Dalam bab bab saya yang lain, sudah banyak saya terangkan berkenaan dengan makan gaji dan masa depan golongan ini. Memang sudah jelas kepada kita semua bahawa 95% dari populasi yang bekerja adalah
makan gaji dan cuma lebih kurang 5% yang masuk bisnes. Biarlah kita rujuk semula mengenai 4 kategori kerja iaitu
1) Kategori makan gaji
2) Kategori kerja sendiri
3) Kategori bisnes
4) Kategori pelabur.
Sekarang mari kita kaji semula mengapa begitu ramai ( 95% ) orang adalah dalam golongan yang makan gaji? Apakah sebab sebab utama yang menyebabkan mereka terus kekal di bidang makan gaji walaupun mereka memang mengalami kehidupan yang tidak selesa dan susah?
Golongan yang makan gaji mempunyai minda yang tertentu. Mereka harapkan sesuatu yang dinamakan securiti dalam pekerjaan. Memang tidak boleh dinafikan bahawa sistem pendidikan negara kita mengajar orang mencari kerja selepas tamat sekolah atau tamat pengajian universiti. Masyarakat kita memang disalurkan dengan idea bahawa makan gaji memang secure lebih lebih lagi untuk mereka yang menjadi kakitangan kerajaan. Dalam minda mereka, securiti itu bermaksud mereka ada gaji asas(basic) . Mereka tidak selesa dan tidak yakin menceburi bisnes kerana dalam bisnes, satu perkara yang amat ditakuti ialah tiada gaji asas. Minda begini selalu menjadi penghalang utama kepada mereka untuk membuat sesuatu perubahan. Ramai dari mereka lebih rela hidup sudah dengan gaji rendah dari mengambil risiko bisnes. Untuk mereka, ada gaji bermakna secure. Mereka tidak langsung sedar bahawa masa depan langsung tidak dibawah kawalan mereka. Majikanlah yang akan menentukan masa depan mereka.
Apabila kita tiada kawalan terhadap kerjaya kita, adakah itu dinamakan sebagai securiti ? Tambahan lagi, golongan yang makan gaji menyatakan bahawa gaji mereka itu stabil tidak menyerupai pendapatan bisnes yang tak tentu. Cuba kita tinjau dengan menggunakan satu pengiraan. Andai kata gaji seseorang graduan itu ialah RM2,000, dengan peningkatan sebanyak 5% setahun, beliau akan dapat peningkatan sebanyak RM100 setiap tahun. Adakah RM100 akan membawa kesan yang besar kepada kehidupan masa kini? Dengan kadar inflasi yang begitu tinggi, peningkatan gaji sebanyak RM100 seakan akan tidak membawa sebarang makna. Apa lagi untuk mereka yang tidak langsung mendapat sebarang incremen? Pada pendapat saya, gaji mereka ini memang stabil kerana gaji itu samada tidak naik atau naik dengan kadar yang amat kecil. Peningkatan gaji akan naik serupa naik tangga dan ia tidak boleh melompat 5 atau 10 tangga ke atas, inilah sistem yang berlaku di bidang makan gaji. Dengan kata lain, seseorang yang makan gaji terpaksa mengikut sistem ini walaupun mereka kadang kadang mempunyai prestasi yang baik. Mereka ini tidak boleh meminta syarikat memberi peningkatan gaji sebanyak 20% atau 30% kerana syarikat mempunyai peraturan tertentu. Oleh sebab itu mereka akan mendapat pendapatan yang tidak setimpal dengan kebolehan atau usaha mereka.
Inilah keadaan yang berlaku di bidang makan gaji. Pada pandangan saya, securiti yang mereka maksudkan sebenarnya tidak betul . Inilah kelemahan yang saya nampak dalam bidang makan gaji.
