Kenapa tidak ? Satu soalan yang selalu kita tertanya tanya dalam hidup kita. Semua orang mengharapkan agar mempunyai satu kehidupan yang selesa tetapi berapa ramai orang yang berjaya mencapai hasrat ini? Apabila kita melihat rumah besar, kereta mewah, hidup selesa yang dimilki oleh orang kaya atau orang yang berjaya, kita selalu tertanya tanya kenapa kita tak boleh? Apakah yang membolehkan mereka ini mengecapi hidup selesa sedangkan kita tepaksa mengalami kehidupan yang susah dan penuh dengan cabaran.
Adakah golongan orang kaya ini memang bernasib baik? adakah mereka ini mempunyai peluang yang kita tidak ada? Untuk golongan yang berkelulusan SPM, adakah mereka ini satu golongan yang memang ditakdirkan untuk hidup susah? Pada pendapat saya,ini tidak sememangnya benar. Sistem pendidikan di negara kita menekankan kepada pencapaian akademik, jika anda mendapat Gred A, maka anda dianggap lebih cerdik(smart) berbanding dengan mereka yang mendapat Gred C.
Semenjak melangkah masuk ke alam pekerjaaan pada tahun 1986, saya mendapati bahawa pencapaian akademik yang cemerlang tidak menjamin bahawa seseorang itu lebih cerdik berbanding dengan orang yang tidak mencapai akademik yang baik.Golongan yang berkelulusan SPM adalah golongan yang selalu dianggap tidak pandai dan tidak dipandang tinggi berbanding dengan mereka yang berkelulusan universiti. Mereka ini selalu merasai rendah diri kerana mereka sememangnya tidak boleh bersaing dengan mereka yang ada kelulusan ijazah universiti. Keadaan ini adalah satu fenomena masyarakat kita dan adakah ini satu perkara yang betul ?
Mengikut pengalaman saya, kelulusan universiti tidak sememang mencerminkan kebijaksanaan seseorang itu.Lebih lebih lagi sistem pendidikan negara kita menyebabkan pelajar pelajar belajar kerana hendak mendapat sijil . Mereka masih mempunyai kepercayaan bahawa mereka ini mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapatkan kerja. Seperti yang saya ceritakan di bab yang lain mengenai Gred A student work for Gred C student, golongan yang berkelulusan SPM memang masih ada harapan besar. Golongan mereka ini banyak yang hendak berjaya dalam hidup, mereka lebih berazam dan bersemangat untuk berjaya dalam hidup mereka. Mereka ini cuma kekurangan dari segi peluang dan tunjuk ajar. Jika diberi peluang dan tunjuk ajar,saya memang berpendapat golongan mereka ini akan berjaya dalam hidup mereka. Ingat, pencapain yang tidak baik dalam akademik tidak bermakna mereka ini tidak bijak dan tidak bersemangat.
18 tahun menceburi bidang bisnes, saya memang melihat banyak kejayaan yang dicapai oleh golongan yang berkelulusan SPM terutama sekali dalam bisnes takaful. Kenapa tidak ? Dari tinjauan saya, kelulusan mereka yang tidak tinggi telah membolehkan mereka mempeolehi satu sikap iaitu Do or Die . Mereka ini tahu jika mereka tidak berani mencuba, maka mereka tidak akan ada peluang untuk berjaya. Mereka berjaya menggunakan kelemahan mereka( kelulusan rendah) untuk mendorong mereka berubah. Inilah sikap yang saya hendak pesankan kepada golongan yang berkelulusan SPM. Sikap inilah yang akan memberi mereka harapan dalam hidup mereka. Mereka ini harus ingat bahawa kelulusan mereka bukan lagi satu penghalang dan mereka ini harus berani mencuba, berani mengambil peluang dalam hidup mereka.
Untuk lain dari yang lain, maka terpaksalah mereka buat perkara yang berbeza. Orang yang kaya biasanya duduk di tempat orang kaya, yang miskin duduk dengan yang miskin. Pelajar yang tidak suka belajar bergaul dengan pelajar yang tidak suka belajar. Orang yang makan gaji bergaul dengan orang yang makan gaji dan berfikiran dan mempunyai minda orang yang makan gaji. Untuk berubah dan menceburi bidang bisnes, penukaran minda dan cara berfikir menjadi asas kepada peubahan. Mereka ini terpaksa mula bergaul dengan usahawan untuk belajar minda bisnes dan pergaulan yang banyak akan menpercepatkan proses penukaran minda. Untuk mengubah hidup, golongan yang berkelulusan SPM terpaksa menceburi bidang bisnes. Makan gaji tidak akan membawa mereka ke mana mana. Balik kepada soalan tadi , kenapa tidak ? Kenapa orang lain boleh hidup senang,hidup selesa? Kenapa orang lain boleh berjaya dan kenapa bukan saya?
Jika anda tergolong dalam golongan yang berkelulusan SPM, apakah yang seharusnya anda lakukan sekarang. Mahukan anda hidup begini selama lamanya dan mahukan anda menyerah hidup anda kepada Tuhan ? Ingat , Tuhan akan menolong orang yang menolong diri mereka sendiri. Saya memang percaya dan yakin bahawa golongan berkelulusan SPM masih ada harapan, mereka boleh membuat sesuatu untuk mengubah hidup mereka. Mereka tidak seharusnya membiarkan kelulusan mereka menjadi penghalang mereka untuk mencapai kejayaan. Berani mencuba dan melangkah ke depan untuk membuat perubahan, memang tidak dinafikan bahawa perubahan memang bukan sesuatu yang senang. Perubahan memerlukan
tujuan yang jelas, azam kuat dan displin yang tinggi. Tapi segala gala ini memang berbaloi . Tak ubah maka tak maju dan bukankah lagi susah untuk terus hidup dalam kesusahan sepanjang hidup. Susah susah dahulu senang senang kemmudian, bukankah ini lebih baik dari susah susah berterusan sepanjang hidup?
Balik kepada bisnes takaful, saya mempunyai 18 tahun pengalaman dan mempunyai pengetahuan mendalam di dalam bidang bisnes ini. Saya mempunyai satu misi untuk menolong golongan mereka yang berkelulusan SPM menceburi bisnes takaful. Saya amat yakin selagi golongan mereka ini mempuyai impian untuk memajukan diri mereka, mereka pasti akan berjaya dalam bisnes takaful. Bisnes ini tidak memerlukan sebarang modal , cuma memerlukan kelulusan SPM. Dengan criteria yang begitu rendah dan mudah , saya
tak nampak ada sebab sebab lain kenapa mereka tidak berani mencuba ? Kenapa tidak kalau anda boleh berjaya dan hidup selesa satu hari nanti ? Peluang dah memang ada, andalah yang terpaksa membuat keputusan dan mengambil peluang.
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment