Friday, 19 July 2013

Tak ubah maka tak maju

Perubahan memanglah satu perkara yang amat penting dalam kehidupan kita tetapi juga satu perkara yang amat sukar sekali untuk dilaksanakan . Apabila saya membuat keputusan untuk mengubah arah tuju saya dalam kerjaya saya , saya terpaksa membuat satu keputusan yang agak berat and besar dalam hidup saya untuk meninggalkan kerja saya di Sony . Kerana untuk mencapai impian saya , saya terpaksa berubah untuk meninggalkan alam makan gaji dan menceburi bisnes insuran/takaful.

Tak berubah maka tak maju memang tepat sekali , selepas 18 tahun menceburi bisnes insuran/takaful saya tidak pernah menyesal . Keputusan membuat perubahan pada tahun 1995 memang tepat sekali dan perubahan inilah yang membuat saya maju ke depan . Saya bersyukur kerana berani mencuba dan membuat perubahan.

Seperti yang saya terangkan dalam bab bab yang lain , saya sememangnya berpendapat bahawa seseorang itu harus membuat perubahan tidak kira samada  mereka ini berkelulusan universiti atau SPM sahaja . Kita memang menyedari bahawa 95% dari masyarakat kita berada di alam makan gaji , cuma 5% yang berani menceburi bidang bidang bisnes . Ini jelas menunjukkan bahawa peratusan tinggi masyarakat kita masih tidak berani membuat perubahan . Mereka masih mengikuti langkah yang diambil oleh kebanyakan orang iatu mencari kerja bila sahaja tamat persekolahan atau pengajian universiti.

Balik kepada soal perubahan , apakah kesan kesan yang akan dihadapi oleh seseorang itu jikalau beliau masih tidak membuat perubahan . Dengan keadaan inflasi yang melambung tinggi , kehidupan semakin hari semakin mencabar . Ramai dari masyarakat kita sudah tidak mampu lagi untuk memiliki rumah sendiri  dan menanggung kos pengajian anak anak ke peringkat universiti . Tambahan dengan tempat kemasukan universiti kerajaan yang  terhad , seseorang itu terpaksa menghantar anak mereka ke universiti atau kolej swasta . Soalnya adakah mereka mampu ?

Balik kepada belia belia yang berkelulusan SPM , apa yang mereka boleh buat dengan kelulusan sebegini ? Golongan yang berkelulusan universiti juga menghadapi masalah untuk memberi rumah sendiri, apa akan terjadi dengan mereka yang berkelulusan SPM sahaja ?  Sekiranya mereka sudah menghadapi masalah semasa mereka masih bujang , apa akan terjadi apabila mereka berrumahtangga satu hari nanti ? Sekiranya golongan yang berkelulusan SPM masih menghadkan diri mereka untuk makan gaji sahaja , maka kehidupan mereka akan terus susah selama lamanya .

Jikalau sikap tidak ingin berubah berterusan , adalah mustahil untuk seseorang itu dapat mengubah nasibnya dengan kelulusan yang rendah. Selepas menceburi bisnes selama 18 tahun , saya masih senantiasa mencari jalan untuk berubah supaya bisnes saya boleh terus maju . Jikalau seseorang tidak berani untuk mengambil peluang yang diberikan untuk menceburi sesuatu bisnes , maka beliau tepaksa bertanggungjawap terhadap keadaan hidup beliau sekarang dan masa masa depan . Belia belia seharusnya membuka minda mereka dan berani menceburi bidang bisnes . Saya suka dengan kenyataan ini " Jika kita miskin sebab ibubapa kita miskin , itu bukan salah kita , tetapi jika anak anak kita miskin sebab kita miskin , itu adalah tanggungjawap kita "

Untuk bidang bisnes takaful , ia tidak memerlukan sebarang modal untuk memulakan bisnes ini . Modal yang perlu ialah keazaman kita, semangat kita dan sikap kita . Jikalau seseorang dapat melangkah satu tapak ke depan dengan menceburi bidang bisnes takaful , maka saya cukup yakin bahawa beliau boleh mengubah nasib beliau . Pada peringkat permulaan , is memang mencabar tetapi segala usaha usaha memang berbaloi .
Ingat " Tak ubah maka tak maju " memang tepat sekali dan jangan sekali sekali kita menafikannya.
Terima Kasih




No comments:

Post a Comment