Dalam bab lain yang bertajuk pecaya dahulu capai kemudian jelas menunjukkan bahawa kepercayaan adalah elemen yang sangat penting dalam mencapai sesuatu kejayaan di dalam apa sekali pun bidang yang kita ceburi. Mereka yang kurang yakin diri memang sukar sekali untuk terus berjuang dan mudah putus asa sebaik sahaja berdepan dengan cabaran atau masalah.
Walaupun kepercayaan penting dalam pencapaian kejayaan,namun ramai orang masih tidak dapat memupuk kepercayaan yang secukupnya dalam usaha mereka untuk mencapai sesuatu kejayaan. Mereka tidak mempunyai idea untuk mempelajari teknik teknik memupuk kercayaan, ini menyebabkan mereka mempunyai keyakinan yang amat rendah dan selalu memerlukan motivasi dari orang lain. Ini diibaratkan badan kita yang tidak mempunyai imunisasi semulajadi dan selalu memerlukan suntikan ubat .
Semenjak menceburi bisnes takaful 18 tahun yang lalu,saya memang dapat melihat ramai yang kurang yakin dengan diri mereka sendiri. Mereka kekurangan kepercayaan bahawa mereka boleh mencapai sesuatu kejayaan. Sebagai seorang juru latih dalam bisnes ini, tugas utama saya ialah memberi tunjuk ajar kepada mereka cara cara untuk memupuk kepercayaan demi mencapai kejayaan.
Berikut adalah beberapa cara yang murah dan mudah untuk memupuk sesuatu kepercayaan:
1) Pergaulan. Pergaulan adalah cara yang paling asas dan mujarab untuk memupuk kepercayaan. Semasa
menceburi bisnes ini, saya selalu bergaul dengan usahawan yang berjaya dalam bisnes takaful. Dari pergau-lan saya dengan mereka , faedah paling asas yang saya pelajari ialah minda bisnes. Saya belajar bagaimana
untuk memupuk minda bisnes dan berkelakuan sebagai seorang usahawan. Satu lagi menafaat ialah men-
dapat energi positif dari orang yang berjaya. Ini satu perkara yang abstrak tetapi satu perkara yang amat penting. Disamping itu, dengan pergaulan ini saya dapat menukar pemikiran saya dengan cepat dari seorang yang befikir makan gaji menjadi seorang yang berfikiran bisnes. Ini memberi saya lebih keyakinan untuk meneruskan perjuangan saya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pergaulan dengan usahawan telah mencepatkan proses saya mencapai kejayaan, saya juga mendapat tunjuk ajar dan nasihat dan yang penting ialah ia adalah percuma. Pada hari ini konsultan konsultan saya yang selalu bergaul dengan saya akan mendapat banyak tips, tunjuk ajar dan inspirasi dari saya.
2) Menghadiri kelas/seminar. Ini lah satu lagi cara yang amat baik untuk memupuk kepercayaan. Sejak mula , saya memang rajin menghadiri kelas mingguan yang diadakan oleh ketua atau pengurus saya pada ketika itu. Saya mendapat banyak motivasi, inspirasi dan tips semasa menghadiri kelas. Saya juga dapat belajar dari kawan kawan saya yang lain supaya saya tidak melakukan kesalahan yang mereka lakukan. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari kebolehan kawan kawan saya supaya saya boleh meningkatkan kecekapan saya dalam aspek memasarkan produk takaful dan skil membuka cawangan. Kelas adalah di ibaratkan sebagai klinik yang berfungsi mengubati konsultan konsultan yang dijangkit virus semasa melakukan aktiviti bisnes mereka. Konsultan konsultan yang menghadapi cabaran akan mengalami keturunan motivasi dan semangat dan penyakit begini kalau tidak diubati akan membawa kesan kesan buruk. Walau bagaimana pun,saya masih mendapati banyak konsultan memilih cara mengasingkan diri mereka dengan tidak menghadiri kelas apabila bisnes mereka kurang baik. Mereka rasa malu untuk berdepan dengan kawan kawan lain yang mempunyai prestasi yang lebih baik. Tindakan ini adalah tindakan yang kurang bijak kerana ia bukan sahaja tidak dapat membantu bahkan akan menurunkan kepercayaan seseorang itu. Akhirnya mereka ini akan putus asa dan meninggalkan bisnes ini .
Selain daripada itu, menghadiri seminar juga membawa kesan kesan yang amat baik. Melalui seminar saya memang mendapat banyak inspirasi. Dari testimoni yang diberikan oleh usahawan yang berjaya, saya dapat memupuk kepercayaan ke tahap yang lebih tinggi kerana saya menjadikan mereka ini sebagai idol saya. Saya ingin mengikuti jejak dan sukses mereka. Dengan inspirasi ini, saya dapat menandingi segala gala cabaran yang saya alami dalam bisnes saya. Selepas 18 tahun, saya tetap terus menghadiri kelas setiap minggu dan seminar supaya semangat dan kepercayaan saya boleh berada di tahap yang paling tinggi setiap hari.
3) Membaca buku. Tabiat membaca amatlah penting untuk kita terus meningkatkan ilmu kita di bidang bisnes takaful. Saya menanamkan tabiat membaca dan dapat mempelajari banyak ilmu dari usahawan yang
yang berjaya. Hari ini, saya juga dapat banyak ilmu dari internet dan saya meluangkan banyak masa melayari internet kerana banyak maklumat maklumat terkini yang boleh saya dapati. Walaupun demikian, saya dapati ramai konsultan konsultan yang kurang membaca dan langsung tidak minat membaca. Dari tinjauan saya, peluang mencapai kejayaan bagi mereka yang tidak suka membaca adalah rendah berbanding dengan mereka yang memang suka membaca meningkatkan ilmu. Saya nasihat agar semua konsultan yang baru menceburi bisnes ini menanamkan tabiat membaca kerana tabiat ini boleh mencepatkan proses pencapaian kejayaan.
4) Melakukan aktiviti harian. Melakukan aktiviti harian adalah satu lagi cara berkesan untuk memupuk kepercayaan diri. Dari apa yang kita pelajari di dalam kelas , kita seharusnya mempraktikan apa yang kita belajar. Dari aktiviti kita yang banyak setiap hari, kita dapat meningkatkan tahap kemahiran pemasaran
produk takaful dan skil buka cawangan. Saya belajar dari seorang guru saya yang menyatakan bahawa melakukan aktiviti dengan banyak dan konsisten akan meningkatkan kemahiran dan akhirnya memupuk
kepercayaan diri. Dari tinjauan saya, saya dapati ramai konsultan konsultan tidak mempunyai tabiat untuk melakukan aktiviti aktiviti harian mereka dengan konsisten, lantasan itu skil pemasaran mereka memang lemah dan mereka tidak dapat memasarkan produk dengan berkesan. Untuk mereka yang memulakan bisnes ini secara parttime, mereka seharusnya pantai membahagi bahagikan masa mereka untuk melakukan aktiviti bisnes dan kerja futtime mereka. Displin yang kuat harus disemai dan dipupuk supaya mereka boleh melakukan aktiviti bisnes setiap hari dengan konsisten.
Daripada apa yang bincangkan diatas, saya yakin selagi konsultan takaful baru dapat mengamalkan cara cara yang saya cadangkan , saya yakin mereka boleh memupuk kepercayaan mereka supaya mereka boleh
terus berjuang dan meneruskan bisnes mereka dengan gigih. Kepercayaan adalah eleman yang tidak ada toleransi , tiada kepercayaan maka tiada kejayaan. Kepercayaan adalah sesuatu yang boleh dipelajari dan di pupuk, jangan sekali sekali biarkan ketidak sedaran anda menghalang anda untuk berubah. Pupuk kepercaya anda supaya anda dapat mencapai satu kejayaan di bidang bisnes takaful.
No comments:
Post a Comment