Monday, 8 July 2013

Cabaran takaful bisnes

Semasa menceburi bisnes insuran / takaful 18 tahun yang lepas , saya mendapati bahawa insuran masih belum mendapat perhatian yang tinggi dari masyarakat .Masyarakat keseluruhannya masih kurang memahami kepentingan insuran/takaful . Mereka ternyata lebih yakin meletakkan duit mereka di ASB atau bank .

Ini juga satu sebab mengapa bank negara Malaysia mengambil banyak langkah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya insuran/produk takaful. Disebabkan produk insuran/takaful masih kurang mendapat perhatian dari masyarakat , maka ini telah membuat kerja sebagai konsultan insuran/takaful mencabar pada ketika itu .Walau bagaimanapun , saya masih berpendapat bahawa cabaran yang paling tinggi sememangnya bukan datang dari prospek atau masyarakat ,sebaliknya cabaran yang paling kuat sekali ialah dari diri kita sendiri.

 Selepas 18 tahun,saya boleh melihat peningkatan kesedaran masyarakat terhadap produk takaful tetapi masih juga ada ramai yang kurang sedar akan kepentingannya. Jadi sebagai seorang konsultan , kita seharusnya memegang kepada prinsip menjadi seorang pendidik di bidang insuran/takaful. Dalam proses memasarkan produk takaful , kita seharusnya menumpukan perhatian kepada aspek menolong prospek kita mengurangkan risiko melalui produk takaful . Ramai orang tidak memberi produk takaful kerana mereka masih tidak mengetahui tentang risiko risiko yang mungkin menimpa mereka . Jadi sebagai seorang konsultan takaful , kita seharusnya fokus terhadap aspek berikut :

 1)Membolehkan prospek memahami kesan risiko terhadap kedudukan kewangan keluarga mereka jika sesuatu malapetaka berlaku .Keadaan risau itulah yang akan memberi dorongan kepada prospek untuk menubuhkan tabung perlindungan , tabung perubatan melalui produk takaful .

 2)Membolehkan prospek memahami kesan akibat tidak menyimpan untuk persaraan , untuk kos pendidikan anak anak , untuk masa masa kecemasan dan sebagainya.Bila prospek boleh nampak akan masalah masalah yang bakal menimpa di masa akan datang , mereka akan mula membuat perancangan dan kita boleh memberi nasihat kepada mereka membuat perancangan melalui produk takaful .

 Dalam proses mendidik prospek tentang kepentingan insuran/takaful , kita mesti mempunyai banyak kesabaran kerana setengah prospek mengambil masa yang agak lama untuk membuat sesuatu keputusan . Inilah perkara yang paling mencabar terhadap konsultan takaful.Walaupun begini ,bisnes takaful serupa satu permainan.Selagi kita memahami peraturan permainan ini , kita akan dapat bermain dengan selesa .
Jadi mempuyai ketahanan mental , mempunyai kepercayaan kepercayaan tertentu dan kesabaran amatlah penting untuk menjayakan bisnes ini .

Sebagai rumusan , cabaran bukan faktor luaran , sebaliknya ia satu faktor dalaman . Sebagai seorang konsultan takaful ,kita seharusnya terus meningkat pengetahuan dan skil kita dari semua aspek . Ini akan membolehkan kita menandingi segala cabaran yang bakal kita hadapai . Seperti yang saya sebutkan , memang tiada benda dalam dunia ini yang senang didapati tanpa usaha , yang penting ialah adakah ia berbaloi. Takaful bisnes memang satu bisnes yang berbaloi untuk diceburi oleh belia belia kerana ia tidak memerlukan sebarang modal.

Saya berharap untuk yang bakal menceburi bisnes ini , amalkan segala gala amalan yang baik . Pelajarilah apa yang patut dan saya amat yakin mereka pasti boleh berjaya di bidang ini  satu hari nanti.
Terima Kasih. 











No comments:

Post a Comment