Dalam satu bab yang lain saya berbincang berkenaan dengan susah susah dahulu senang senang kemudian.
Saya berpendapat bahawa inilah amalan yang paling baik dalam hidup kita. Semasa saya dalam proses membuat keputusan untuk menceburi bisnes takaful, saya disalurkan dengan satu falsafah iatu " susah 3 hingga 5 tahun, hidup senang seumur hidup. Falsafah hidup ini amat menarik perhatian dan saya memang tertarik dengannya. Demi untuk hidup selesa di masa hadapan, saya rela bekerja keras dan berkorban sekarang. Inilah keputusan yang saya buat 18 tahun yang lepas meningglkan kerja saya di Sony. Saya rela meninggalkan kerja Sony dengan gaji RM5000 sebulan sebagai seorang pembantu pengurus.
Dalam kehidupan, kita selalunya terlibat dalam membuat susuatu keputusan tak kira keputusan besar atau kecil. Keputusan yang kita buat mempunyai kesan yang amat besar dalam hidup kita. Kita selalu dengar dari orang yang berjaya bahawa sesuatu keputusan yang mereka buat telah mengubah hidup mereka. Sebaliknya kita juga dapati ramai yang membuat keputusan yang akhirnya menyebabkan mereka tidak mencapai sebarang kejayaan dalam hidup. Dalam bab saya yang bertajuk "keputusan atas tangan sendiri " jelas menunjukkan bahawa kita tidak boleh elak dari membuat keputusan sepanjang hidup kita.
Soal sekarang ialah bagaimana cara untuk membuat satu keputusan yang boleh memberi satu kesan yang positif? Ramai yang tidak berani untuk membuat sesuatu keputusan sama ada kerana kurang yakin dengan diri, tidak ada arah tuju atau tidak mempunyai target yang jelas dalam hidup mereka. Bahkan ada yang cuba
mengelakkan diri dari membuat sebarang keputusan kerana mereka takut membuat kesilapan. Mereka lebih rela tidak berubah dari membuat kesilapan.
Cuba kita tinjau masyarakat kita terutama golongan belia belia. Saya banyak menceritakan tentang kehidupan mereka yang makan gaji tidak kira mereka yang berkelulusan SPM atau berkelulusan universiti. Memang tidak boleh lagi dipertikaikan bahawa kehidupan mereka akan susah berterusan dengan gaji yang rendah dan terpaksa berdepan dengan inflasi yang begitu tinggi. Namun demikain ramai belia belia kita masih kelihatan tidak memahami tentang keadaan ini. Mereka kelihatan gembira dengan apa yang mereka ada dan seronok dengan apa yang mereka lakukan. Golongan yang digelar Gen Y ini diibaratkan seperti
strawbery kerana tidak boleh tahan susah. Golongan belia belia ini tidak sanggup bekerja kuat dan mereka lebih suka membuang masa dengan aktiviti aktiviti yang tidak produktif.
Pada pandangan mereka, mereka sedang menikmati kehidupan(enjoy life). Apa yang mereka kurang jelas ialah masalah serious yang bakal menimpa mereka. Mereka tidak ada idea mengenai masa depan , kerjaya atau arah tuju mereka. Mereka tiada perancangan, tidak berusaha dengan gigih dan tidak terus memajukan diri mereka. Mereka ini akan tinggal bersama dengan keluarga dan berharap akan tinggal berterusan dengan ibubapa. Disebabkan mereka masih ada tempat berteduh, maka mereka tidak lansung memikirkan untuk membeli rumah sendiri. Mereka ini memang dalam satu keadaan yang kononnya selesa(comfort zone) . Inilah satu keadaan yang banyak saya lihat terjadi di kalangan orang orang muda. Kepada mereka yang hanya berkelulusan SPM, mereka seakan telah putus asa dalam hidup. Mereka menjadikan kelulusan mereka sebagai penghalang kepada kejayaan hidup mereka. Mereka anggap mereka tidak boleh bersaing dengan golongan yang berkelulusan universiti.
