Monday, 14 October 2013

Apa pilhan anda

Setiap tahun, lebih kurang 180,000 graduan tamat pengajian dari univerisiti dan mula melangkah masuk ke masyarakat mencari perkerjaan.Adakah mereka ini pasti boleh mendapat pekerjaaan dengan kelulusan Ijazah atau Master yang mereka miliki ? Ramai graduan masih berpendapat bahawa kelulusan Ijazah boleh menjamin mereka mendapat sesuatu pekerjaan, tetapi hakikatnya adalah berbeza sama sekali.

Terpapar dalam suratkhabar hari ini 14th oktober 2013 jelas menunjukkan bahawa peluang pekerjaan semakin menurun. Berita itu menyatakan bahawa peluang pekerjaan pada 2013 sudah menurun sebanyak 35% berbanding dengan tahun 2012 untuk tempoh 6 bulan yang pertama seperti berikut:

2012 - 167,968
2013 - 107,796

Selain daripada graduan yang berkelulusan Ijazah, graduan yang berkelulusan Master amat bimbang tidak boleh mendapat pekerjaan. Ramai yang mengatakan bahawa mereka sukar mendapat pekerjaan yang selaras dengan apa yang mereka pelajari dan ini menyebabkan mereka terpaksa melakukan pekerjaan yang tidak ada kaitan langsung dengan apa yang mereka pelajari dengan gaji sebanyak RM1000 sebulan. Inilah gaji yang saya bayar untuk orang gaji saya ( maid ) dari indonesia.

Berita ini sememangnya tidak memeranjatkan saya kerana keadaan ini sudah lama berlaku. Saya pernah mengetahui seorang kawan yang berkelulusan ekonomi masih tidak mendapat tawaran kerja selepas 2 tahun tamat pengajian. Terdapat beberapa sebab-sebab yang menyebabkan keadaan ini berlaku

1) Peningkatan umur bersara ke umur 60  menyebabkan peluang pekerjaan berkurangan.
2) Keadaan Ekonomi sedunia yang tidak stabil menyebabkan ramai majikan mengurangkan tawaran kerja.

Disamping itu , banyak syarikat sudah menawarkan skim VSS ( voluntary seperation scheme)  untuk mengurangkan kakitangan mereka. Kebanyakkan syarikat lebih suka mengambil pekerja-pekerja kontrak daripada pekerja tetap untuk mengurangkan kos. Pekerja kontrak bermakna pekerjaan adalah tidak terjamin kerana majikan boleh memperhentikan pekerjaan apabila kontrak tamat. Juga difahamkan bahawa kebanyakkan majikan lebih gemar mengambil pekerja-pekerja yang berpengalaman berbanding dengan graduan yang baru tamat pengajian.

Sebab-sebab diatas jelas menunjukkan bahawa peluang pekerjaaan untuk graduan semakin berkurangan dan juga persaingan untuk mendapat pekerjaan menjadi semakin sengit. Jika anda seorang pelajar yang akan tamat pengajian, apakah pilihan anda sekarang?

Adakah anda masih bertekad untuk merebut dengan graduan-graduan lain demi untuk mendapat pekerjaan atau anda berani mengambil peluang menceburi bidang keusahawanan. Kerajaan juga menggalakkan graduan graduan berani menceburi bidang keusahawanan. Nasihat saya untuk mereka yang akan tamat pengajian ialah mengambil peluang untuk menceburi bidang keusahawanan takaful kerana ia satu bisnes yang berpotensi tinggi. Lebih- lebih lagi, syarikat saya mempunyai silibus keusahawanan takaful yang boleh melatih dan membimbing anda menjadi seorang konsultan takaful yang berjaya. ( rujuk blog saya : www.takafulbisnes.blogspot.com )

Akhir sekali, sektor makan gaji  tidak lagi semudah seperti yang anda jangkakan. Persaingan yang sengit, gaji yang rendah dan tidak boleh menandingi inflasi menyebabkan ramai yang makan gaji hidup susah dan terus susah. Jika anda ingin mengubah keadaan hidup yang begini, beranilah berubah demi masa depan yang lebih cerah dan kehidupan yang lebih selesa. Ambillah kesempatan ini dan jangan teragak agak lagi.
Terima kasih.













No comments:

Post a Comment