Ada siapa yang tak nak kaya ? Siapa yang tak nak hidup selesa dan hidup senang ? Walaupun ramai orang ingin mengecapai kehidupan yang selesa , namun bilangan besar langsung tidak dapat mencapai hasrat ini . Mengapa ramai golongan masyarakat kita mengalami masalah kewangan dan hidup dalam keadaan yang susah ?
95% dari masyarakat kita berada di dalam bidang makan gaji dan peratusan besar dari golongan ini adalah golongan yang berkelulusan SPM . Seperti yang saya ceritakan dalam bab bab yang lain , golongan yang berkelulusan Universiti sudah pun menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka . Bagaimana dengan mereka yang hanya berkelulusan SPM ? Dalam bab ini , saya nak bincang mengapa anda perlu menjadi kaya ?
Cuba kita meninjau kepada golongan yang berkelulusan SPM dari segi pekerjaan mereka.Pekerjaan yang mereka boleh lakukan ialah kerani , operator kilang , promoter , ofis boy , cashier dan sebagainya . Sebahagian besar dari gaji mereka tidak pun mencapai RM1,000 sebulan. Dengan kos kehidupan yang begitu tinggi terutama di kawasan bandar ,mereka sememangnya hidup dalam keadaan yang amat susah . Bilangan orang dalam golongan ini semakin bertambah setiap tahun dan ini telah mewujudkan keadaan dimana jurang di antara orang atasan dengan orang bawahan semakin bertambah besar . Orang yang kaya akan kekal atau terus kaya dan orang yang susah akan tetap dan semakin susah .
Ini adalah satu keadaan yang tidak sihat untuk sesebuah negara . Balik kepada golongan yang berkelulusan SPM .Apa yang mereka boleh buat ialah kerja kerja bergaji rendah, jadi hidup menbujang sudah menjadi satu masalah .Tambahan lagi , mereka ini tidak ada sumber atau peluang untuk meningkatkan pendapatan mereka. Mereka semata mata bergantung kepada majikan mereka untuk mendapat kenaikan gaji .Bagi pihak majikan pula, mengurangkan kos adalah satu faktor yang penting terhadap keuntungan sesebuah syarikat . Oleh sebab itu , setiap majikan akan sedaya upaya untuk mengurangkan kos operasi sesebuah syarikat , kalau boleh mereka akan memberi peningkatan gaji ke satu tahap yang paling minima .
Jika seseorang itu bergaji sebanyak RM1,500 sebulan dan jikalau majikan memberi peningkatan gaji sebanyak 5% setahun , inilah yang akan mereka dapat sebulan.
Tahun 5 - gaji RM 1,823
Tahun 10 - gaji RM 2,327
Tahun 15 - gaji RM 2,970
Tahun 20 - gaji RM 3,790
Kenaikan gaji ini sememangnya tidak boleh menandingi kenaikan harga barang , harga rumah , kos pendidikan , kos rawatan hospital dan sebagainya . Seperti yang saya ceritakan di bab yang lain , kenaikan harga rumah teres adalah lebih kurang 400% dalam tempoh 21 tahun . Dalam keadaan ini , sudah jelas bahawa mereka ini sudah tentu tidak mampu untuk menduduki rumah teres . Soalnya ialah adakah mereka mampu pulak untuk memiliki apartmen ? Dari tinjauan saya , dengan gaji demikian golongan yang berkelulusan SPM memang tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri baik rumah teres mahupun apartmen. Apa yang mereka boleh buat ialah menyewa sahaja .
Bagaimana dengan keadaan mereka jika mereka ingin berumah tangga ? Mareka tentuya tidak boleh menanggung kos perbelanjaan yang lebih besar lagi terutama sekali apabila mereka sudah mempunyai anak .
Akan tetapi , mereka juga akan tetap berumah tangga dan mempunyai anak yang agak ramai ( 3 atau 4).
Mereka ini pasti tidak akan dapat memberi kehidupan dan pendidikan yang terbaik kepada anak anak mereka. Bayangkan jika anak anak mereka juga tidak mendapat pendidikan yang secukupnya and mungkin setakat sampai ke peringkat SPM seperti mereka . Keadaan ini akan berlanjutan dari generasi ke generasi.
