Semenjak menceburi bidang insuran / takaful , saya memang banyak belajar dari usahawan yang sudah berjaya di bidang ini. Di antara perkara perkara yang saya pelajari , terdapat satu perkara yang saya rasa amat penting iaitu amalan sikap yang patut kita lakukan untuk berjaya di bidang bisnes ini.
Amalan sikap adalah sememangnya satu perkara yang sangat penting yang akan menentukan kejayaan seseorang yang menceburi bidang ini . Sejak mula lagi , saya memang mengikut nasihat dari usahawan yang sudah berjaya , amalan sikap yang penting ialah :
1) Mesti menjalinkan hubungan rapat dengan ketua , selalu berinteraksi dengan ketua dan mengikut nasihat
mereka tanpa sebarang kesangsian dan was was . Ini penting kerana ia akan mempercepatkan usaha
kita untuk mempeolehi pengetahuan , skill , dan perkara lain yang kita perlu untuk berjaya dalam
bisnes ini .
2) Mesti belajar dan mempunyai teknik yang boleh memulihkan emosi yang negatif atau motivasi yang
menurun . Ini amat penting sebab tanpa teknik begini , kita akan mudah terjerumus dalam keadaan
mental yang negatif dan jika kita tidak tahu cara untuk mengubati keadaan mental kita , kita akan
terbabas .
3) Mesti menyertai sekurang kurang satu kelas latihan sekali dalam seminggu , kita seharusnya belajar
berterusan dari segi pengetahuan , skill dan teknik teknik yang bersangkut paut dengan bisnes .
Dengan menghadiri kelas , kita bukan setakat mendapat pengetahuan , bahkan kita akan dapat banyak
motivasi dari ketua kita yang berpengalaman . Disamping itu , kita juga boleh berkongsi maklumat dan
ideas untuk memajukan bisnes kita .
4) Jangan sekali mengasingkan diri bila mengalami emosi negatif atau keadaan motivasi yang menurun.
Bila kita sakit , kita akan mencari doktor untuk mendapatkan ubat . Dalam bisnes kita, sekiranya
kita jatuh sakit ( maksud saya dari segi mental ) kita mesti pandai mencari ubat . Strategi yang saya
cadangkan ialah
a) Memberitahu ketua tentang keadaan kita , saya memang percaya ketua kita boleh menolong kita
untuk mengatasi masalah kita kerana mereka memang mempunyai pengetahuan yang meluas.
b) Jangan ponteng kelas , dalam keadaan emosi yang negatif kita seharusnya menghadiri kelas sebab
dalam 18 tahun menceburi bidang ini , saya selalu menganggap bahawa kelas itu diibaratkan
sebagai klinik yang boleh mengubati keadaan emosi atau motivasi kita.
c) Membaca buku buku atau mendengar cd motivasi . kedua dua cara ini memang baik dan berkesan
dan saya selalu mempraktikan cara ini apabila saya mengalami keadaan emosi yang negatif .
Sebagai rumusan , amalan sikap yang betul memang sangat penting kerana ia bukan sahaja boleh memastikan bahawa kita mencapai kejayaan dengan lebih cepat , tetapi yang penting ialah ia membolehkan
kita tidak mudah putus asa dan kita mampu terus berjuang untuk menjayakan bisnes kita .
No comments:
Post a Comment