Wednesday, 17 July 2013

Kisah kisah benar

Semenjak menceburi bisnes takaful / insuran 18 tahun yang lepas, memang banyak peristiwa peristiwa yang saya alami . Kesemua kisah kisah benar yang berlaku memang memberi banyak kesedaran dan pengajaran  kepada saya sebagai seorang konsultan takaful . Daripada peristiwa peristiwa inilah saya dapat memahami bertapa pentingnya kerja saya sebagai seorang konsultan takaful .

Disini saya akan berkongsi beberapa kisah kisah benar yang berlaku sepanjang masa 18 tahun  menceburi bines takaful .

Kisah benar 1
Pada tahun 2001 bulan oktober , saya diperkenalkan kepada seorang prospek yang bernama Alan oleh seorang klien saya. Saya sebenarnya tidak kenal Alan dan seperti biasa saya membuat temu janji yang pertama untuk berjumpa dengan Alan . Saya masih ingat pada ketika itu temu janji kita adalah di submit USJ . Pada saat pertama saya berjumpa Alan , beliau telah terang terang memberitahu saya bahawa beliau tidak percaya insuran . Ramai agen insuran telah berjumpa dengan beliau ,namun begitu beliau masih tidak memasuki apa apa polisi insuran.

Dalam keadaan ini , saya cukup percaya ramai insuran agen akan merasa lemah semangat selepas  mendengar apa yang Alan cakap . Walaupun demikian , saya tetap positif dan pegang kepada prinsip saya iaitu menjalankan tugas saya sebagai seorang konsultan insuran . Tugas utama saya ialah memberi nasihat kepada Alan tentang kepentingan insuran dan saya tidak mahu memikirkan sama ada Alan hendak memasuki insuran atau tidak . Saya memberitahu Alan bahawa saya cuma mahu berkongsi maklumat berkenaan dengan insuran dan segala keputusan  adalah terpulang kepada beliau.

Selepas membuat presentasi , Alan tertarik dengan apa yang saya bentangkan kepada beliau dan beliau terus membuat keputusan untuk memasuki satu polisi penyakit kronik . Beliau membayar premium sebanyak
RM1350 setahun dengan tabung perlindungan sebanyak RM30,000. Saya begitu gembira dan terus membantu beliau membuat permohonan . Selepas satu minggu, permohonan beliau telah diluluskan oleh syarikat insuran .

Pada suatu hari saya tiba tiba mendapat satu panggilan dari Alan , ketika itu ialah februari 2002. Alan memberitahu saya bahawa beliau telah mendapat penyakit kanser hidung . Saya memang terkejut mendengar berita itu dan saya pada ketika itu memang tidak begitu percaya dengan berita itu .
Setahu saya , beliau begitu sihat dan beliau beritahu saya bahawa beliau tidak pernah ada apa apa penyakit.
Selepas Alan membuat 2 kali pemeriksaan doktor , maka beliau memang disahkan menghidap kanser hidung dan beliau terpaksa membuat rawatan chemoterapi . Sebagai konsultan insuran Alan , saya terpaksa menjalankan tugas saya untuk menolong alan membuat tuntutan insuran .

Seperti yang kita maklum , polisi Alan cuma berkuat kuasa selama lebih kurang 3 bulan lebih sahaja . Seperti biasa , syarikat insuran membuat siasatan untuk memastikan bahawa Alan tidak menipu syarikat insuran . Ini lah prosedur biasa oleh syarikat insuran untuk polisi yang mempuyai tempoh kuat kuasa yang singkat . Selepas habis siasatan , terbukti Alan tidak mempunyai sebarang rekod di mana mana klinik atau hospital . Ini bermaksud Alan sememangnya tidak mengetahui bahawa beliau ada penyakit kanser sebelum beliau memasuki polisi tersebut.

Akhirnya syarikat insuran membayar Alan sebanyak RM30,000 , Alan begitu terharu dan gembira mendapat tuntutan duit insuran tersebut .Beliau berterima kasih kepada saya kerana mendidik beliau tentang kepentingan insuran . Duit RM30,000 beliau gunakan untuk membuat rawatan . Selepas itu , Alan mengajak saya ke rumah beliau dan beliau memperkenalkan saya kepada isteri beliau . Alan juga membuat keputusan memasuki insuran untuk kesemua ahli keluarganya.

Kes Alan adalah kes tuntutan insuran yang pertama bagi saya. Saya begitu gembira dan bangga kerana saya dapat memberi bantuan kepada Alan . Dari saat itu lah , saya memang yakin dan percaya tentang produk insuran / takaful . Saya bertekad akan terus memberitahu orang ramai tentang kepentingan produk insuran / takaful walaupun saya banyak mendapat jawapan TIDAK apabila saya menyuruh orang mempertimbangkan
memasuki sesuatu polisi .

Kisah benar 2.
Kisah benar ini berlaku pada tahun 2006 . Saya mempunyai seorang klien yang memasuki polisi insuran dengan saya sejak tahun 1995 . Kita memang menjadi kawan yang baik dan kawan saya ini bernama cik som. Saya menziarahi beliau 3 bulan sekali  untuk mengutip premium insuran beliau . Setahu saya beliau memang sihat dan tidak mengalami apa apa penyakit .

Pada suatu hari , saya menerima satu panggilan bahawa beliau telah meninggal dunia dengan tiba tiba . Saya terperanjat dengan berita itu . Ceritanya ialah beliau tiba tiba pengsan ketika sedang bermain net ball di pejabat selepas kerja. Beliau dikejarkan ke hospital tetapi  telah meninggal dunia dalam perjalanan. Sebab kematian beliau ialah sakit jantung .

Cik som memberi polisi untuk beliau dan juga polisi pendidikan untuk anak anaknya. Seperti biasa, saya pun membuat tuntutan insuran untuk beliau . Keluarga beliau mendapat tuntutan sebanyak RM15,000 kerana beliau memasuki satu polisi yang agak kecil. Walaupun hanya RM15,000 , tetapi saya rasa duit tersebut cukup bermakna untuk keluarganya. Selain daripada itu , polisi pendidikan anak anak nya sudah jadi foc ( free ). Itu bermaksud premium polisi polisi tersebut sudah tidak perlu dibayar lagi  . Anak anak beliau akan mendapat duit untuk melanjutkan pelajaran ke universiti satu hari nanti .

Saya memang sedih kehilangan seorang kawan yang cukup baik ketika itu . Walaupun demikian , saya berasa bangga kerana dapat memberi sumbangan saya kepada keluarga beliau. Saya tertanya tanya kerja apakah yang kita boleh membantu orang selain dari kerja sebagai seorang konsultan takaful / insuran . Saya memang percaya bahawa kerja / bisnes saya ini memang membawa makna yang amat besar dan peristiwa peristiwa inilah yang terus mendorong saya meneruskan perjalanan saya di bidang ini .

Sebenarnya , ada banyak lagi kisah kisah benar yang tidak sempat saya berkongsi di sini sepanjang 18 tahun menceburi bisnes ini . Sebagai kesimpulan , saya berharap untuk orang yang bakal atau yang sudah menceburi bisnes takaful , gunakan  kisah kisah benar tadi sebagai faktor pendorong dan jangan sekali sekali putus asa apabila menghadapi sesuatu cabaran . Bisnes takaful sememang satu bisnes yang amat mulia dan bermakna dan jangan sekali sekali memandang rendah terhadap bisnes / kerjaya ini . Bisnes ini bukan setakat dapat mengubah hidup kita bahkan ia adalah satu satunya bisnes yang boleh menyelamatkan ramai orang atau keluarga dari terjerumus ke dalam krisis kewangan apabila sesuatu malapetaka berlaku .












No comments:

Post a Comment