Tuesday, 27 August 2013

Pasukan saya

Membuka cawangan atau lebih dikenali sebagai rekruit konsultan adalah satu fungsi yang amat penting dalam bisnes takaful. Ini bertujuan untuk menjana pendapatan pasif iaitu target utama dalam bisnes ini. 18 tahun menceburi bisnes, saya telah rekruit ramai orang dari latar belakang yang amat berbeza. Ahli pasukan saya berasal dari industri yang berlainan . Mereka adalah bekas manager kilang, elektronik designer, paramugara, kakitangan bank, Manager celcom, Akauntan, pelajar kolej dan sebagainya. Kelulusan mereka adalah master, ijazah, diploma dan SPM.

Ini jelas menunjukkan bahawa ramai orang dari industri lain telah menceburi bisnes ini dan ahli pasukan saya memang datang dari latar belakang yang berlainan. Baru baru ini, ramai juga pelajar kolej yang masih belajar sudah mula menceburi bisnes ini. Ini adalah disebabkan oleh kesedaran yang sudah mula meningkat di kalangan pelajar mengenai bisnes takaful. Saya difahamkan bahawa insuran juga merupakan satu subjek diajar di pengajian tinggi atau kolej.

Saya seorang pelajar Universiti Teknologi Malaysia dan sememangnya tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang pemasaran. Ini termasuk konsultan dalam pasukan saya yang sememang dari bidang yang tidak ada kaitan dengan pemasaran. Agak menghairankan bahawa mereka yang tidak ada pengalaman dalam bidang pemasaran boleh berjaya dalam bisnes takaful. Ini sekali lagi menunjukkan bahawa bisnes takaful tidak semestinya memerlukan anda mempunyai pengalaman pemasaran. Semua skil pemasaran akan diajar dalam bengkel dan kursus latihan. Selagi seseorang itu rajin belajar dan berusaha, maka kejayaan pasti akan dicapai.

Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, konsultan dalam syarikat saya adalah bekas manager, akauntan, elektronik designer, paramugara dan lain lain sebelum mereka menceburi bisnes takaful. Sekarang biar saya memberi sedikit penjelasan mengenai latar belakang beberapa konsultan dalam pasukan saya.

NAMA KERJA SEBELUMKELULUSANTEMPOH BISNES(TAHUN)
CK SIASONYDiploma(UTM)
18
ALAN SIABISNESSPM
10
POOI YEECELCOMIjazah
10
ALBERTHITACHIIjazah
10
MASLINABISNESIjazah ( NZ)
9
SUA  Ijazah
9
YASMINCELCOMIjazah
8
LINA NAHARI SPM
8
PHANGSONYDiploma(FIT)
7
HASLINDASMKIjazah ( Japan)
7
AZZAINAHMAYBANKSPM
5
MAZRIZALMASSijil
3
SHAZWANI Pelajar(KPTM)
1
DANIAL Sijil
BARU
ZAHIR Diploma
BARU
HAZWAN Pelajar( UITM)
BARU
ZAINAH SPM
BARU
ADLI
 SPM
BARU



Diatas adalah maklumat  sebahagian konsultan yang sempat saya paparkan disini. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka ini semuanya berasal dari kategori makan gaji sebelum menceburi bisnes ini. Keputusan dan tindakan mereka ini menunjukkan bahawa makan gaji sudah tidak boleh lagi menjamin hidup selesa walaupun mereka mempunyai kelulusan ijazah. Anda juga dapati ada pelajar yang sudah memasuki bisnes ini walaupun mereka masih dalam kolej atau univerisiti, kesedaran yang cepat akan membolehkan mereka mendapat pendedahan yang lebih awal dalam bisnes ini.

Seperti yang saya ceritakan dalam bab saya yang lain, tujuan utama mereka menceburi bisnes ini adalah untuk mengecapi kebebasan masa dan kewangan. Mereka semua sudah lama makan gaji dan sememangnya mengetahui bahawa makan gaji tidak akan dapat menolong mereka mencapai hasrat atau impian
mereka.Mereka sanggup meninggalkan kerja mereka sebagai manager, akauntan, elektronik designer
kerana mereka sedar bahawa pendapatan mereka tidak seberapa walaupun dengan pangkat manager, akauntan dan sebagainya. Keputusan mereka akhirnya dapat mengubah hidup mereka dan ramai diantara mereka sudah mendapat kejayaan besar dalam bisnes ini.

Untuk anda yang masih teragak agak, ambillah langkah pertama untuk memahami dan mengetahui bisnes takaful sebelum membuat sebarang keputusan. Saya mempunyai kepakaran dan 18 tahun pengalaman dalam bisnes ini dan saya amat yakin bahawa saya boleh menolong anda mencapai hasrat atau impian anda. Bengkel dan kursus diberikan secara percuma, yang anda perlu ialah rajin belajar dan gigih berusaha. Selagi anda dapat mengikuti semua program latihan dan melaksanakan apa yang anda belajar, saya cukup yakin bahawa anda tetap akan berjaya satu hari nanti.

Keputusan adalah diatas tangan anda sendiri, buatlah satu keputusan yang terbaik demi masa depan anda.
Jikalau anda ingin berjaya, bisnes adalah satu satu caranya. Tidak salah kalau anda ingin mengekalkan kehidupan anda sekarang. Soalnya ialah kalau anda ada peluang , kenapa tidak ? Apa salahnya boleh hidup selesa ? Berani mencuba dan berubah sebab kalau tak ubah , hidup tak akan maju selama lamanya.

























                                
                                                                                

















No comments:

Post a Comment