Apabila kita sebut saja mengenai bisnes, perkara pertama yang akan wujud dalam otak kita ialah kebebasan masa dan kewangan. Memang tidak boleh dinafikan bahawa bisnes berkait rapat dengan kebebasan masa dan kewangan. Apabila saya menceburi bisnes takaful pada tahun 1995, kedua kedua eleman tadi menjadi menjadi faktor pendorong utama. Saya memang menyukai kebebaan masa dan kewangan kerana semasa bekerja di Sony, masa saya memang terkongkong tanpa sebarang kebebasan. Saya dikehendaki balik ke pejabat bila bila masa saya diperlukan siang, malam atau pada hari cuti. Keadaan inilah yang menyebabkan saya mencari peluang untuk mengubah hidup dan akhirnya saya diperkenalkan kepada bisnes takaful. Bisnes takaful memanglah pilihan terbaik untuk saya kerana bisnes ini memang boleh menjana pendapatan yang tinggi dan memberi kita kebebasan masa.
Mengenai kebebasan masa, walaupun ini satu perkara yang amat menarik perhatian tetapi ramai yang tidak memahami betul betul apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan masa. Mereka anggap kebebasan masa itu satu kebebasan yang membolehkan mereka untuk melakukan apa sahaja yang mereka suka. Ketidak sedaran ini menyebabkan mereka tidak melakukan aktiviti yang sepatutnya mereka lakukan untuk bisnes. Akibatnya bisnes mereka tidak maju seperti yang mereka harapkan dan ramai pulak yang meninggalkan bisnes ini. Alasannya ialah bisnes ini susah dan tidak sesuai untuk mereka.
Dalam bab ini, saya ingin memberi penjelasan mengenai apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kebebasan masa. Dalam bisnes takaful, saya sememangnya telah disalurkan dengan satu kesedaran iaitu kebebasan masa boleh menjadi kawan baik atau musuh yang paling teruk. Ini bermaksud bahawa sekiranya kita menggunakan kebebasan masa dengan produktif untuk bisnes, ia akan menolong memajukan bisnes kita. Sebaliknya sekiranya kita menyalahgunakan kebebasan masa untuk aktiviti lain yang tidak ada kaitan dengan bisnes , maka bisnes akan terganggu.
Pada peringkat pemulaan bisnes, saya sudah mengetahui kepentingan menggunakan masa dengan produktif. Saya menanamkan tabiat bekerja yang sihat dan displin yang baik. Saya mengetahui bahawa selagi bisnes saya belum lagi sampai ke takat yang maju, saya tidak berhak untuk menyalahgunakan kebebasan masa saya. Pada pendapat saya, kebebasan masa adalah untuk golongan usahawan dimana bisnes mereka sudah maju. Dengan adanya kesedaran ini, saya menggunakan masa dengan sebaik baiknya setiap hari. Saya masuk ke pejabat setiap hari seperti masa saya makan gaji tanpa sebarang alasan. Walaupun ketua saya tidak mewajibkan saya masuk ke pejabat setiap hari, saya tetap melakukannya kerana saya hendak menanamkan satu tabiat yang baik dari pemulaan. Sebaliknya ramai konsultan baru yang buat bisnes secara fulltime tidak berbuat demikian, mereka tidak pergi ke pejabat dan tidak melakukan aktiviti harian. Mereka ingat mereka boleh menikmati kebebasan masa itu tanpa menyedari bahawa bisnes mereka akan terganggu kerana kekurangan aktiviti bisnes samada aktiviti pemasaran atau aktiviti buka cawangan.
Tambahan lagi, ramai pulak yang tidak menghadiri kelas latihan atau meeting dengan konsisten. Mereka kurang bergaul dengan pengurus atau rakan rakan untuk mempelajari dari mereka yang sudah berjaya. Tabiat begini bila lama amat sukar untuk diperbetulkan dan bisnes mereka semakin hari semakin merosot. Seperti yang saya sebutkan tadi, kebebasan masa boleh menjadi musuh kita yang paling teruk jikalau ia tidak digunakan dengan sebetul betulnya. 18 tahun dalam bisnes takaful, saya memang melihat ramai konsultan konsultan baru terjerumus dalam perangkap ini. Sebagai seorang usahawan dan seorang ketua dalam syarikat saya, saya sememangnya memberi kebebasan kepada konsultan konsultan saya untuk melakukan kerja kerja mereka dengan bebas. Saya tidak mahu mengongkong masa dan memaksa mereka melakukan aktiviti seperti orang yang makan gaji. Namun demikian, saya tetap memberi kesedaran kepada mereka bahawa kejayaan mereka dalam bisnes amatlah bergantung kepada kepandaian menggunakan masa dengan sebaik baiknya.
Ingat ! kebebasan masa hanya untuk mereka yang sudah berjaya. Untuk mereka yang baru menceburi bisnes tak kira yang parttime atau fulltime, amalkan motto ESSO(every saturday sunday on). Bekerja dengan gigh dan jangan sekali sekali membuang masa dengan aktiviti aktiviti yang tidak ada kaitan langsung dengan bisnes. Untuk golongan kaum wanita, jangan gunakan masa bisnes untuk buat kerja kerja rumah dan sebagainya. Masa setiap hari harus digunakan untuk aktiviti bisnes, menghadiri meeting atau kelas, berkomunikasi dengan ketua selalu dan membuat perancangan harian. Pada peringkat pemulaan, seorang konsultan baru haruslah berkorban tetapi segala pengorbanan itu memang berbaloi. Falsafah saya dalam bisnes ini lalah usaha kuat untuk 3-5 tahun, senang senang seumur hidup. Bukankah ini satu manfaat yang amat menarik?
Dalam bisnes, tumpuan kita ialah menjana pendapatan pasif melalui cawangan. Apabila seseorang konsultan sudah mempunyai bilangan cawangan tertentu, maka pendapatan pasif akan terjana dan masa itulah beliau boleh menikmati apa yang dinamakan kebebasan masa. Oleh itu, setiap konsultan takaful baru harus menyedari bahawa kebebasan masa bukan sesuatu yang boleh dinikmati sebarangan terutama sekali apabila mereka masih di peringkat awal bisnes. Mereka seharusnya fokus untuk menjana pendapatan pasif dan itu memakan masa lebih kurang 2-3tahun. Banyak pembelajaran harus dibuat pada peringkat pemulaan dan bisnes ini harus dilakukan dengan 100% tenaga. Oleh kerana itu, masa haruslah digunakan dengan baik sekali supaya bisnes boleh maju dengan cepat. Lagi gigih mereka berusaha pada pemulaan, lagi cepat
mereka boleh mencapai kebebasan masa yang diharap harapkan.
Akhir kata untuk konsultan konsultan yang baru , fahamilah erti kebebasan masa supaya bisnes anda boleh berkembang maju. Pelajarilah dari kesilapan orang lain supaya anda boleh mencapai kebebasan masa dan kehidupan yang selesa dalam tempoh masa yang paling singkat.
Terima kasih.
Terima kasih encik sia....banyak manfaat membaca blog encik ini..
ReplyDelete