Tuesday, 2 July 2013

Perlunya menceburi bisnes

Bidang bisnes sememangnya bukan satu bidang yang asing kepada masyarakat , akan tetapi peratus orang yang menceburi bidang bisnes masih rendah dan di jangka cuma terdapat anggaran 5 % dari orang yang menceburi bidang bisnes . Semenjak menceburi bidang insuran / takaful pada tahun 1995 sehingga hari ini , saya masih berpendapat ramai orang masih tidak berani menceburi bidang bisnes . Mereka ternyata lebih selesa dengan bekerja untuk orang lain dan tidak berani sama sekali mengambil risiko untuk menceburi bidang bisnes .

Saya membuat kajian berkenaan dengan keadaan di alam makan gaji terutama sekali dari segi  aspek    pendapatan mereka . Semasa tamat pengajian pada tahun 1986 saya terus melangkah ke alam makan gaji .
Pada masa itu gaji permulaan seorang graduan ialah RM1500 / sebulan . Baru baru ini saya terbaca satu
berita dari Astro Awani mengatakan bahawa cuma ada 30% dari graduan berkelulusan ijazah yang mendapat tawaran gaji permulaan setinggi RM2500  . Ini bermaksud bahawa selepas 27 tahun , gaji graduan cuma naik sebanyak RM1000 iatu lebih kurang 67% sahaja .Ini sememangnya satu perkara yang amat memeranjatkan saya .

Disini saya hendak berkongsi satu pengalaman saya sendiri . Pada tahun 1992 saya membeli rumah saya pertama di sg chua kajang . Rumah teras 2 tingkat saya  berkeluasan 96 kaki x 20 kaki dan harga rumah pada masa itu adalah 100k . Sekarang harga sebuah rumah teras 2 tingkat yang berkeluasan 75 kaki x 20 kaki di kajang sudah melebihi 400k , ini bermaksud dalam tempoh 21 tahun , harga rumah sudah naik sebanyak 400 % .

Berdasarkan fakta fakta di atas , kita boleh buat satu  kesimpulan seperti berikut :

Gaji graduan naik 67% dalam tempoh 27 tahun
harga rumah teras naik 400% dalam tempoh 21 tahun .

Ini menunjukan bahawa kenaikan gaji sememangnya tidak boleh menandingi kenaikan harga rumah. Saya masih ingat bila saya melanjutkan pengajian saya di universiti 30 tahun yang lepas, jumlah kos pengajian
( yuran , hostel , makan dsb) cuma dalam lingkungan RM5000 setahun , kini kos pengajian setahun di  universiti kerajaan adalah dalam anggaran RM 25,000 dan kos pengajian setahun di  universiti swasta di Malaysia seperti Universiti nottingham ialah dalam lingkungan RM 50,000 .

kesimpulan : Dalam tempoh 30 tahun
uiversiti tempatan - kos naik sebanyak 500%

Jika kita meninjau fakta fakta  ini , kita akan dapati bahawa kenaikan  gaji sememangnya tidak dapat menandingi kenaikan kos pengajian , harga rumah dan harga barangan yang lain . Ini menunjukan bahawa
kita akan mengalami kehidupan yang susah jika kita cuma bergantung kepada makan gaji . Disamping itu , saya juga membuat satu kajian berkenaan dengan pendapatan yang kita perlu untuk hidup dengan selesa
di malaysia .

Berikut adalah simpulan belanjawan bulanan sesorang yang masih belum ber rumahtangga .

1) ansuran rumah         =1719 ( berdasarkan harga rumah 400k . tempoh pinjaman 30 tahun )
2) ansuran kereta         =1438 ( berdasakan harga kereta 80k - tempoh pinjaman 5 tahun )
3) petrol                       =  400
4) bil talipon bimbit       = 200
5) makan harian            =  450 ( berdasarkan RM15 sehari untuk tempoh 30 hari sebulan )
6) loyalti untuk ibubapa = 500
7) bil elektrik                 = 200
8) bil air                        =   20
9) hiburan                     = 350
10) kereta ( bengkel)      = 50
11) simpanan                 = 1000
12) insuran                    = 200
       jumalah                = 6577

Jika kita anggap gaji permulaan  seorang graduan  ialah RM2000, berdasarkan 5% kenaikan gaji setiap tahun , beliau perlu bekerja selama 26 tahun untuk mencapai gaji sebanyak RM6774.

Ini menunjukan bahawa kita seharusnya mencari penyelesaian dan salah satu dari penyelesaian itu ialah menceburi bidang bisnes . Ini adalah langkah atau keputusan yang saya ambil pada tahun 1995 , saya berharap setiap dari kita harus berani menceburi bidang bisnes bila diberi peluang untuk berbuat demikian .
Bisnes di bidang takaful sememangnya satu bisnes yang mempuyai potensi yang amat tinggi dan bisnes ini telah mengubah hidup saya . Saya berharap bisnes ini juga dapat mengubah hidup kamu satu hari kelak.





No comments:

Post a Comment