Semasa menceburi bidang insuran / takaful , saya memang memahami bahawa bidang ini adalah satu bidang
pengurusan risiko. Produk insuran / takaful adalah salah satu instrument / alat yang amat penting dalam bidang pengurusan risiko . Selepas melangkah masuk ke bidang ini , saya sememangnya berpendapat bahawa tugas sebagai seorang konsultan insuran / takaful amat bermakna dan sumbagan kita kepada masyarakat amat tinggi sekali.
Untuk memahami bidang ini dengan lebih mendalam , biarlah kita memahami aspek aspek yang berkaitan dengan risiko . Soalan yang paling penting ialah apakah risiko risiko yang dihadapi oleh setaip orang dalam kehidupan harian kita ? Untuk menjawap soalan ini, elok kita memahami keadaan kehidupan orang di malaysia .
Bila seseorang itu mula berkerja, perkara utama yang seseorang itu akan lakukan ialah untuk memberi sebuah kereta . Ini berpunca dari kekurangan sistem perhubungan yang baik di negara kita . Ini bermakna mereka akan membuat pinjaman dari bank dan saya dapati bahawa bayaran ansuran kereta kadang kadang mencapai 50% dari pendapatan mereka. Selepas pinjaman kereta, pinjaman yang seterusnya ialah pinjaman rumah , pinjaman peribadi dan lain lain . Ini sudah jelas menunjukan kepada kita bahawa setiap orang akan berhutang kepada bank seumur hidup , dengan kata lain mereka seakan berkerja untuk bank kerana sebahagian besar dari pendapatan mereka terpaksa digunakan untuk membayar ansuran rumah ,kereta dan sebagainya.
Apabila seseorang itu mempunyai banyak hutang , itu bermaksud mereka akan mempunyai risiko yang amat tinggi . Cuba kita bayangkan apa akan terjadi jika seseorang itu tidak mampu lagi untuk membayar hutang / ansuran tersebut apabila sesuatu malapetaka berlaku ?
Selain daripada itu , setiap orang masa kini juga terdedah kepada risiko kesihatan , terbukti bahawa masalah kesihatan semakin meningkat di kalangan orang malaysia . Ini juga satu risiko yang amat tinggi sebab kos perubatan sangat tinggi dan ramai orang tidak mampu untuk membiayai kos tersebut.
Disini , biar saya buat satu rumusan berkenaan dengan risiko yang dihadapi oleh setiap orang :
1) Pinjaman bank yang banyak , ini bermaksud mereka akan mempunyai hutang yang tinggi
2) Masalah kesihatan yang meningkat dan kos perubatan yang amat tinggi
3) Kebanyakan orang malaysia tidak mempunyai simpanan yang banyak , bahkan ada ramai yang tidak ada
simpanan langsung.
Sekarang biar kita buat satu ramalan mengenai kesan yang akan menimpa seseorang apabila perkara perkara berikut berlaku :
1) Andai kata jikalau kematian atau kecacatan kekal menimpa seseorang itu , ini bermakna bahawa keluarga
beliau akan kehilangan pendapatan . Apa akan terjadi kepada pinjaman pinjaman beliau seperti pinjaman
rumah , kereta dan sebagainya ? Keluarga beliau bukan sahaja akan kehilangan pendapatan tetapi juga
akan kehilangan rumah mereka kerana tidak lagi mampu untuk membayar ansuran tersebut.
Ini adalah satu malapetaka kepada sesebuah keluarga .
2) Berkenaan dengan masalah kesihatan pula , kita sememangnya tahu bahawa masalah kesihatan seperti
kanser, sakit jantung dan strok semakin berleluasa di kalangan masyarakat . Jika seorang mengalami
penyakit kronik sedemikain , mereka terpaksa mendapat rawatan di hospital dengan cepat . Kebiasaan
mereka akan pergi ke hospital kerajaan , masalahnya ialah mereka terpaksa menunggu giliran mereka
di hospital kerajaan kerana bilangan pesakit yang tinggi . Jika mereka ingin mendapat rawatan di hospital
swasta, mereka terpaksa menanggung kos perubatan yang amat tinggi , jangan terkilan apabila setengah
kos perubatan boleh menjangkau angka dari 50 ribu sehingga100 ribu. Ini sememangnya akan
mendatangkan masalah kewangan yang serius .
Berlandaskan risiko yang dibincangkan dan masalah kewangan yang bakal menimpa seseorang atau sesebuah keluarga, maka amatlah jelas bahawa pengurusan risko adalah satu tindakan yang amat penting yang seharusnya dibuat dan tidak ditangguh tangguhkan. Dalam soal ini , produk insuran / takaful memainkan peranan yang sangat penting kerana produk insuran / takaful adalah alat yang paling
1) cepat 2) mudah 3) murah untuk menubuhkan satu tabung perlindungan apabila malapetaka seperti kematian , kecacatan kekal atau masalah kesihatan berlaku . Dengan perancangan rapi melalui insuran / takaful , seseorang itu dapat mengurangkan risiko ke takat yang minima atau mengelakan risiko secara keseluruhan . Ini membolehkan seseorang atau sesebuah keluarga tidak terjerumus ke dalam krisis kewangan apabila malapetaka seperti kematian , kecacatan kekal atau masalah kesihatan berlaku .
Sebagai kesimpulan , pengurusan risiko adalah amat penting dan produk insuran / takaful sudah sememangnya memainkan peranan yang amat penting. Ini adalah sebab mengapa saya selalu mengatakan
bahawa kerja seorang konsultan insuran / takaful amat bermakna kepada masyarakat dan saya sendiri amat bangga terhadap kerjaya / bisnes saya di bidang ini .
No comments:
Post a Comment