Lebih lebih lagi, golongan ini tidak ada inisiatif untuk memajukan diri dan mengambil kesempatan yang diberikan. Saya melihat keadaan ini satu keadaan yang yang saya namakan senang tak senang susah berterusan. Golongan mereka ini nampak senang tetapi mereka sebenarnya menghadapi satu keadaan yang susah. Gaji mereka yang rendah, tiada sebarang kemahiran dan peluang untuk mengubah hidup menyebabkan mereka akan berterusan hidup dalam keadaan yang susah. Keadaan ini tidak beza untuk golongan yang berkelulusan universiti. Mereka yang berkelulusan universiti setakat ingin mendapatkan satu pekerjaan. Seperti golongan yang berkelulusan SPM, mereka seakan akan puas hati dengan gaji 2,3 ribu dan tidak bercita cita tinggi. Ramai golongan ini tidak mempunyai kualiti yang secukupnya untuk mencapai sesuatu kejayaan selain dari sijil universiti yang mereka ada. Mereka tidak ada visi hidup dan berpuas hati dengan apa yang mereka ada.Bila diberi peluang untuk menceburi sesuatu bisnes, mereka kurang yakin , tidak sanggup berusaha dan enggan menerima cabaran. Bukankah ini satu keadaan yang amat menyedihkan?
Seperti yang saya sebutkan tadi, susah susah dahulu senang senang kemudian adalah pilihan yang terbaik. Namun demikian, sebahagian besar masyarakat kita lebih rela senang tak senang susah berterusan. Mereka ingin bergantung kepada bantuan kerajaan untuk mengubah hidup mereka. Saya dilahirkan dalam satu keluarga yang miskin dan sejak kecil lagi saya sudah membuat keputusan untuk berjaya dalam hidup. Saya jelas bahawa masa depan saya adalah di atas tangan saya sendiri dan saya sanggup berusaha dengan gigih pada usia yang muda. Saya mengamalkan falsafah susah susah dahulu senang senang kemudian. Saya yakin inilah amalan yang terbaik kerana saya memang banyak melihat pakcik pakcik yang yang sepatutnya sudah pencen tetapi masih bekerja sebagai securiti guard. Bila kita menjangkau umur 55, bukankah kita sepatutnya boleh bersara dengan gembira dan selesa ?
Untuk makluman sekalian, sebilangan besar dari masyarakat kita tidak dapat bersara kerana mereka tidak mempunyai tabung pesaraan yang mencukupi. Terpapar dalam suratkhabar STAR baru baru ini menunjukkan bahawa 75% golongan orang yang bersara mempunyai tabung pesaraan yang < RM50,000. Kita harus ingat bahawa umur manusia secara purata ialah diantara 70 -75. Ini bermaksud seseorang itu mempunyai tempoh pesaraan diantara 15 - 20 tahun jika beliau bersara pada umur 55. Tanpa tabung pesaraan yang mencukupi, hidup selepas bersara memanglah sesuatu yang tidak boleh dibanggakan. Apa makna jika anda bersara dengan miskin?
Nasihat saya untuk mereka yang makan gaji, yang berkelulusan SPM atau yang berkelulusan universiti ialah jangan membuang masa anda lagi. Cari visi hidup anda , berani berubah dengan menceburi bisnes kerana bisnes adalah satu satunya cara yang boleh membawa perubahan hidup anda. Senang tak senang susah berterusan memang bukannya pilihan tepat. Seperti yang saya sebutkan dalam bab yang lain, terdapat 3 golongan manusia iaitu mereka yang ....
1) sedar cepat, maju cepat
2) sedar lambat, maju lambat
3) langsung tak sedar, hidup tak berubah.
Anda dalam golongan yang mana satu? Tingkatkan kesedaran anda hari ini supaya anda boleh terus maju ke depan dengan cepat. Anda sememangnya berhak mencapai satu kehidupan yang selesa untuk diri dan keluarga anda satu hari nanti.
Terima kasih
No comments:
Post a Comment