1) Tak ada kawalan atas kenaikan gaji
2) Boleh dipecat bila bila masa jika syarikat mengalami kemerosotan bisnes atas sebab sebab tertentu
3) Prestasi tak semestinya menjamin masa depan
4) Pendapatan tak setimpal dengan uasaha
5) Kenaikan pendapatan tidak boleh menandingi kenaikan inflasi
Kesan kesan yang akan terjadi kepada golongan yang makan gaji ialah hidup dalam kesusahan. Seperti yang saya ceritakan dalam bab lain, peningkatan harga rumah yang begitu mendadak akan mewujudkan satu situasi dimana golongan yang makan gaji sudah tidak boleh memiliki rumah teres biasa yang berharga >400k. Mereka mungkin cuma boleh duduk dalam rumah pangsa atau flat sahaja. Rumah berkembar(semi-D) dan banglo sudah menjadi satu impian yang tidak mungkin tercapai oleh mereka ini kerana harga rumah berkembar sekarang sudah mencecah 1 juta ke atas.
Soalnya ialah mana lebih diutamakan?
1) Gaji yang stabil ( anggapan golongan makan gaji)
2) Kehidupan yang selesa
Kedua dua pilihan diatas memang bercanggahan dan bertentangan. Bagi golongan yang makan gaji, inilah masa untuk membuat satu pertimbangan serious demi masa depan. Golongan yang makan gaji akan susah berterusan melainkan mereka membuat perubahan menceburi bidang bisnes.
Sekarang mari kita tinjau pula bidang bisnes. Dalam bidang bisnes, satu perkara yang amat nyata ialah tidak ada gaji asas di peringkat pemulaan. Seseorang yang memulakan sesuatu bisnes bukan setakat kena mengeluarkan modal yang banyak bahkan terpaksa menunggu masa 2-3 tahun supaya bisnes dapat menjana sesuatu keuntungan. Bagi mereka yang berniaga sendiri, pendapatan bergantung kepada hasil jualan atau pelanggan yang datang ke kedai mereka. Mereka tidak ada gaji asas dan pendapatan mereka bergantung 100% kepada bisnes mereka setiap hari. Risiko bisnes tetap ada dan ramai juga yang mengalami kerugian dan terpaksa menutup bisnes. Walaupun dengan risiko yang agak tinggi, terdapat juga golongan yang menceburi bisnes. Apakah faktor faktor yang mendorong mereka berbuat demikian?
Dalam bidang bisnes, walaupun risiko tinggi , namun terdapat satu perkara yang amat menarik perhatian. Perkara itu ialah pendapatan mereka walaupun tidak tetap tetapi sebaik sahaja bisnes sudah maju, peningkatan pendapatan mereka mungkin sebanyak 50% ,100%, 200%, dan sebagainya setiap tahun. Ini bermaksud kenaikan pendapatan yang berkali kali ganda. Jadi orang yang menceburi bisnes melihat keuntungan atau pendapatan untuk jangka masa panjang. Mereka lebih rela susah susah dahulu, senang senang kemudian. Mereka sanggup mengambil risiko demi kehidupan yang selesa pada masa depan. Golongan mereka ini adalah satu golongan yang agak berani mencuba dan sanggup berusaha dengan gigih. Mereka mempunyai mata teleskop( baca topik : mata teleskop) dan boleh melihat masa depan mereka.
Memahami berbezaan di anatara makan gaji dan bisnes, apa yang anda utamakan ?
1) Kehidupan yang susah dan berterusan sepanjat hayat
2) Hidup susah sementara dan kemudian hidup selesa sepanjang hayat
Balik kepada bisnes takaful, seperti yang saya ceritakan dalam bab : Bisnes takaful satu bisnes fantastik.
Memang banyak manfaat yang terdapat dalam bisnes ini. Bisnes ini memang satu bisnes yang amat sesuai untuk orang orang muda kerana ia tidak memerlukan sebarang modal dan tiada risiko seperti bisnes yang lain. Lebih lebih lagi ia boleh menjana jutaan pendapatan. Jadi sekiranya anda sudah memahami tentang masalah yang bakal menimpa anda sekiranya anda masih kekal di bidang makan gaji, maka ada baiknya anda membuat langkah pertama menceburi bidang bisnes seperti bisnes takaful. Kesedaran yang cepat akan membolehkan anda membuat perubahan yang cepat untuk memajukan diri anda. Masa depan adalah diatas tangan anda sendiri.
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment