Friday, 6 September 2013

Apakah risiko anda

Setiap individu mempunyai risiko tertentu terutama sekali berkaitan dengan soal soal kewangan. Ini adalah sebab kenapa pengurusan risiko merupakan satu agenda penting dalam kehidupan kita. Soalnya berapa ramai orang yang faham mengenai pengurusan risiko? Apakah kesan risiko sekiranya sesuatu bencana tiba tiba berlaku?

Cuba kita tinjau kenapa setiap individu mempunyai risiko risiko dalam kehidupan mereka?  Di malaysia, satu fenomena yang amat ketara ialah pinjaman. Pinjaman yang dimaksudkan adalah seperti :
1) pinjaman perumahan
2) pinjaman kereta
3) pinjaman peribadi
4) pinjaman pendidikan
5) pinjaman business
dan macam macam lagi. Orang Malaysia tidak boleh dielakkan dari membuat pinjaman. Disamping itu penggunaan kad kredit yang tidak terkawal juga menyebabkan ramai orang Malaysia mempunyai hutang yang begitu tinggi.

Disebabkan oleh pinjaman dan penggunaan kad kredit yang tidak terkawal, maka kedudukan liabiliti / beban / hutang di kalangan orang Malaysia amatlah tinggi. Tambahan lagi, disamping liabiliti yang tinggi, ramai orang Malaysia tidak mempunyai banyak cash kecemasan ( emergency cash) kerana 2 sebab berikut:
1) tidak membuat plan menyimpan
2) terlalu banyak komitmen ( sebab banyak pinjaman atau hutang)

Untuk menyimpan , kita kena mengikut formula berikut:
pendapatan - simpanan = perbelanjaan
Ini bermaksud , kita harus ketepikan jumlah simpanan yang kita kena buat setiap bulan, selepas itu barulah belanja yang selebihnya.

Contoh ;
Pendapatan = RM3,000
Target simpanan sebulan= RM500 ( harus dimasukan ke dalam akaun berasingan terlebih dahulu )
Perbelanjaan = RM2500 ( berlanja berdasarkan apa yang ada dan belanja dengan cermat )

Walau bagaimanpun, sebilangan besar orang tidak mengikut formula ini, mereke ikut formula
pendapatan - perbelanjaan = simpanan
Ini bermaksud mereka akan belanja dulu dan sekiranya ada baki barulah menyimpan. Dengan cara ini, tidak mungkin seorang itu boleh membuat sebarang simpanan.

Dengan pinjaman yang banyak, hutang yang tinggi dan tiada simpanan , apakah keadaan kedudukan kewangan seseorang itu ? Ramai orang yang tidak sedar akan keadaan mereka ini, mereka hidup dalam keadaan risiko yang amat tinggi. Mereka kekurangan kesedaran tentang kesan kesan buruk yang boleh menimpa mereka sekiranya sesuatu bencana berlaku. Apakah bencana yang boleh membawa kesan itu?

1) kematian dan kecacatan kekal ( ini akan menyebabkan sumber pendapatan keluarga terhenti sama sekali)
2) masalah kesihatan yang serious ( boleh menyebabkan kehilangan kerja dan seterusnya kehilangan pendapatan)

Melalui cara penilaian aset dan liabiliti, seseorang individu boleh mengetahui beberapa perkara yang amat penting seperti berikut :

1) kedudukan kewangan samada +ve atau -ve
2) jumlah liabiliti / beban samada berada di tahap yang tinggi, sederhana atau rendah
3) tabung kecemasan dalam bentuk cash yang sedia ada

Dalam penilaian ini, kita akan mengkaji aspek aspek seperti pinjaman rumah , pinjaman kereta, pinjaman peribadi, hutang kad kredit, tabung kecemasan seperti bank, ASB,unit trust, kwsp, tabung insuran. Kita juga akan kaji apakah program pengurusan yang sedia ada dan memahami pendapatan seseorang individu. Berdasarkan kesemua maklumat dan kajian itu, maka kita boleh buat satu rumusan mengenai keadaan risiko sesorang itu.

Selepas memahami keadaan risiko, maka terpulanglah kepada sesorang itu samada untuk menerima  atau mengelakkan diri dari menghadapai risiko itu . Sekiranya seseorang itu memahami dan menerima keadaan risiko beliau, langkah seterusnya ialah mencari penyelesaian. Cara penyelesaian yang paling berkesan ialah melalui produk takaful kerana cara ini adalah cara yang paling
1) cepat
2) mudah
3) murah
untuk menubuhkan satu tabung kecemasan cash sekiranya bencana berlaku dengan tiba tiba.

Dengan menyimpan RM100 sebulan ( bergantung kepada umur) , seseorang boleh tubuhkan tabung RM100,000 dalam masa beberapa hari. Dalam hal ini, persoalannya utama ialah adakah anda rela dan sanggup mencarum RM100 sebulan demi kasih sayang untuk keluarga anda?  Sebagai seorang ibubapa yang bertanggungjawap, anda tidak seharusnya meninggalkan masalah atau kesusahan kepada ahli keluarga anda sekiranya bencana berlaku kepada anda. Bukankah ini ajaran dalam kitab al quran untuk mereka yang berugama islam?

Jadi memahami risiko dan belajar ilmu pengurusan risiko adalah sangat penting untuk setiap individu. Ketidaksedaran ini telah menyebabkan ramai orang hidup dalam satu keadaan risiko yang amat tinggi dan bahaya. Ambil inisiatif hari ini untuk belajar penilaian aset dan liabiliti dan memahami tahap risiko anda.
Terima  kasih.













 








No comments:

Post a Comment