Untuk berubah, seseorang itu perlukan banyak kesedaran.Kesedaran itu membolehkan kita mencari sebab sebab untuk melakukan perubahan.18 tahun menceburi bisnes takaful,saya banyak bergaul dengan orang dan dari pergaulan tersebut saya dapati ramai orang tidak melakukan perubahan dari aspek kerjaya atau sikap mereka kerana tidak sedar bahawa mereka perlu membuat perubahan.
Terdapat satu pepatah orang Cina yang berbunyi begini " Orang luar lebih mengenali kelemahan kita dari diri kita sendiri " Saya amat setuju dengan pepatah ini kerana ramai orang tidak mengetahui akan kelemahan mereka sehinggakan mereka terus melakukan kesalahan tanpa membuat sebarang perubahan.Seperti yang saya ceritakan dalam bab lain " Tak ubah maka tak maju " memang jelas menunjukkan bahawa jika tiada perubahan dilakukan,,maka tiada kemajuan akan dicapai.
Sebahagian besar masyarakat kita terus mengalami kesusahan dalam kehidupan mereka dari generasi ke generasi kerana mereka tidak membuat sebarang perubahan.Salah satu puncanya ialah mereka tidak sedar bahawa mereka harus berubah dan tidak seharusnya bergantung kepada bantuan kerajaan semata mata.Dalam bab ini, saya akan bincangkan tentang kepentingan kesedaran terhadap sesuatu perubahan.
Ramai orang kebiasaannya tidak sedar akan kesan atau akibat yang akan menimpa mereka jika mereka tidak berubah.Untuk memahami soal kesedaran,cuba kita tinjau beberapa soalan berikut yang boleh menbangkitkan banyak kesedaran.
1) Apakah kesan jikalau kita tidak mampu untuk menyediakan tabung pendidikan anak anak kita ?
2) Apakah kesan jika kita tidak dapat memberikan pendidikan yang sebaik baiknya kepada anak anak kita ?
3) Apakah kesan jika kita bersara tanpa tabung persaraan yang mencukupi?
4) Apakah kesan jika kita tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri ?
5) Apakah kesan terhadap keluarga kita jika kita tidak dapat memberikan mereka satu kehidupan yang sempurna ?
6) Apakah kesan terhadap keluarga kita jika sesuatu malapetaka berlaku terhadap kita tanpa sebarang perancangan kewangan?
7) Apakah kesan jika kita masih tidak boleh meningkatkan kedudukan kewangan kita?
Sebenarnya ada banyak lagi soalan soalan yang boleh saya bangkitkan untuk membolehkan kita mendapatkan kesedaran . Dari soalan soalan di atas,jelas menunjukkan bahawa kesan kesan tersebut adalah berkaitan dengan kewangan dan puncanya ada hubungan dengan pendapatan seseorang itu.Tanpa kebolehan dan kemahiran yang tertentu,ramai orang tidak mampu untuk meningkatkan pendapatan mereka dan kesannya ialah mereka akan hidup dalam kesusahan.Untuk mereka yang menyedari tentang kesan kesan tersebut,maka mereka kebiasaannya akan berusaha untuk meningkatkan pendapatan mereka,itu bermakna mereka akan membuat perubahan.Mereka yang menyedari makan gaji tidak boleh mengubah nasib mereka akan berani menceburi sesuatu bidang bisnes.Mereka ini sedar bahawa cuma perubahan akan membawa kemajuan dalam hidup mereka.
Akan tetapi ramai golongan masyarakat kita masih mempunyai tahap kesedaran yang amat rendah.Ramai yang masih percaya bahawa sijil Ijazah sudah boleh memberi satu jaminan dalam hidup mereka.Untuk yang berkelulusan SPM sahaja,apa yang mereka fokus ialah apa yang berada di depan mata mereka.Selagi mereka dapat satu pekerjaan dan ada pendapatan,mereka sudah puas hati.Mereka ini tidak langsung memikirkan masa depan mereka apakah lagi kesan kesan yang akan menimpa mereka atau keluarga mereka seandainya mereka masih tidak berubah.
Nasihat saya ialah setiap orang harus mempunyai sepasang mata yang berfungsi bukan setakat untuk melihat tetapi mempunyai fungsi seperti sebuah teleskop yang boleh melihat jauh.Mereka harus dapat melihat masa depan mereka dari sekarang,mereka harus sedar bagaimana keadaan mereka pada masa depan jika mereka masih tidak membuat sebarang perubahan sekarang.Bayangkan jika pemimpin negara kita tidak dapat melihat masa depan negara kita? Sudah tentu tiada kemajuan akan dilakukan.
Tak sedar maka tak ubah akan memberi kesan kepada setiap orang,cuma mereka yang mempunyai kesedaran akan melangkah laju ke hadapan.Dalam pepatah cina ada menyebut tentang 3 golongan orang seperti berikut:
1) Sedar cepat,maju cepat
2) Sedar lambat,maju lambat
3) Langsung tak sedar,hidup tak berubah.
Soalnya ialah anda berada di dalam golongan yang mana satu? Saya yakin anda seharusnya mengetahui tentang kesan kesan yang bakal menimpa ketiga tiga golongan tersebut.Kawan kawan sekalian,tingkatkan kesedaran mu supaya anda boleh cepat membuat perubahan demi masa depan anda dan keluarga anda.
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment