Nak cepat kaya? Siapa tak nak. Ramai orang terjerumus dalam skim cepat kaya kerana tamak nak kaya cepat. Saya juga banyak dengar MLM bisnes yang mengatakan bahawa bisnes mereka sangat senang dan tak perlu kerja kuat pun boleh jadi kaya. Inilah yang menyebabkan ramai orang terjerumus dalam skim cepat kaya atau MLM. Konsep boleh kaya cepat, tak perlu kerja kuat adalah satu konsep yang amat salah tetapi ramai orang yang tertarik dengan idea begini. Dalam dunia ini, tak ada benda yang boleh didapati dengan percuma tanpa usaha. Segala kejayaan memerlukan usaha gigih.
Untuk bisnes takaful, saya lebih suka memangginya skim pasti kaya. Ramai yang menanyakan saya samada bisnes takaful ini satu bisnes yang senang. Pada pendapat saya, soalan yang lebih tepat ialah bisnes ini berbaloi atau tidak? Ini jelas menunjukkan bahawa orang memilih sesuatu bisnes berdasarkan samada bisnes itu senang untuk jadi kaya, golongan mereka ini sememangnya golongan yang masih percaya bahawa mereka masih boleh mengecapai kekayaan dan kejayaan tanpa sebarang usaha.
Dalam apa sekali pun bisnes yang kita ceburi, tetap ada masa atau tempoh tertentu yang harus kita gigih usaha sebelum kita boleh nampak hasil . Bah kata orang, tanam durian pun kena tunggu 5 tahun supaya pokok durian itu mula berbuah. Tak ada bisnes dalam dunia ini dimana kita akan nampak pulangan dalam masa yang singkat. Berkenaan dengan bisnes takaful , bisnes plan yang saya amalkan jelas menunjukkan bahawa setiap orang harus berusaha dengan gigih untuk tempoh di antara 3-5 tahun, dan ada juga yang terpaksa bertahan sehingga 5-10 tahun untuk memajukan bisnes ini ke satu tahap yang tinggi dan kukuh.
Dengan sistem yang baik dan gigih berusaha, mudah mudahan seseorang itu boleh nampak pulangan yang amat menarik dalam tempoh 5 tahun terutama sekali tentang pendapatan pasif yang saya sebutkan dalam bab saya yang lain. Tujuan utama saya menceburi bisnes takaful adalah untuk mencapai pendapatan pasif. Dalam alam makan gaji, pendapatan itu kita panggil pendapatan aktif. Pendapatan aktif memerlukan anda sentiasa bekerja demi untuk mendapat pendapatan. Sekiranya anda tidak dapat atau tidak boleh lagi bekerja, maka pendapatan akan berhenti sama sekali.
Takaful bisnes bukan skim cepat kaya tetapi is memang satu skim pasti kaya. Selagi seseorang itu mengikuti semua bengkel, kursus dan kelas latihan serta melaksakan aktiviti harian dengan cukup displin dan penuh dedikasi, saya pasti tiada sebab mereka tidak boleh berjaya. Gigih berusaha adalah satu kemestian dalam bisnes takaful. Disamping itu, mereka juga harus mempunyai sikap positif dan bersabar dengan cabaran bisnes. Ketahanan mental yang kuat wajib supaya tidak mudah putus asa. Banyak ilmu yang harus di pelajari untuk menjadi seorang usahawan takaful yang berkewibaan tinggi.
Selepas menceburi bisnes ini selama 18 tahun, saya memang yakin bahawa bisnes ini satu bisnes yang amat berbaloi. Tambahan lagi dengan produk yang penuh dengan kasih sayang, bisnes ini sememangnya satu bisnes yang amat bermakna. Saya selalu bangga dengan peranan saya sebagai seorang takaful konsultan kerana melalui produk kita, kita dapat memberi harapan kepada klien kita. Untuk anda yang ingin menceburi bisnes, ingati nasihat saya bahawa tiada skim dalam dunia ini yang boleh membuat anda jadi kaya sekelip mata tanpa usaha. Sekiranya anda ingin menjadi seorang usahawan tetapi tidak mempunyai modal, pertimbangkan bisnes takaful kerana bisnes ini :
1) Tidak perlukan modal
2) Cuma perlukan sijil SPM
3) Tiada risiko
4) Bengkel dan kursus percuma
5) Bimbingan dari guru yang berpengalaman
dan macam macam manfaat lain .( baca topik: Bisnes takaful satu bisnes fantastik )
Tapi yang penting sekali ialah ia adalah satu skim pasti kaya yang boleh menolong anda mencapai segala hasrat dan impian anda. Sekiranya anda hanya berkelulusan SPM, ambil peluang dan kesempatan ini untuk mengubah hidup anda hari ini. Untuk anda yang masih makan gaji, tingkatkan kesedaran anda tentang perlunya menceburi bisnes demi masa depan anda dan keluarga anda.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment