Tuesday, 6 August 2013

Sumbangan seorang konsultan takaful

18 tahun menceburi bisnes takaful , memang jelas menunjukkan bahawa tugas / kerja sebagai seorang konsultan takaful atau lebih dikenali sebagai agen insuran pada ketika itu memang tidak mendapat tumpuan atau perhatian masyarakat.Masyarakat lebih memuja kepada pekerjaan lain seperti doktor,peguam,
jurutera dan sebagainya. Kerja sebagai seorang agen takaful memang bukan menjadi pilihan orang awam
dan ramai yang sebenarnya tidak mengetahui langsung tentang tugas seorang agen takaful.

Lantasan dari persepsi ini,maka bilangan orang yang menceburi bisnes takaful amat kurang sekali.Lebih lebih lagi,insuran/takaful pula tidak mendapat sambutan yang baik dari masyarakat pada ketika itu disebabkan oleh kekurangan kefahaman.Ini menyebabkan produk takaful terpaksa dipasarkan oleh agen agen takaful kerana tiada orang yang akan menghubungi agen takaful untuk membeli produk takaful.

Selapas 18 tahun menceburi bisnes takaful,saya dapat merasai bahawa sumbangan seorang konsultan takaful amat besar sekali kepada masyarakat jika dibandingkan dengan kerja kerja yang lain.Saya sendiri  begitu bangga dengan tugas saya sebagai seorang konsultan takaful dan inilah yang menyebabkan saya dapat meneruskan perjuangan saya di bidang ini.Dari tuntutan atau pampasan yang diberikan oleh syarikat takaful kepada pemegang polisi apabila sesuatu musibah berlaku,saya cukup yakin bahawa produk takaful memang dapat memberi harapan kepada seseorang individu atau keluarga mereka untuk meneruskan kehidupan mereka.

Disini,saya ingin berkongsi satu cerita supaya orang ramai boleh mengetahui akan sumbangan seorang konsultan takaful.Cerita ini adalah mengenai seorang ahli perniagaan  yang bernama Johan.
Johan telah memulakan bisnes beliau sejak 20 tahun yang lalu. Bisnes beliau semakin maju kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas dan pengetahuan serta network yang baik. Johan mempunyai 3 orang kawan , seorang itu doktor, seorang lagi itu peguam dan yang akhir sekali seorang konsultan takaful.

Seperti biasa,Johan memang berkawan rapat dengan kawan beliau yang bekerja sebagai seorang doktor dan seorang peguam.Mereka masing masing adalah doktor keluarga dan penasihat syarikat johan.Mereka sudah lama berkawan dan setiap kali johan mengadakan jamuan,beliau akan mengajak kedua kedua kawan beliau untuk menghadiri jamuan tersebut.Bagi kawan johan yang bekerja sebagai seorang konsutan takaful,layanan yang beliau dapat tidaklah seperti layanan yang johan berikan kepada dua dua kawannya yang bekerja sebagai doktor dan peguam.

Malang tak berbau,5 tahun yang lepas johan menghidap penyakit kanser usus.Semenjak mendapat penyakit itu,johan mula mendapat rawatan dari kawan beliau yang kebetulan juga seorang pakar usus.Duit beratus ratus ribu telah johan habiskan untuk merawat penyakit beliau.Disebabkan penyakit beliau,johan tidak boleh bekerja seperti sediakala dan selepas beberapa tahun,bisnes beliau pun mula merosot setelah kesihatan beliau diketahui awam.Keadaan johan semakin hari semakin tenat walaupun banyak duit telah dihabiskan untuk merawat penyakit beliau.Akhirnya beliau menghembuskan nafas yang terakhir meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anaknya.Selepas beberapa bulan,bisnes johan terpaksa ditamatkan kerana isteri johan memang tidak mahir untuk meneruskan bisnes tersebut.Taraf kehidupan keluarga johan juga mula menurun dan isteri johan sudah mengalami masalah kewangan kerana semua duit simpanan telah habis digunakan untuk membuat rawatan.Tambahan pula,isteri johan tidak mempunyai perkerjaan kerana beliau sememangnya seorang suri rumah tangga selama ini.

