Perubahan adalah merupakan satu perkara yang amat penting dalam kehidupan kita tetapi ia juga merupakan satu perkara yang amat sukar untuk dilaksanakan . Seperti dalam topik saya yang lain iaitu tak ubah maka tak maju jelas menunjukan bahawa kemajuan yang berterusan dalam hidup kita memerlukan perubahan . Walaupun demikian ,ramai orang masih takut untuk beubah dan takut untuk menghadapai perubahan . Dalam bab ini , cuba kita meninjau apakah sebab sebab yang menyebabkan ramai orang begitu takut untuk membuat perubahan.
Semasa kecil , keluarga saya memang miskin dan ini menyebabkan saya bertekad untuk mengubah hidup saya di masa hadapan . Perkara yang paling saya takuti ialah kemiskinan hidup saya . Saya tidak takut untuk berubah demi untuk mengubah hidup saya kerana saya sememangnya tidak mahu lagi hidup dalam keadaan yang miskin .Walaupun demikian , saya mendapati ramai orang mempunyai pemikiran yang bertentangan dengan saya. Mereka begitu takut untuk membuat perubahan sehinggakan mereka sanggup menjalani kehidupan yang miskin atau susah . Dari kajian dan perhatian saya selama ini , saya dapati terdapat beberapa sebab yang menyebabkan keadaan ini berlaku.
1) Mereka tidak berani untuk berdepan dengan kelemahan diri mereka . Apabila seseorang itu hendak
membuat perubahan , dia terpaksa mengakui kelemahan beliau di dalam aspek aspek tertentu . Inilah
perkara yang paling sukar untuk dihadapai . Ramai orang tidak sanggup untuk mengakui kelemahan diri ,
mereke lebih rela memilih untuk mengelak supaya mereka tidak perlu berubah .
2) Mereka tidak sanggup berusaha untuk berubah . Seperti yang kita sedia maklum , perubahan
memerlukan banyak komitmen dan daya usaha. Perubahan memerlukan seseorang itu terpaksa
melakukan sesuatu tindakan atau tabiat yang baru , inilah adalah perkara yang amat sukar untuk
dilaksanakan. Perubahan memerlukan seseorang itu berusaha kuat , mempunyai ketahanan mental ,
bersabar ,tidak senang putus asa , bersikap positif dan sebagainya. Dengan kata lain , perubahan
melibatkan banyak pengorbanan dulu sebelum mengecapi kejayaan . Ini menyebabkan ramai orang
memang tidak sanggup untuk melalui proses perubahan ini .
3) Mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka mungkin akan gagal atau kecundang dalam
perubahan . Mereka tidak dapat menerima hakikat sekiranya mereka menemui kegagalan dalam proses
membuat sesuatu perubahan . Mereka akan merasa malu dan takut untuk menghadapi kegagalan
terutama sekali apabila mereka terpaksa berdepan dengan ahli keluarga dan kawan kawan mereka.
Disebabkan sikap malu dan takut untuk berdepan dengan kegagalan , mereka tidak berani untuk
membuat perubahan .
4) Mereka tidak mempunyai matlamat atau arah tuju yang jelas dalam hidup mereka . Ramai orang
memang tidak mengetahui apakah tujuan mereka dalam hidup mereka . Mereka tidak mempunyai
impian besar dan mereka begitu senang berpuas hati dengan apa yang mereka ada. Disebabkan oleh
keadaan ini , mereka ini tidak mempunyai tujuan untuk berubah . Inilah yang menyebabkan mereka ini
terus melakukan perkara yang sama hari demi hari dan tahun demi tahun .
Dari sebab sebab yang kita bincangkan tadi , maka amat jelaslah bahawa ramai orang tidak sanggup untuk membuat perubahan . Tanpa tujuan yang jelas , sikap sanggup berusaha dan komitmen besar , perubahan sememangnya tidak boleh dilakukan . Seseorang itu memang perlu menemui sesuatu dorongan besar untuk memulakan tindakan membuat perubahan . Semasa saya membuat keputusan untuk menceburi bisnes takaful 18 tahun yang lepas , saya memang sudah bersedia untuk membuat segala perubahan yang perlu .
Saya membuat persediaan terutama sekali dari segi mental untuk menghadapi segala cabaran yang bakal
saya hadapai . saya sanggup meninggalkan kerja saya di Sony dan memasuki bidang yang baru . Disebabkan perubahan inilah saya dapat mencapai kejayaan di bisnes takaful . Tak ubah maka tak maju memang tepat sekali , ramai orang masih tidak dapat mengubah nasib kerana mereka masih takut untuk berubah.
Soalnya, adakah anda takut hidup susah atau takut berubah ? Jikalau anda lebih takut berubah dari takut hidup susah , itu bermakna anda lebih rela hidup susah dari berubah . Keputusan adalah diatas tangan sendiri , jikalau anda mahu menikmati hidup yang selesa dan senang di masa depan , maka anda terpaksa
membuat perubahan sekarang .Ceburilah bisnes jikalau anda ingin meningkatkan pendapatan anda dan bersedia untuk menerima dan membuat perubahan demi masa depan mu .
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment