Seperti yang kita sedia maklum , masih ramai masyarakat kita yang kurang memahami menafaat produk takaful dan kepentingan perancangan kewangan melalui produk takaful . Ramai yang lebih gemar meletakan duit mereka di dalam bank atau melabur duit di ASB dan sebagainya. Mereka masih berpendapat bahawa
produk takaful semata mata untuk simpanan sahaja dan selagi mereka ada membuat simpanan dalam bank atau ASB ,maka tidak perlulah untuk mereka membuka lagi satu akaun takaful .
Dalam tempoh 18 tahun di bidang bisnes takaful , saya memang mendapat banyak jawapan sebegini dari orang orang yang kurang memahami kepentingan produk produk takaful . Disini saya ingin berkongsi pengetahuan saya berkenaan dengan kepentingan produk takaful .
Untuk makluman kalian , setiap orang mesti mempunyai sekurang kurangnya 3 jenis akaun iaitu
1) Akaun simpanan bank
2) Akaun perlaburan ASB
3) Akaun takaful
Jika kita meninjau secara teliti , kita akan dapati bahawa ketiga tiga akaun tersebut mempunyai tujuan yang berlainan . Sekarang marilah kita mengaji peranan setiap akaun yang disebutkan tadi .
1) Akaun simpanan bank , akaun ini semestinya dipunyai oleh setiap orang melainkan orang yang muflis . walaupun nama akaun ini akaun simpanan , saya berpendapat bahawa akaun ini cuma satu tempat yang lebih selamat untuk seseorang itu meletakan duitnya . Akaun simpanan memang bukannya satu cara dimana seseorang itu boleh menyimpan duit untuk masa depan atau masa kecemasan . Inilah adalah kerana seseorang itu boleh mengeluarkan duit dengan senang melalui kad ATM , dan ramai orang pula yang tidak mempunyai displin yang kuat untuk memastikan bahawa duit masuk dan tidak dikeluarkan dengan sewenang wenangnya. Untuk mereka yang cukup berdisplin , akaun simpanan adalah satu cara mereka menyimpan duit untuk kecemasan yang kecil. Duit simpanan ini juga amat sedikit kerana gaji sebahagian besar masyarakat yang makan gaji amat terhad dan perbelanjaan keluarga yang sangat tinggi bahkan saya dapati ramai yang tidak mempumyai simpanan langsung.
2) Akaun perlaburan ASB , akaun ini bolehlah dianggap sebagai satu akaun dimana seseorang itu boleh melabur untuk masa depannya . Pelaburan ini boleh dilakukan untuk tujuan tujuan seperti untuk tabung pendidikan anak anak atau persaraan . Cara ini adalah cara baik menabung untuk masa depan dengan syarat seseorang itu mempunyai displin yang kuat kerana seseorang itu masih boleh mengeluarkan duit perlaburan mereka bila bila masa. Walau bagaimana pun , duit perlaburan dalam ASB amatlah sedikit dikalangan masyarakat atas sebab yang sama iaitu gaji yang terhad dan perbelajaan yang tinggi sehinggakan ramai yang tidak langsung mempunyai ASB.
3) Akaun takaful . Dsini kita akan meninjau kegunaan dan kepentingan akaun takaful . Seperti yang kita sedia maklum , setiap manusia terdedah kepada banyak risiko risiko tertentu seperti kemalangan , penyakit yang boleh menyebabkan seseorang atau sesebuah keluarga kehilangan sumber pendapatan . Disamping itu seseorang itu juga akan mengalami masalah krisis kewangan jika beliau dilanda penyakit yang memerlukan kos rawatan yang amat tinggi . Setengah setengah penyakit tersebut boleh menyebabkan seseorang itu terpaksa berhenti kerja untuk terus mendapat rawatan . Ini memang akan membawa bencana krisis kewangan .
Mengikut undang undang buruh di negara kita, jikalau sesorang itu mengambil cuti sakit dalam tempoh 6 bulan pertama, beliau masih dibayar gaji penuh . Jika beliau terus mengambil cuti sakit untuk tempoh 6 bulan yang seterusnya , beliau akan dianggap sebagai cuti tanpa gaji. Sekiranya penyakit itu memaksa seseorang itu mengambil cuti sakit melebihi 12 bulan , pihak majikan memang berhak untuk memecat seseorang itu atas sebab sebab kesihatan . Ini merupakan satu lagi keadaan yang boleh mendatangkan krisis kewangan .
Disebabkan oleh risiko risiko yang dibincangkan tadi , maka jelaslah bahawa setiap orang seharusnya membuat persediaan sekiranya malapetaka yang tidak diingini berlaku . Kos kemasukan hospital yang begitu tinggi dan kesesakan hospital kerajaan menyebabkan setiap orang mesti mempunyai polisi takaful perubatan .Polisi perubatan akan menolong kita menjelaskan bil hospital atau mewujudkan satu tabung penyakit kronik yang boleh membekalkan duit untuk rawatan atau kegunaan harian sekiranya seseorang yang menghidap penyakit kronik itu terpaksa berhenti kerja atau dipecat . Bagaimana pula jika seseorang itu tiba tiba meninggal , apa akan terjadi kepada keluarganya ? Polisi takaful akan menyumbangkan satu tabung supaya keluarga si mati dapat meneruskan kehidupan mereka .
Dalam keadaan dimana sesuatu malapetaka berlaku kepada seseorang itu , tanpa akaun takaful adakah beliau dapat bergantung kepada akaun bank atau akaun ASB ? Jawapannya tetap TIDAK kerana sebahagian besar masyarakat kita tidak mempunyai duit simpanan yang banyak . Ini menunjukan bahawa akaun takaful adalah satu akaun yang amat penting dan harus dimiliki oleh setiap orang . Polisi takaful inilah yang akan mewujudkan tabung perlindungan untuk kecemasan besar seperti yang dibincangkan tadi .
kesimpulannya ialah polisi takaful memang mempunyai manfaat yang amat besar dan perancangan melalui produk takaful seharusnya dilakukan oleh semua lapisan masyarakat . Sebagai seorang konsultan pengurusan risiko , saya sememangnya mengalakkan setiap orang memiliki sekurang kurangnya satu polisi takaful yang komprehensif dan membuat penambahan tabung dari semasa ke semasa.
Terima kasih
No comments:
Post a Comment