Tuesday, 23 July 2013

Apa salahnya kalau boleh hidup selesa

Hidup senang , hidup selesa dan hidup tak susah memang menjadi harapan atau impian setiap insan . Sememangnya setiap dari kita ingin menduduki rumah yang selesa ( besar ) , bawa kereta yang mewah , pergi bercuti ke luar negeri setiap tahun , memberi pendidikan yang terbaik kepada anak anak kita dan sebagainya . Tetapi ada berapa ramai orang di dalam masyarakat kita yang berjaya mancapai impian ini ? 

Jika kita meninjau secara teliti , sebahagian besar masyarakat kita memang tidak mampu untuk mencapai impian yang sedemikian . Sepanjang 18 tahun menjadi seorang konsultan takaful / insuran , saya mendapati ramai orang bukan setakat tidak boleh mencapai impian yang disebutkan tadi , bahkan nak membuat sedikit duit simpanan pun mereka tidak mampu. Dalam banyak kes , pendapatan mereka sememangnya tidak mencukupi untuk menampung kehidupan harian mereka .

Apabila soal kehidupan harian sudah menjadi masalah kepada golongan masyarakat ini , soal nak menduduki rumah besar .bawa kereta besar itu adalah merupakan angan angan semata mata . Soalnya ialah mengapa ramai orang terpaksa hidup susah ? Adakah mereka ini kekurangan peluang pendidikan , kekurangan peluang untuk memajukan diri mereka dan sebagainya ?  Saya selalu membuat tinjauan untuk mendapat jawapan kepada soalan soalan tersebut .

Dari tinjauan saya , ada beberapa sebab yang menyebabkan keadaan ini berlaku . Salah satu sebab yang amat ketara ialah sikap masyarakat kita yang mudah puas hati dengan apa yang dah mereka ada , tidak mempunyai impian besar dan azam kuat untuk mengubah hidup mereka. mereka ini sememangnya mengetahui bahawa hidup mereka akan susah dan akan berterusan sepanjang hayat , tetapi mereka masih tidak berani untuk membuat perubahan .Mereka ini masih terus melakukan apa yang mereka lakukan dan tidak sekali pun berusaha untuk memajukan kehidupan mereka . Mereka kurang yakin dengan diri mereka dan memberi banyak alasan yang mengatakan bahawa mereka memang tidak mampu untuk membuat sebarang perubahan sebelum pun mereka mencuba.

Seperti yang kita ketahui , 95% dari masyarakat kita adalah di dalam kategori makan gaji . Banyak peluang untuk membuat bisnes sudah di berikan oleh kerajaan tetapi masih ramai yang tidak minat dan berani mencuba . Sepanjang 18 tahun menceburi bisnes takaful ,saya juga mengadakan banyak taklimat bisnes kepada golonngan belia belia untuk memberi peluang kepada mereka memahami tentang bisnes ini . Walaupun demikian , ramai dari golongan belia belia ini masih teragak agak untuk menceburi bisnes . Alasan ialah mereka kurang minat dengan kerja pemasaran . Ada juga kes kes dimana mereka ini sanggup menganggur tetapi masih tidak berani untuk menceburi bisnes ini . Pada pendapat saya , mereka ini kekurangan keyakinan diri dan tidak ada matlamat hidup . Mereka ini tidak jelas langsung mengenai apa yang mereka hendak capai dalam hidup mereka . Inilah faktor penghalang yang paling ketara , jikalau mereka ini masih tidak berani mencuba untuk memajukan diri mereka , sampai bila kehidupan mereka akan bertambah baik . 

Untuk golongan yang berkelulusan SPM , masa depan mereka akan lebih gelap dan samar . Apakah yang mereka buat dengan kelulusan SPM ? ( baca topik ini di artikel lain)  Untuk golongan yang berkelulusan universiti , adakah hidup mereka akan menjadi selesa ?  Seperti yang kita sedia maklum , gaji graduan memangnya rendah dan ramai graduan graduan juga tidak boleh mendapat kerja yang setimpal dengan kelulusan mereka . Ini jelas menunjukkan bahawa nak hidup biasa  pun sudah menjadi satu soal yang besar apakah lagi nak menyebut tentang hidup selesa atau hidup mewah .

Apakah salah nya kalau kita boleh hidup selesa ? Jika kita sanggup berusaha untuk membuat perubahan memajukan diri kita , saya cukup yakin setiap dari kita boleh mengubah hidup kita . Untuk membuat perubahan , kita seharusnya melakukan apa yang tidak dilakukan oleh orang ramai. Menceburi bisnes adalah salah satu langkah yang boleh membawa perubahan terhadap kehidupan seseorang , lebih lebih lagi bila saya menyebut tentang bisnes takaful yang tidak memerlukan sebarang modal . Yang perlu adalah azam dan usaha . Lebih lebih lagi , bengkel latihan dan tunjuk ajar akan diberikan secara percuma . Untuk saya , inilah peluang yang paling baik untuk sesiapa yang ingin menceburi bidang bisnes .

Akhir kata , saya ingin mengalakkan ramai golongan golongan belia kita berusaha untuk mengubah hidup mereka . Nasib dan  masa depan mereka adalah diatas tangan mereka . Buatlah sesuatu keputusan yang baik , keputusan yang boleh mengubah hidup mereka ( baca topik : keputusan di atas tangan sendiri di artikel lain) Ingat , hidup dengan selesa adalah satu pilihan dan tidak ada salahnya jikalau anda  memilih untuk hidup senang atau selesa satu hari nanti .
Terima Kasih.




 
















No comments:

Post a Comment