Setelah 18 tahun melibatkan diri dalam bisnes takaful, banyak pengalaman yang saya perolehi dalam proses memasarkan produk takaful. Memang tidak boleh dinafikan bahawa kepentingan produk takaful masih tidak dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat. Ada yang mengatakan bahawa produk ini adalah hanya untuk orang yang mampu, ada pula mengatakan ia adalah untuk orang sudah berkahwin, ada setengah pula menyatakan produk ini bukan sesuatu yang wajib untuk mereka.
Mengapa masyarakat masih mempunyai berbagai bagai persepsi terhadap produk takaful? Tinjauan saya jelas menunjukkan bahawa sebilangan besar masyarakat kita masih kurang faham tentang motif atau tujuan utama produk ini. Golongan mereka ini lebih rela untuk membelanjakan wang mereka daripada mencarum ke dalam polisi takaful. Kekurangan informasi menjadi punca utama mereka tidak rela membuat perancangan melalui produk takaful.
Dalam bab ini, saya akan cuba memberi penjelasan mengenai manfaat produk takaful kepada setiap golongan masyarakat. Mereka ini boleh dibahagikan kepada 2 golongan secara asas iaitu
1) Golongan bujang
2) Golongan yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak.
Dari pemulaan, saya memang memahami bahawa produk takaful adalah satu produk yang penuh dengan kasih dan sayang. Orang yang mencarum produk takaful memang disifatkan sebagai orang yang sayangkan diri atau keluarga serta orang yang bertanggungjawap. Sekarang biarlah kita bincang mengapa saya berkata sedemikian.
Cuba kita meninjau golongan orang yang masih muda. Apakah manfaat produk takaful untuk golongan ini. Apabila orang muda dinasihat supaya mencarum dalam polisi takaful, mereka kebiasaanya kurang rela. Mereka merasakan bahawa mereka masih bujang, tak ada keluarga ( isteri dan anak) dan mereka tidak ada tanggungjawap. Mereka berpendapat bahawa polisi takaful adalah tidak penting untuk mereka. Sebaliknya golongan orang muda yang mencarum polisi takaful sebaik sahaja mereka mula bekerja mempunyai nilai dan pandangan yang agak berbeza. Mereka rasa mereka harus bertanggungjawap terhadap diri mereka apabila mereka sudah mula bekerja, mereka tidak seharusnya membebankan ibubapa mereka jikalau sesuatu musibah berlaku kepada diri mereka. Rasa tanggunjawap inilah yang menyebabkan mereka mencarum dalam polisi takaful.
Disamping itu, rasa kasih sayang terhadap ibubapa mereka juga mendorong mereka mengambil tindakan ini.
Golongan orang muda ini memang mengetahui bahawa mereka perlu menjalankan tanggungjawap menjaga ibubapa mereka yang sudah tua. Mereka sayang terhadap ibubapa dan mereka tidak sanggup melihat ibubapa mereka hidup dalam kesusahan andainya sesuatu malapetaka berlaku seperti kematian. Baru baru ini , seorang klien kita yang berumur 21 tahun meninggalkan dunia dalam satu kemalangan jalanraya. Beliau mencarum dalam satu polisi takaful dengan caruman RM30 sebulan, kejadian ini berlaku selepas beliau cuma membuat 2 bulan caruman iaitu RM60. Pampasan untuk keluarga beliau adalah sebanyak RM27,000. Saya difahamkan bahawa keluarga beliau memang miskin dan pampasan duit itu semestinya dapat membantu kehidupan keluarganya terutama ibubapa dan adik adiknya.
Bagaimana untuk golongan yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak? Memang menjadi kebiasaan
bahawa seorang bapa memainkan peranan yang begitu penting dalam sesebuah keluarga kerana mereka inilah yang membawa duit pulang setiap bulan untuk menyara hidup isteri dan anak anak mereka. Cuba kita bayangkan apa akan terjadi jika seseorang itu sudah tidak dapat lagi membawa duit pulang disebabkan oleh musibah seperti kematian, kecacatan kekal, masalah penyakit kronik dan sebagainya ? Keluarganya semestinya mengalami krisis kewangan dan inilah satu keadaan yang amat menyedihkan. Saya percaya anda pernah melihat banyak kisah kisah benar begini di kaca TV atau di suratkhabar.
Jadi, sebagai seorang bapa yang mengasihi keluarganya, saya cukup yakin beliau tidak mahu isteri dan anak mengalami keadaan begini sekiranya seseuatu berlaku kepada beliau. Produk takaful dapat memberi satu ketenangan jiwa kerana tabung yang ditubuhkan melalui produk takaful boleh memberi satu jaminan supaya ahli keluarga boleh meneruskan kehidupan mereka tanpa kesusahan. Tanpa rasa kasih dan sayang, seseorang itu sudah tentu tidak akan mencarum polisi takaful. Saya pernah melihat satu kes seorang balu yang menerima cek sebanyak RM200,000 apabila suaminya meninggal dalam satu kemalangan jalanraya. Harapan cerah jelas terpapar di mukanya walaupun beliau memang masih dalam kesedihan. Pada pendapat saya, inilah kasih sayang yang tidak ternilai.
Saudara saudari sekalian, produk takaful adalah satu produk penuh dengan kasih dan sayang. Kerana kasih, orang mencarum dalam polisi takaful. Kerana sayang, orang mengambil polisi takaful. Setiap orang tidak kira samada anda bujang atau sudah berumahtangga, kasihilah diri anda dan keluarga anda melalui produk takaful. 18 tahun menceburi bisnes ini, saya banyak melihat bagaimana produk takaful dapat
memberi harapan kepada yang masih hidup. Ingat ! produk takaful bukan semata mata untuk mereka yang sudah meninggal, ia juga untuk mereka yang masih hidup. Ambillah langkah pertama untuk memahami produk ini. Untuk anda yang ingin menceburi bisnes ini, janganlah teragak agak lagi kerana anda akan menolong ramai orang awam menjalankan tanggungjawap dan juga menolong mereka mengasihi keluarga mereka melalui produk takaful.
Terima kasih
No comments:
Post a Comment