Dalam bab bab yang lain, saya banyak fokus untuk golongan yang berkelulusan SPM. Saya banyak mem-
beri penjelasan bahawa makan gaji tidak akan mengubah nasib mereka kerana mereka sememangnya tidak
boleh bertanding dengan orang yang berkelulusan universiti. Dalam bab ini, saya ingin berbincang mengenai golongan yang berkelulusan universiti.
Soalnya ialah adakah kelulusan ijazah sudah boleh menjamin satu kehidupan yang selesa masa kini ? Saya masih boleh ingat semasa saya dalam tingkatan 5 iaitu pada tahun 1982, pada ketika itu memang saya di didik dan diajar oleh satu sistem pengajaran yang saya akan bincangkan sebentar lagi. Pada ketika itu, ibubapa dan guru sekolah memberitahu saya bahawa sijil universiti adalah harapan dalam hidup saya. Dengan adanya sijil ini, maka hidup akan terjamin kerana saya boleh dapat satu pekerjaan yang baik berbanding dengan mereka yang hanya berkelulusan SPM. Inilah adalah kepercayaaan yang disalurkan kepada murid murid sekolah 27 tahun yang lalu.
Pada masa kini, sijil universiti sudah tidak lagi satu paspot ke arah kejayaan dalam hidup kita. Sijil univerisiti sudah tidak boleh lagi menjamin satu kehidupan yang selesa bahkan banyak graduan sudah mengalami kesusahan hidup terutama sekali bagi mereka yang berada di bandar. Yang memeranjatkan saya ialah sistem
kepercayaan ini masih tidak berubah, murid murid sekolah dan graduan masih disalurkan dengan kepercayaan bahawa sijil masih boleh menjamin kehidupan mereka. Sistem pendidikan di universiti yang amat menumpukan keputusan akademik menyebabkan pelajar pelajar belajar untuk lulus ujian dan mendapat sijil. Pelajar pelajar masih di ajar memperolehi sijil supaya mereka boleh mencari kerja selepas tamat pengajian. Ini jelas menunjukkan bahawa graduan graduan universiti hanya mempunyai minda untuk mencari pekerjaan dan mereka ini sememangnya tidak langsung mengetahui bahawa sijil univeristi sudah tidak boleh menjamin apa apa. Tambahan lagi, graduan tidak diajar tentang pendidikan kewangan ( financial education) atau pendidikan yang berkaitan dengan bisnes.
Saya masih boleh ingat semasa saya tamat pengajian universiti pada tahun 1986, mencari sesuatu pekerjaan masih bukan merupakan perkara yang sukar. Pada tahun 90" puluhan , peningkatan sektor perindustrian
memberi banyak peluang peluang pekerjaan kepada graduan graduan. Pemintaan untuk jurutera amatlah tinggi . Masa kini, peluang pekerjaan sudah tidak seperti dulu. Saya difahamkan bahawa bila ada 5 jawatan dalam sesebuah syarikat, bilangan pemohon melebihi angka 1,000. Cuba bayangkan persaingan yang begitu besar. Sijil ijazah sudah bukan lagi satu dokuman yang special, ia sudah tidak akan membawa apa apa makna sekiranya seseorang graduan itu tidak mempunyai kebolehan di aspek lain seperti skil berkomunikasi, skil pimpinan seorang ketua ( leadership skil) dan sebagainya.
Disamping itu, gaji pemulaan graduan masih di tahap yang amat rendah jika dibandingkan dengan negara negara yang maju. Pada tahun 1986,gaji pemulaan graduan ialah RM1500 sebulan, pada hari ini cuma 30% dari graduan kita yang memperolehi gaji pemulaan melebihi RM2500 sebulan. Masih banyak syarikat yang memberi graduan gaji pemulaan sebanyak RM2000 sebulan. Jika kita gunakan purata gaji pemulaan sebagai RM2500, itu bermaksud bahawa peningkatan gaji pemulaan hanya sebanyak RM1000 iaitu 67% dalam tempoh masa 27 tahun ( 1986-2013). Ini sememangnya satu peningkatan yang amat kecil. Jika kita
meninjau harga rumah, saya dapati harga rumah teres dua tingkat meningkat dari RM 100,000 pada tahun 1992 ke RM 400,000 pada tahun 2103 di kajang. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 400% dalam msa 21 tahun. Dengan peningkatan harga barang, kos pendidikan universiti, kos peubatan hospital swasta dan sebagainya memang menyukarkan kehidupan kita. Tambahan lagi, sistam perhubungan yang kurang sempurna menyebabkan graduan terpaksa menghabis sebahagian besar gaji mereka untuk memperolehi sebuah kereta. Dengan gaji pemulaan sebanyak RM2000, graduan sudah tentu tidak boleh menampung kehidupan mereka di bandar dengan kos kos seperti sewa rumah, belajaan harian,
minyak kereta, bil talipon bimbit dan sebagainya.
Jika keadaan ini belarutan dan memang saya jangka begitu, seseorang graduan memang tidak lagi mampu untuk memiliki rumah sendiri. Terpapar dalam suratkhabar STAR baru baru ini yang bertajuk " Dad , don't kick me out " jelas menunjukkan bahawa memiliki rumah sendiri sudah menjadi satu hasrat yang mungkin tidak akan tercapai jika graduan hanya bergantung kepada makan gaji semata mata. Rumah teres, rumah kembar, rumah banglo ( landed property) sudah bukan lagi milik golongan yang makan gaji. Rumah kondo masa kini sudah mencecah harga RM300,000 keatas di kajang , dengan kata lain graduan sekarang cuma mungkin mampu menduduki rumah pangsa atau flat. Keadaan ini agak lucu memandangkan negara kita yang begitu besar dan mempunyai tanah yang begitu luas tidak seperti Singapura.
Baru baru ini, saya berborak dengan seorang klien saya yang berkelulusan Phd dan beliau juga berpendapat begitu. Mengikut beliau, kehidupan masa kini memang amat mencabar lebih lebih lagi bila sudah berumahtangga. Jika hidup membujang sudah mencabar, apa akan terjadi bila sudah berumah tangga. Dari
kajian saya, jika seseorang ingin hidup dengan selesa sebagai bujang , beliau terpaksa mempunyai gaji bulanan sebanyak RM 6500. Seseorang graduan yang bermula dengan gaji RM2000 terpaksa mengambil masa 25 tahun untuk mencapai gaji sebanyak RM6500 berdasarkan 5% peningkatan setiap tahun.
Adakah sijil sudah boleh menjamin satu kehidupan selesa? Jawapannya sudah tentu "TIDAK " Jikalau graduan masih tidak berubah untuk menceburi bidang bisnes, kehidupan mereka tetap akan susah
berterusan. Sistem kepercayaan yang masih bergantung kepada makan gaji di kalangan graduan graduan harus berubah. Graduan harus berani menceburi bidang bisnes jika mereka ingin hidup selesa dan jika mereka bercita cita tinggi. Tak ubah maka tak maju. Tingkatkan kesedaran anda hari ini demi masa depan anda.
No comments:
Post a Comment