Impian adalah pendorong dalam hidup kita . Disebabkan impian,manusia berjaya menjejak kaki atas bulan,disebabkan impian Watts Disney berjaya wujudkan Disney Land.Impian lah yang menjadikan manusia terus mencapai kejayaan demi kejayaan dan terus maju ke depan . Banyak teknologi baru,rekaan rekaan baru berjaya direka disebabkan oleh impian manusia .
Saya seorang peminat bola sepak,saya terbaca kisah seorang pemain bola sepak yang bernama Wanyama dari kenya ( Afrika).Beliau dari keluarga yang amat miskin,semasa kecil beliau tidak mampu untuk memiliki sepasang kasut bola.Beliau kata beliau terpaksa menjadi pemain terbaik dalam suatu pertandingan remaja untuk membolehkan beliau mendapat sepasang kasut bola percuma.Hari ini, beliau yang berumur 22 tahun adalah pemain kenya pertama yang bermain untuk pasukan southampton di Liga bola sepak England.Mengikut beliau,impian untuk bermain di Liga bola sepak England lah yang menyebabkan beliau terus berusaha dengan gigih sehingga beliau berjaya hari ini .
Seseorang individu atau sesebuah negara harus mempunyai impian untuk terus maju.Tanpa impian ,kita tidak akan dapat melangkah terus ke depan .Impian lah yang akan memberi kita arah tuju dan harapan untuk mencapai apa yang kita hasratkan.Ramai orang takut berubah walaupun hidup dalam keadaan susah adalah kerana tidak mempunyai impian.Inilah yang menyebabkan mereka tidak membuat sebarang perubahan dalam hidup mereka .
Semasa kecil,saya berasal dari sebuah keluarga yang miskin.Sejak lahir saya duduk dalam rumah yang begini .
Sejak kecil saya sudah mengetahui apa yang dikatakan kemiskinan.Semasa berumur 11 tahun, saya sudah menolong ibu menoreh getah . Pada setiap hari minggu atau cuti sekolah,saya terpaksa bangun pada pukul 5.00 pagi dan menunggang basikal beberapa batu ke ladang getah.Saya memang dapat merasai kesusahan yang dialami oleh ibu saya.Walaupun menjalankan kerja yang begitu susah,ibu saya tidak pernah meluahkan rasa susah di depan anak anaknya.Jadi sejak kecil saya sudah bertekad untuk berjaya dalam hidup saya .Saya tidak mahu lagi mengalami kemiskinan yang saya alami dan saya mempunyai impian besar untuk mengubah hidup saya .
Saya rajin belajar supaya dapat melanjutkan pelajaran saya ke Universiti.Selepas habis Diploma,saya sebenarnya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah.Tetapi disebabkan saya tidak mendapat biasiswa,saya terpaksa melupakan hasrat saya untuk belajar.Saya mula bekerja dan memulakan perjalanan dalam hidup saya.Saya bekerja kuat dan berhasrat untuk berjaya di dalam kerjaya saya .
Selapas 7 tahun bekerja di Sony,saya meninggalkan Sony pada 1994 demi meneruskan impian saya untuk mengecapi kebebasan kewangan dan masa . Impian untuk menjadi seorang yang berjaya telah memberi saya dorongan yang kuat untuk membuat perubahan.Saya menceburi bisnes takaful dan selepas 18 tahun ,saya memang dapat mencapai banyak kejayaan di dalam bidang ini.Disebabkan impian,saya boleh duduk di rumah yang begini pada hari ini.
Untuk belia belia yang berkelulusan SPM,jangan membiarkan pendidikan anda menjadi penghalang anda dalam mencapai impian anda . Anda semua seharusnya mempunyai impian besar untuk mengubah hidup anda.Tak ubah maka tak maju memang tepat sekali.Berani mencuba untuk menceburi bidang bisnes dan jangan bergantung kepada makan gaji semata mata.Seperti yang saya ceritakan dalam bab bab saya yang lain,dengan makan gaji anda tidak mungkin dapat mengubah nasib anda.Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang impian besar sebelum ini,masih tidak terlambat jikalau anda boleh mempunyai impian sekarang.
Anda seharusnya mengambil apa apa peluang yang ada untuk menceburi bidang bisnes dan gigih berusaha. Ingat ! masa depan adalah di atas tangan anda .
Dengan impian anda,saya percaya anda akan berani membuat langkah pertama untuk menceburi bidang bisnes.Jika anda tidak bermodal, maka bisnes takaful adalah peluang terbaik untuk anda.18 tahun menceburi bisnes ini,saya sudah nampak banyak kejayaan yang dicapai oleh golongan orang yang hanya berkelulusan SPM sahaja.Ini jelas menunjukkan bahawa bisnes ini memang satu bines yang berpotensi tinggi.
Akhir kata,impian adalah segala galanya.Impianlah yang akan memberi anda pedoman,dorongan dan semangat untuk berusaha dengan gigih.Impianlah yang akan membolehkan anda tidak mudah putus asa dalam usaha anda mengejari kejayaan.Impianlah yang akan memberi anda harapan untuk mengubah hidup anda.Ingat ! " jika anak anak anda miskin disebabkan anda miskin,itu adalah tanggung jawap anda "
No comments:
Post a Comment