Sunday, 25 August 2013

Ketahanan mental

Kejayaan memerlukan seseorang mempunyai banyak sifat sifat seperti ketekunan, sikap positif, sikap tidak mudah putus asa dan macam macam lagi. Salah satu perkara yang amat penting untuk menjamin sesuatu kejayaan ialah ketahanan mental.

 Kejayaan = ketahanan mental, itulah salah satu formula kejayaan saya. Dalam usaha kita mengejar kejayaan, memang terdapat banyak cabaran, halangan dan dugaan yang mungkin kita hadapi. Ramai yang kecundang dari segi mental apabila menghadapi cabaran atau dugaan ini. Mereka memilih jalan untuk mengelak dari berdepan dengan cabaran tersebut, akhirnya mereka putus asa. Dalam dunia ini, tiada kejayaan yang boleh dicapai tanpa usaha gigih. Didalam kehidupan atau bisnes, cabaran sentiasa ada dan kita harus berdepan dan menandinginya dengan sabar dan tabah.

18 tahun menceburi bisnes takaful, banyak cabaran yang saya hadapi. Saya memang menemui banyak rintangan dan kegagalan dalam usaha saya untuk memajukan bisnes ini. Ini adalah berpunca dari kekurangan pengalaman dan pengetahuan saya di dalam bisnes ini. Saya melakukan kesilapan dan belajar dari kesilapan. Yang penting, tidak pernah terfikir untuk putus asa walaupun menghadapi beberapa kekecewaan dalam bisnes saya. Walau bagaimanapun , ramai orang yang menceburi bisnes ini akhirnya meninggalkan bisnes kerana putus asa, sayang sekali apabila saya melihat keadaan ini. Golongan mereka ini kekurangan ketahanan mental dan begitu mudah mengaku kalah dalam perjuangan mereka.

Sepanjang bisnes, terdapat banyak perkara yang boleh menimbulkan kekecewaan dan melemahkan semangat kita. Perkara perkara ini adalah seperti :

1) Tidak mencapai target jualan
2) Klien menperhentikan polisi
3) Pendapatan yang kurang akibat hasil jualan yang rendah
4) Mendapat teguran atau kritikan dari klien yang tidak bersikap munasabah
5) Tekanan apabila melihat rakan rakan lain mencapai prestasi tinggi
6) Rasa rendah diri dan kurang yakin diri
7) Tidak mendapat penganugerahan dari syarikat kerana tidak mencapai target jualan

Perkara perkara diatas cuma sebahagian dari perkara perkara yang boleh melemahkan semangat seseorang itu. Apabila berdepan dengan perkara perkara tersebut, sesorang itu samada memilih untuk berdepan dengan cabaran itu atau mengelak. Dalam keadaan ini, ketahanan mental memainkan peranan penting. Saya sememangnya pernah menghadapi perkara perkara tersebut. Di samping itu saya juga menghadapi banyak cabaran dalam usaha saya membuka cawangan ( rekruit konsultan baru ), diantara perkara perkara yang saya hadapi ialah:

1) Sikap konsultan yang kurang displin
2) Prestasi mereka yang kurang memuaskan
3) Sikap yang tidak mengikut nasihat dan bertindak sesuka hati
4) Tidak rajin menghadiri kelas atau meeting
5) Tidak berkomunikasi dengan ketua

Perkara perkara tersebut memang adalah satu cabaran yang lazim berlaku dalam usaha kita untuk rekruit konsultan baru ( buka cawangan ). Apabila seseorang melaburkan masa dan usaha untuk mendidik dan mengajar seorang konsultan baru, beliau memang  berharap bahawa konsultan baru beliau boleh maju dalam bisnes. Namun begitu, bukannya semua konsultan baru boleh mencapai prestasi seperti yang diharapkan. Bila harapan besar, kekecewaan akan juga lebih besar. Ramai orang akhirnya putus asa dan tidak mahu lagi menjalankan aktiviti membuka cawangan ( rekruit konsultan baru ) kerana mereka tidak sanggup untuk menghadapi kegagalan ini lagi.

Apabila saya memasuki bisnes ini, faktor pendorong utama ialah bisnes ini boleh memberi kebebasan masa dan kewangan. Walaupun saya mengetahui bahawa bisnes ini penuh dengan cabaran, saya tetap mengambil keputusan menceburi bisnes ini. Sebabnya ialah saya menceburi bisnes ini kerana ia satu bisnes yang berbaloi dan bukan kerana bisnes ini senang untuk mencapai kejayaan. Saya cukup bersedia dari aspek mental untuk menghadapi segala cabaran yang bakal dihadapi. Ketahanan mental saya membolehkan saya terus berjuang tanpa mengaku kalah. Tambahan lagi, visi saya yang jelas dalam hidup saya juga membantu supaya tidak mudah putus asa.

Bagi konsultan takaful yang baru menceburi bisnes ini, kuatkan ketahanan mental anda. Terdapat beberapa tips yang boleh membantu anda dalam usaha untuk menguatkan ketahanan mental anda.

1) Memahami tujuan utama anda menceburi bisnes ini ( visi harus jelas ) . Bila visi jelas, fokus anda ialah untuk masa depan anda. Fokus anda tidak mudah tersasar apabila berhadapan dengan cabaran kerana anda mengetahui apa yang anda ingin capai .

2) Tingkatkan kemahiran dan pengetahuan anda dalam bidang ini. Ilmu memberi anda kuasa dan keyakinan.
Bila keyakinan tinggi, prestasi kebiasaannya akan meningkat. Bila prestasi kita meningkat, kita akan menjadi lebih positif dan bersemangat tinggi. Dengan tidak langsung, mental kita akan jadi lebih kebal .

3) Selalu berkomunikasi dengan ketua atau pengurus anda. Apabila anda sedar bahawa semangat atau motivasi anda sedang menurun, ketua anda adalah doktor yang paling baik untuk anda. Memberitahu mereka tentang masalah dan cabaran anda, saya cukup yakin bahawa mereka boleh mengubati penyakit anda( lemah semangat atau motivasi)

4) Jangan skip kelas. Kelas adalah klinik di mana anda mendapat rawatan dan tenaga positif. Dalam kelas, bukan setakat ilmu teknikal sahaja yang akan diajar. Sebagai ketua, saya juga banyak mengajar cara cara untuk berada dalam keadaan positif, cara berfikir positif, cara mengawal emosi , cara mengelak rasa marah dan macam macam lagi. Ini penting kerana bila fikiran kita tenang, maka kita boleh bertindak secara rational dan tidak melakukan tindakan yang terburu buru .

5) Banyak membaca. Membaca meningkatkan ilmu dan kemahiran untuk mengawal emosi dan mental anda. Anda boleh belajar cara mengawal mental dari buku dan ini akan banyak membantu dalam bisnes anda kerana setiap bisnes tetap ada cabaran yang tertentu.

Tanpa kemahiran tertentu untuk mengawal mental, ramai konsultan konsultan takaful kecundang dalam bisnes ini. Ketahanan mental adalah sesuatu yang wajib dimiliki oleh setiap konsultan takaful yang baru menceburi bisnes ini. Ketahanan mental inilah yang akan menentukan sejauh manakah anda boleh meneruskan bisnes anda. Ingat ! ketahanan mental boleh dipelajari dan jikalau anda mengikut saranan saranan saya diatas, mudah mudahan anda akan dapat menguatkan ketahanan mental supaya anda boleh terus berjuang untuk mencapai kejayaan di dalam bisnes takaful.
Terima kasih































































No comments:

Post a Comment