Semenjak menceburi bidang bisnes takaful / insuran , saya sememangnya memahami bidang ini memang boleh menjana jutaan pendapatan . Akan tetapi ramai orang masih tidak dapat menerima bidang ini dengan hati yang terbuka . Mereka masih mempunyai kesangsian atau keraguan dan mereka lebih suka makan gaji
dengan gaji yang begitu sedikit and mengalami hidup yang susah.
Bisnes takaful adalah satu bisnes yang tidak memerlukan modal , ia adalah bisnes yang memerlukan usaha
dan masa. Jikalau kita membuat perbandingan dengan makan gaji , makan gaji juga banyak memerlukan
usaha tetapi orang yang makan gaji selalu merugut bahawa gaji atau pulangan selalu tidak berpatutan dengan usaha mereka.
Bisnes takaful banyak menggunakan konsep networking seperti yang digunakan di bidang MLM .Dari pengajian dan pengalaman saya selama 18 tahun di bidang ini , saya amat menyukai konsep networking yang digunakan di di dalam bisnes takaful . Sebaliknya ramai yang lebih menyukai bidang MLM sehingga mereka sanggup membuat pinjaman peribadi dari bank sebagai modal pemulaan . Sebaliknya takaful bisnes
tidak memerlukan sebarang modal pemulaan melainkan yuran ujian takaful sebanyak RM80 sahaja.
Dalam bisnes takaful , seperti MLM bisnes ini juga memerlukan kita membuat pemasaran dan juga membuka cawangan .Tugas utama kita sebagai seorang konsultan takaful ialah memasarkan produk takaful melalui cara pengurusan risiko . Kita akan menolong pelanggan mengurangkan atau mengelakan risiko melaui produk takaful . Pada masa yang sama , kita juga harus mengajak lebih ramai orang memasuki
bisnes ini .kerja ini kita namakan satu kerja buka cawangan . Setiap orang yang memasuki pasukan kita adalah dianggap sebagai cawangan kita .
Membuka cawangan adalah satu kerja yang amat penting . Dengan adanya bilangan cawangan tertentu ( 6 cawangan) , sesorang konsultan takaful akan boleh mendapat promosi menjadi seorang pengurus unit dan dengan jawatan tersebut , beliau boleh berkongsi keuntungan ( profit sharing ) dari hasil jualan semua cawangan cawangannya. Bila seseorang konsultan mencapai level tersebut , beliau mempunyai pilihan untuk fokus menguruskan pasukannya sahaja tanpa perlu memasarkan produk lagi . Tugas beliau ialah terus membuka cawangan baru dan menguruskan caweangan cawangannya sahaja .
Bila seseorang menjadi pengurus unit , beliau fokus dalam kerja kerja seperti
1) Terus membuka cawangan baru
2) Memberi latihan kepada cawangan baru
3) Mengadakan meeting unit
4) Memberi motivasi dan galakan kepada cawangan cawangannya
5) Mencari idea baru untuk menggembangkan dan memajukan bisnes.
6) Mengikuti lapuran jualan dari cawangannya.
Dengan kata lain , seseorang konsultan pada masa itu lebih fokus membuat kerja kerja pengurusan dan berfungsi sebagai seorang CEO .
Masa yang paling singkat untuk mencapai level pengurus unit ialah 2 tahun . Jikalau seseorang itu dapat berusaha dengan gigih dan berkerja bersungguh sungguh , saya amat yakin beliau pasti mencapai matlamat matlamat tersebut kerana ramai diantara orang yang memasuki bisnes ini sudah mencapai level tersebut .
CEO yang paling muda dalam bisnes takaful cuma berumur 25 tahun dan beliau mempunyai lebih kurang 30 cawangan .
Bila seseorang itu mencapai level pengurus unit , pendapatan beliau sudah boleh mencecah angka RM20,00 sebulan . Cuba kita bayangkan pendapatan sebegini bagi seseorang yang berumur 20 puluhan.
Lebih lebih lagi ,bisnes ini cuma memerlukan kelulusan SPM . Tambahan lagi , syarikat saya ada bengkel
bengkel yang boleh menolong belia belia menceburi bisnes dengan percuma.
Dalam bisnes takaful , kepercayaan adalah elemen yang sangat penting . Kepercayaan yang saya maksudkan ialah :
1) kepercayaan kepada produk takaful , seseorang itu seharusnya yakin dan percaya terhadap faedah
produk takaful kepada orang ramai .
2) kepercayaan kepada bisnes ini . Dengan adanya kepercayaan yang tinggi , seseorang itu boleh terus
berjuang dan tidak putus asa .
3) Kepercayaan kepada ketua kamu yang membawa kamu masuk ke dalam bisnes ini . Ini sangat penting
sebab kepercayaan inilah yang membolehkan seseorang itu boleh bekerja rapat dengan ketua
mereka dan juga dapat menjalinkan hubungan rapat .
Menceburi bisnes selama 18 tahun , saya merasa amat bangga dengan bisnes ini dan saya juga ingin menolong golongan golongan belia untuk menceburi bisnes ini . Harapan saya ialah golongan belia dapat mempunyai minda terbuka dan sikap berani menceburi bisnes ini.
No comments:
Post a Comment