Masalah kewangan ini akan berterusan dari generasi ke generasi dan mereka tidak ada cara untuk mengatasi masalah ini selagi mereka ini masih bergantung kepada gaji mereka semata mata. Mereka tidak ada cara lain disebabkan mereka tidak tidak mempunyai sijil Universiti . Mereka tidak ada peluang untuk berniaga disebabkan mereka tidak ada modal , tidak ada pengetahuan dan tiada siapa yang boleh mengajar mereka. Keadaan susah ini akan berterusan generasi ke generasi jikalau mereka tidak membuat sesuatu .
Jika keadaan ini berterusan , bagaimana mereka ini boleh hidup selesa ? Cuba kita tinjau bilangan murid murid sekolah yang tamat persekolahan , Berapa peratusan yang berjaya meneruskan pelajaran mereka ke peringkat universiti ? Memang tidak boleh dinafikan bahawa peratusan yang masuk universiti adalah rendah jika dibandingkan dengan mereka yang tidak boleh masuk . Setiap tahun , beratus ratus ribu murid murid yang cuma berkelulusan SPM melangkah masuk ke masyarakat . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan ini akan bertambah setahun demi setahun .
Untuk membolehkan golongan ini mengubah hidup mereka , kepintaran kewangan adalah sangat penting . Di sekolah , tiada mata pelajaran yang mengajar mereka bagaimana untuk memulakan bisnes . Murid murid sekolah tidak tahu langsung tentang perancangan kewangan , mereka tidak memahami kepentingan merancang untuk masa depan . Apabila mereka mula melangkah masuk ke masyarakat , mereka cuma nak memperolehi pendapatan untuk menyara hidup mereka . Untuk membolehkan mereka keluar dari keadaan ini , mereka terpaksa belajar cara cara untuk menceburi sesuatu bidang bisnes .
Bincang mengenai bidang bisnes , terdapat 2 kategori utama iaitu
1) Bisnes modal tinggi
2) Bisnes tidak perlu modal
Untuk mereka yang tidak bermodal , cuba menceburi bisnes yang tidak memerlukan modal dan bisnes yang menggunakan konsep network marketing . Network marketing adalah konsep yang amat baik dan konsep ini memang mendapat sokongan dari orang yang berjaya seperti bill gates .
Dengan menceburi network marketing , mereka boleh mempelajari banyak pengetahuan mengenai cara cara untuk membuat bisnes dan yang paling penting ialah ia tidak memerlukan modal dan tidak mempunyai sebarang risiko . Mereka cuma perlu rajin berusaha dan mempunyai azam yang kuat .Dengan menceburi bisnes , saya memang pasti bahawa mereka memang mempunyai peluang yang amat besar untuk meningkatkan pendapatan dan seterusnya menaikan taraf kehidupan mereka . Ini semestinya akan mengubah nasib generasi mereka di masa depan.
Mengikut tinjauan saya , saya rasa setiap orang harus memberi peluang kepada diri mereka untuk memajukan diri .Untuk golongan yang berkelulusan SPM , inilah peluang terbaik untuk mereka mengubah hidup mereka. Jika mereka boleh mengatasi masalah kewangan yang kita bincangkan tadi , maka kehidupan mereka akan bertambah baik, mereka boleh memberi pendidikan yang lebih baik kepada anak anak mereka dan jika masyarakat kita terdiri dari ramai orang yang mempunyai IQ kewangan yang tinggi , maka negara kita tentunya akan menjadi lebih maju dan makmur .
Supaya sesebuah negara boleh terus maju ke depan, rakyatnya harus mempunyai IQ kewangan yang tinggi . Jadi untuk golongan yang berkelulusan SPM , tingkatkan IQ kewangan dan jangan sekali sekali biarkan kelulusan anda menjadi penghalang untuk anda terus maju . Anda seharusnya mengambil peluang yang sedia ada untuk menjadi kaya dan jangan mempersia siakan peluang keemasan tersebut . Anda harus menjadi kaya satu hari di masa hadapan dan keputusan adalah di atas tangan anda . Buatlah keputusan yang terbaik , ingat tak ubah maka tak maju . Susah suasah dahulu , senang senang kemudian.
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment