saya dapati penglibatan di kalangan belia belia melayu di dalam bisnes takaful masih di tahap yang amat rendah. Pada pendapat saya, takaful bisnes adalah bisnes yang paling berpotensi tinggi. Pemintaan terhadap produk takaful semakin meningkat dan bisnes ini satu bisnes yang bermakna. Lebih lebih lagi seorang konsultan takaful dapat memberi sumbangan yang  amat tinggi kepada masyarakat seperti yang saya ceritakan dalam bab saya yang lain. Saya memang berharap belia belia melayu dapat mengambil peluang keemasan ini untuk melibatkan diri mereka dalam bidang bisnes ini.

Akhir kata, tanpa visi hidup , hidup anda tidak akan kemana . Wujudkan satu visi dan buatlah perancangan untuk mengubah nasib dan masa depan anda. Jika anda dapat melihat masa depan anda seperti sebuah teleskop, saya pasti anda akan berjaya dalam hidup anda satu hari nanti.
Terima kasih.












No comments:

Post a Comment