Apakah yang kita faham mengenai minda bisnes ? Adakah minda bisnes ini satu benda yang unik untuk golongan orang yang menceburi bisnes ? Untuk mendapat penjelasan yang tepat mengenai minda bisnes , elok kita selidik dulu apa yang kita fahami mengenai minda orang yang makan gaji .
Disini saya ingin berkongsi pengetahuan saya mengenai 4 kategori kerjaya / bidang dimana setiap orang boleh terlibat . 4 kategori yang dimaksudkan ialah :
1) kategori makan gaji
2) kategori kerja sendiri
3) kategori bisnes
4) kategori perlaburan
Seperti yang kita sedia maklum , 95% masyarakat kita berada di kategori makan gaji . Sekarang mari kita tinjau apakah minda minda yang dupunyai oleh golongan orang yang berada di dalam kategori ini . Soalnya kenapa ramai orang masih makan gaji ? Sebab utamanya ialah mereka rasa makan gaji lebih secure kerana setiap bulan mereka tetap akan dapat gaji . Dari sudut ini , ia memang kelihatan secure tetapi jikalau kita pandang dari sudut lain , kita akan dapati bahawa di kategori makan gaji , seseorang itu tidak ada kawalan terhadap masa depannya. Masa depan seorang yang makan gaji adalah di atas tangan majikannya dari aspek peningkatan gaji , promosi , bonus dan sebagainya.Fokus orang yang makan gaji ialah gaji tetap dan selamat , minda utama bagi orang yang makan gaji ialah tidak mahu mengambil sebarang risiko. Mereka tidak berani untuk menghadapai cabaran cabaran yang bakal dihadapi di bidang bisnes. Disebabkan oleh sikap dan minda ini , mereka ini merasa lebih selesa berada di bidang makan gaji .
Satu lagi minda orang yang makan gaji ialah mereka suka kerja 5 hari seminggu , hari sabtu dan ahad adalah hari untuk berihat . Mereka suka kalau ada cuti cuti awam , lagi panjang cuti lagi menyeronokan . Inilah satu minda yang amat ketara kalau dibandingkan dengan minda orang yang buat bisnes yang akan kita bincangkan kemudian . Dengan kata lain , minda ini bermaksud mereka tidak mahu memikirkan perkara perkara rumit , susah dan mencabar. Tambahan lagi , mereka ini tidak boleh terima satu keadaan dimana mereka tidak ada gaji asas ( basic salary) kerana mereka akan rasa tertekan dan rasa tidak secure . Inilah sebab yang menyebabkan mereka lebih rela makan gaji dari menghadapi risiko bisnes .
Sekarang mari kita beralih ke orang yang berada di kategori kerja sendiri atau bisnes . Kategori kerja sendiri biasanya melibatkan individu yang memulakan sesuatu bisnes seperti penjaja pasar malam , gerai gerai makan , kedai runcit kecil dan sebagainya. Kategori bisnes pula melibatkan satu organisasi besar atau satu bisnes network yang terdiri daripada ramai rakan rakan bisnes . Sekarang cuba kita tinjau apakah minda minda orang yang berada di kategori kerja sendiri dan bisnes .
Di bidang kerja sendiri, sudah jelas bahawa mereka tiada gaji asas. Pendapatan bergantung 100% kepada usaha sendiri. Ini menyebabkan orang yang kerja sendiri berkerja panjang masa dan amat rajin . Mereka bekerja tanpa cuti dan ramai orang yang saya kenali dalam kategori ini berkerja hampir hampir 365 hari setahun . Mereka tidak suka cuti sebab cuti bermaksud tiada pendapatan . Saya mempunyai seorang klien ( penjaja) yang tidak pernah cuti semasa hari raya kerana mengikut beliau , masa itulah beliau boleh mendapat pendapatan yang paling banyak sekali sebab semua gerai gerai lain tutup . Inilah minda yang sangat berbeza di antara orang makan gaji dan orang yang kerja sendiri .
Satu lagi minda orang yang buat bisnes / kerja sendiri ialah mereka fokus untuk mencapai kebebasan kewangan dan masa .Mereka lebih suka untuk mengawal keadaan kewangan sendiri daripada di kawal oleh majikan . Mereka tahu bahawa masa depan mereka berada di atas tangan sendiri tidak seperti orang yang makan gaji . Mereka berani mengambil cabaran dan sanggup berusaha . Saya memang berkenalan dengan ramai juga orang yang berada di dalam golongan ini . Salah seorang klien saya yang terlibat dalam bisnes renovasi / membina rumah memulakan bisnes tanpa ofis . Beliau bekerja dari rumah dan selepas 15 tahun beliau kini menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya dengan mempunyai kilang sendiri, rumah banglo dan kereta mewah .
Adalah jelas juga bahawa orang yang kerja sendiri atau bisnes sendiri mempunyai visi dan matlamat yang amat jelas . Mereka mempuyai target target tertentu yang ingin mereka capai dan mereka fokus. Sikap mereka adalah sentiasa positif dan mereka tidak senang putus asa . Minda yang paling ketara pada peringkat permulaan bisnes mereka ialah sikap berani mencuba. Keberanian inilah yang membolehkan mereka membuat langkah pertama menceburi bidang bisnes. Sebaliknya orang yang makan gaji selalunya kurang yakin dan tidak berani untuk berbuat sedemikian .
Daripada aspek aspek yang kita kaji , maka amat ketara bahawa orang yang makan gaji mempunyai minda yang berbeza dengan orang yang menceburi bisnes . Apakah yang membolehkan seseorang itu mempunyai minda bisnes berbanding dengan orang lain ? Salah satu sebab ialah mereka ini selalu bergaul dengan orang yang sudah menceburi bidang bisnes atau mereka berasal dari keluarga yang terlibat dalam sesuatu bisnes . Tanpa pergaulan demikian , adalah mutahil seseorang itu boleh belajar atau mengenali minda orang yang menceburi bisnes. Jikalau anda ingin mempelajari minda orang bisnes , langkah yang paling baik ialah melalui pergaulan dengan mereka.
Dengan adanya minda minda bisnes , barulah seseorang itu boleh memulakan sesuatu bisnes .Jangan sekali sekali kita melakukan sesuatu bisnes dengan menggunakan minda makan gaji . Ini adalah bahaya kerana minda makan gaji memang bercanggahan dengan minda bisnes . Dengan mempelajari minda bisnes yang betul dan mengamalkan motto ESSO ( every saturday sunday on ) ,saya percaya seseorang yang menceburi bisnes boleh berjaya dalam bidang bisnes masing masing .
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment