Saturday, 20 July 2013

Keputusan atas tangan sendiri

Sepanjang hidup , kita selalu terlibat dengan satu perkara yang tidak boleh dielakkan . Perkara itu ialah membuat sesuatu keputusan . Membuat sesuatu keputusan adalah sangat penting tidak kira samada keputusan itu besar atau kecil. Dalam hidup saya , membuat keputusan untuk menceburi bisnes takaful memang adalah satu keputusan yang besar dan berat.

Pada tahun 1995 bila saya membuat keputusan untuk meninggallan Sony , saya memang amat jelas dan yakin terhadap keputusan yang saya buat pada ketika itu . Tetapi dalam tempoh 18 tahun , saya juga terlibat dalam proses menolong ramai orang untuk membuat keputusan terutama sekali keputusan untuk menceburi bisnes takaful . Dari penglibatan saya dalam proses membuat keputusan , saya dapati ramai orang memang mempunyai minda yang kurang yakin apabila mereka terpaksa membuat sesuatu keputusan .

Balik kepada bidang bisnes takaful , membuat keputusan untuk menceburi bisnes ini memang adalah satu perkara yang agak berat . Ramai orang selalu teragak agak dan kurang yakin untuk membuat keputusan kerana  mereka risau mereka akan membuat satu kesilapan besar .

Dalam bisnes takaful , perkara pertama yang saya buat ialah memberi taklimat bisnes kepada prospek yang berminat untuk mengetahui bisnes ini . Dalam taklimat tersebut, keterangan yang jelas akan dilakukan agar prospek 100% memahami struktur bisnes and bagaimana untuk menjayakan bisnes ini . Selepas taklimat , prospek akan diberi masa untuk membuat keputusan . Inilah masa yang paling mencabar sebab kebanyakan orang akan merasa berat untuk membuat keputusan dengan cepat , mereka akan melengah lengahkan keputusan mereka dengan alasan alasan bahawa mereka perlukan lebih banyak masa .

Dari pengalaman saya sepanjang 18 tahun , sebenarnya mereka ini cuma memberi alasan kerana mereka kurang yakin dengan diri sendiri .Mereka risau bahawa mereka akan membuat satu keputusan yang salah . Satu lagi kesalahan yang biasa mereka lakukan ialah meminta pandangan dari orang orang yang tidak langsung mempunyai pengetahuan mengenai bisnes ini seperti ibubapa , kawan kawan , saudara mara dan sebagainya.

Dalam kes sedemikian , pendapat yang didapati adalah pendapat yang bersifat negatif . Orang yang tidak mempuyai sebarang pengetahuan atau tidak pakar dalam bisnes takaful kebiasaannya akan memberi nasihat supaya jangan mengambil risiko bisnes . Bagi seorang yang kurang yakin dan apabila dia mendapat nasihat sedemikian , dia akan merasa lega kerana beliau berpendapat bahawa ramai orang sependapat dengan beliau . Akhirnya beliau akan membuat keputusan tidak menceburi bisnes ini .Ini adalah perkara yang amat pelik dan tidak logik kerana mereka ini lebih mempercayai orang yang tidak berpengetahuan daripada orang yang pakar dalam bisnes ini .

Sebaliknya , orang yang membuat keputusan sendiri dan yakin dengan keputusan beliau akan berjaya dalam bisnes ini . Saya sememangnya banyak berkenalan dengan orang yang berada di dalam golongan ini . Golongan orang ini pantas dalam membuat keputusan ,mereka amat yakin dan jelas mengenai apa yang mereka mahu dalam hidup mereka. Mereka berani membuat keputusan dan mereka cuma meminta nasihat dan pandangan dari orang yang pakar dan orang yang berjaya dalam bisnes ini .

Semasa saya membuat keputusan untuk meninggalkan Sony , ibubapa saya juga tidak memberi sokongan kepada saya . Mereka menyuruh saya supaya tidak menceburi bisnes takaful kerana mereka khuatir saya akan gagal dalam bisnes ini . Saya tidak menyalahkan ibubapa saya kerana mereka tidak langsung mengetahui  bisnes ini , mereka juga makan gaji seperti ibubapa ibubapa yang lain . Pendapat saya ialah saya tidak boleh mendapat nasihat dari orang yang tidak pakar dalam bisnes ini walaupun mereka adalah orang yang paling rapat dengan saya . 

Kesimpulannya ialah kita mesti bijak melakukan perkara perkara yang betul dan jitu dalam proses membuat sesuatu keputusan . Jangan sekali sekali kita lakukan kesalahan yang biasanya dilakukan oleh kebanyakan orang . Kita seharusnya sedar bahawa sebarang keputusan adalah di atas tangan kita sendiri . Keputusan kitalah yang akan menentukan masa depan kita.
Terima Kasih

















No comments:

Post a Comment