Selepas johan meninggal,cerita ini bukan tamat begitu sahaja.Satu hari,datanglah kawan johan yang bekerja sebagai seorang doktor itu.Kawannya itu melawat isteri johan dan memberitahunya bahawa ada lagi bil rawatan sebanyak RM300,000 yang belum di jelaskan.Kawan itu meminta isteri johan agar menjelaskan bil tersebut dengan secepat yang mungkin.Isteri johan begitu sedih dan gelisah kerana beliau memang tidak mampu untuk membuat apa apa.

Pada keesokan hari,datanglah kawan johan yang bekerja sebagai seorang peguam.Kawan itu melawat isteri johan dan memberitahu beliau bahawa syarikat suaminya masih belum menjelaskan banyak hutangnya.Kawan itu meminta agar isteri johan boleh menjelaskan hutang tersebut dengan secepat mungkin.Selepas mendengar berita itu,isteri johan memang tidak dapat lagi menahan kesedihannya dan beliau menanggis dengan hati yang begitu pilu.

Selepas beberapa hari,datanglah kawan johan yang bekerja sebagai konsulltan takaful.Apabila isteri johan melihat konsultan tersebut,beliau begitu bimbang kerana disangkakan bahawa konsultan takaful itu datang nak mengutip duit bayaran premium.Dengan suara yang agak kuat,isteri johan langsung memberitahu konsultan takaful itu bahawa beliau tidak mempunyai duit dan beliau masih ada banyak hutang yang belum dibayar kepada doktor dan peguam tersebut.Selepas mendengar apa yang diceritakan oleh isteri johan,
konsultan takaful tersebut dengan serta merta menghulurkan satu cek lalu berkata " Puan, inilah duit pampasan yang berjumlah RM2,000,000 dari syarikat takaful,johan ada memasuki satu polisi takaful melalui saya"

Melihat cek yang berjumlah RM2,000,000 isteri johan begitu terharu dan beliau tidak berhenti henti
mengucapkan terima kasih kepada konsultan takaful itu.Dengan cek itu,masa depan keluarga johan tiba tiba
menjadi cerah semula.Dengan cek tersebut,isteri johan sudah boleh menjelaskan semua hutang johan dan dapat meneruskan kehidupan mereka dengan baik.

Selepas membaca cerita diatas, saya berharap masyarakat dapat menukar persepsi mereka terhadap tugas seorang konsultan takaful. Tidak dapat dinafikan bahawa doktor boleh menyelamatkan nyawa manusia tetapi mereka menyelamatkan nyawa dengan ganjaran.Sepanjang hidup saya,saya masih tidak pernah melihat doktor yang boleh memberi rawatan dengan percuma.Sudah banyak kes yang terpapar di suratkhabar bahawa doktor enggan memberi rawatan apabila pesakit itu tidak mempunyai duit. Jadi sebagai seorang konsultan takaful,anda juga boleh menyelamatkan nyawa keluarga orang yang meninggal. Anda
dapat memberi mereka harapan untuk terus hidup,bukankah ini satu kerja yang begitu mulia ?

Melalui produk takaful,seorang konsultan takaful dapat menolong seseorang itu mengurangkan atau mengelakkan risiko sama sekali.Ini dapat memberi satu ketenangan kepada ahli keluarganya apabila sesuatu musibah berlaku.Saya selalunya memberitahu kawan kawan saya bahawa konsultan takaful adalah satu satu orang di dunia ini yang diberi kuasa untuk memberi bantuan kewangan apabila susuatu musibah berlaku.
Bayangkan apa yang boleh kita lakukan apabila orang yang kita kenali jatuh sakit,masuk hospital atau meninggal ? Selain dari memberi ucapan takziah,memang tidak ada apa apa bantuan kewangan yang boleh kita hulurkan . Sebaliknya,seorang konsultan boleh menghulurkan bantuan kewangan melalui produk takaful.

Akhir kata,saya hendak menjelaskan kepada orang ramai bahawa sumbangan konsultan takaful kepada masyarakat adalah amat besar sekali dan janganlah kita malu atau segan untuk menjadi seorang konsultan takaful.Bisnes ini adalah satu bisnes yang sangat mulia dan setiap konsultan takaful harus bangga dengan peranan dan tugas mereka supaya mereka boleh terus berjuang dan memberi perkhidmatan mereka kepada masyarakat.





  






























No comments:

Post a Comment