Wednesday, 10 July 2013

Apa boleh anda buat dengan kelulusan SPM

Rujuk kepada tajuk ini , apakah yang boleh dilakukan oleh seseorang yang berkelulusan SPM sahaja ? Kebiasaannya ialah seseorang itu akan mencari kerja selepas tamat sekolah tidak kira samada selepas SPM atau selepas tamat pengajian dari Universiti . Ini adalah kerana kita semua dididik oleh ibubapa,guru,pensyarah dan sebagainya untuk mencari kerja selepas tamat sekolah.Tidak sama sekali kita diajar untuk menceburi bidang bisnes.Ini menyebabkan remaja atau belia kita tidak langsung mempunyai idea untuk menceburi bidang bisnes .

Jika seseorang hanya berkelulusan SPM , apakah akan terjadi kepada hidup mereka pada masa hadapan ?
Jikalau seseorang yang berkelulusan SPM hendak mencari kerja , mereka terpaksa bersaing dengan mereka yang berkelulusan Diploma , Ijazah atau kelulusan yang lebih tinggi . Ini sememangnya mencabar kerana mereka yang berkelulusan SPM tidak boleh memohon kerja kerja yang memerlukan kelulusan Universiti . Kerja kerja yang boleh mereka mohon ialah seperti kerja buruh, operator kilang , kerani , ofis boy dan sebagainya.

Memandangkan kerja kerja yang boleh dilalukan oleh golongan yang berkelulusan SPM sahaja ,kita akan memahami bahawa pendapatan mereka memang rendah . Balik kepada golongan yang berkelulusan Universiti , seperti yang saya maklum dalam artikel saya yang lain , gaji seorang graduan cuma naik sebanyak RM1000 dalam tempoh 27 tahun . Pada tahun 1986, gaji graduan ialah RM1500 dan gaji graduan pada tahun 2013 ialah lebih kurang 2500. Jadi jika seorang graduan sudah mendapat gaji yang rendah , maka gaji seorang yang cuma berkelulusan SPM adalah lebih rendah lagi.

Jadi , jika seorang yang berkelulusan SPM  menceburi alam makan gaji , mereka semestinya tidak boleh bersaing dengan mereka yang berkelulusan Universiti, ini bermaksud mereka tidak ada peluang peluang yang baik  seperti mendapat peningkatan gaji yang tinggi atau promosi dalam sesebuah syarikat . Ini akan menyebabkan golongan ini  terus mengalami kehidupan yang susah memandangkan keadaan inflasi yang berlaku di negara kita.Mereka tidak mampu untuk menanggung kehidupan harian terutama sekali bila mereka ingin berumah tangga .

Inilah keadaan yang saya nampak untuk golongan yang berkelulusan SPM . Soalnya sekarang ialah apakah yang boleh dilakukan olen mereka ini ? Andai kata jika mereka masih ingin terus menceburi alam makan gaji , saya berpendapat mereka tidak akan dapat mengubah hidup mereka . Sebaliknya jika mereka berusaha untuk menceburi bidang bisnes , kemungkinan besar mereka boleh mendapat peluang untuk meningkatkan pendapatan mereka satu hari nanti .

Balik kepada soal bisnes , apakah peluang bisnes yang ada ? Adakah golongan yang berkelulusan SPM ini mempunyai modal dan pengetahuan yang mencukupi untuk menceburi bidang bisnes ? Siapakah yang boleh mengajar mereka cara cara untuk memulakan sesuatu bisnes . Dalam soal ini ,kesimpulannya ialah seperti berikut :

1) Adakah golongan yang berkelulusan SPM ini mahu menceburi bisnes ?
2) Apakah peluang yang mereka ada untuk memulakan bisnes ?
3) Adakah mereka mempunyai modal untuk memulakan bisnes ?
4) Adakah sesiapa yang boleh mengajar mereka tentang bisnes ?

Berlandaskan kepada soalan soalan di atas , sememangnya menjadi satu cabaran untuk belia yang berkelulusan SPM  untuk memulakan sesuatu bisnes dan inilah yang menyebabkan ramai  dari mereka yang tidak dapat menceburi bisnes . Semenjak menceburi bisnes insuran/takaful pada tahun 1995, saya sudah dapat melihat bahawa bisnes ini sememangnya saya bisnes yang amat baik untuk golongan yang berkelulusan SPM.

dI syarikat saya, kita ada bengkel mengajar cara cara untuk memulakan bisnes takaful tanpa sebarang modal . kita memberi latihan cara cara untuk membuat pemasaran , kelas motivasi dan tunjuk ajar membuat bisnes melalui internet dan sebagainya . Apa yang perlu ialah sijil lulus SPM atau SAP dengan 5 subjek lulus termasuk subjek BM . Seseorang itu cuma perlu menduduki dan lulus ujian takaful dan yuran ujian tersebut cuma RM80 sahaja. Jika berbanding dengan bisnes lain , misalnya bisnes ramli burger yang memerlukan modal RM5000 , bisnes takaful sememangnya bisnes yang mampu diceburi oleh setiap orang yang ingin menceburi bisnes. Lebih lebih lagi , mereka juga diajar oleh orang yang berpengalaman seperti saya yang sudah 18 tahun menceburi bisnes ini .

Sebagai rumusan , golongan belia yang berkelulusan SPM memang mempunyai peluang untuk mengubah hidup mereka , yang penting ialah mereka mesti mempunyai sikap berani mencuba dengan semangat dan azam yang kuat . Sesiapa yang berminat boleh melayari laman saya www.takafuknetworking.com  , facebook saya Takaful Calvin atau  menghubungi saya melalui email siack@pd.jaring.my .
Saya berharap dapat membantu ramai lagi orang terutama belia yang berkelulusan SPM untuk meningkatkan kedudukan kewangan mereka.  















  





1 comment:

  1. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    ReplyDelete