Selepas membuat keputusan untuk menceburi bisnes insuran / takaful , ada banyak persediaan yang perlu di
lakukan . Langkah pertama ialah mendaftar ujian takaful , selepas lulus ujian maka segala gala nya akan bermula di sini . Berikut adalah langkah-kangkah seterusnya yang harus dilakukan .
Untuk Bab ini, saya akan fokus untuk orang yang memulakan secara parttime .
Langkah 1
Seseorang itu mesti menghadiri satu hingga tiga kelas permulaan . Di didalam kelas kelas itu , beberapa perkara akan di ajar seperti
a) produk takaful yang popular dipasarkan.( kebiasaan 2 atau 3 produk sebagai permulaan)
b) fungsi dan peranan sebagai seorang konsultan takaful dan cara menjalankan tugas sebagai seorang
konsultan.
c) cara cara untuk mencari prospek prospek baru
d) cara untuk membuat presentasi ( gunakan cara analisa asset dan liabiliti dan juga analisa famili risiko )
e) cara mengisi borang borang permohanan .
f) cara untuk membuat plan cadangan ( proposal ) kepada prospek yang berminat
g) cara untuk membuat permohanan melalui elektronik.( e- submission )
Langkah 2
Seseorang itu akan mula mencari prospek prospek yang memerlukan produk takaful . Ketegori orang yang
patut yang dicari bermula dengan
a) kawan kawan sekolah
b) rakan sekerja
c) saudara mara / ahli keluarga
d) jiran rumah
e) cikgu sekolah , pensyarah di kolej / universiti
Kemudian , seseorang itu harus mula melangkah ke pasaran orang yang tidak dikenali seperti
a) bos kedai runcit yang selalu dikunjungi
b) bos kedai makan yang selalu dikunjungi
c) mekanik untuk motor atau kereta
d) kawan baru yang dirujuk ( refer ) oleh kawan
e) bos kedai kita potong rambut
f) bos yang berniaga di pasar malam atau pasar pagi
g) orang awam di hospital swasta / kerajaan
Langkah sampingan yang harus dilakukan serentak dengan langkah 2 di atas ialah
Mesti berjumpa dengan ketua / pengurus minima satu kali seminggu , ini amat penting untuk tujuan tertentu
a) dapat terus mendapat tunjuk ajar dari ketua / pengurus untuk meningkatkan ilmu.
b) boleh membincang isu yang timbul semasa menjalankan tugas
c) Mengekalkan motivasi yang baik dan tinggi
Ingatan penting : Mesti berkomunikasi dengan ketua berapa kali seminggu dan jalinkan hubungan rapat .
Sebagai seorang parttime , kamu mesti membuat perancangan yang berikut :
1) Mesti meluangkan 2-3 jam untuk menjalankan kerja kerja mencari prospek setiap hari ( selepas kerja
dan pada hari sabtu ahad .
Amalkan slogan ESSO ( Every Saturday Sunday On ) Maksudnya terpaksa bekerja hari sabtu dan
ahad.
2) Mesti buka kes ( open case ) minima seorang sehari .
1 prospek / sehari
7 prospek / seminggu
28 prospek / sebulan
3) Mesti mendapatkan jumlah 1 pelanggan seminggu dan 4 pelanggan sebulan.
1 pelanggan / 7 prospek seminggu ( 14.3% peratusan menutup kes )
4 pelanggan / 28 prospek sebulan
Ingatan : Kerja sebagai parttime memerlukan seseorang itu bekerja kuat dan berdisplin disebabkan oleh masa yang terhad berbanding full time .
Fomula di atas menunjukan bahawa bisnes kita sememangnya berdasarkan kepada angka , lagi ramai prospek yang ditemui , maka peluang untuk mendapatkan pelanggan akan meningkat .
contoh :
Anggap peratusan menutup kes ialah 14.3%
1) jumlah prospek yang ditemui sebulan = 30 , potensi pelanggan ialah 4 orang
2) jumlah prospek yang di temui sebulan = 50 , potensi pelanggan ialah 7 orang
Berdasarkan kepada pengiraan diatas , kita anggap seseorang itu boleh mendapat 4 pelanggan setiap bulan ,
maka result jualan ialah seperti :
Anggap purata setiap kes itu = RM 150 / sebulan atau 1800 / setahun ( bayaran polisi )
Jumlan pelanggan = 4 sebulan atau 48 setahun
Hasil jualan = RM 1800 X 48
= RM 86,400
Ini sememangnya sudah membolehkan kita mencapai target jualan untuk promosi menjadi
Unit Sales Manager ( USM)
RM50,000 + 24 kes ( tahun 1) dan
RM75,000 + 24 kes ( tahun 2)
Strategi yang biasa digunakan untuk mencari prospek prospek baru untuk mengetahui samada mereka berminat untuk memberi polisi takaful ialah melalui :
1) Email
2) We -chat
3) Facebook
4) Membuat temujanji
5) Memebuat canvassing
6) Rujukan dari kawan ( refer lead )
Dengan mengamalkan amalan amalan yang baik sekali dengan level displin yang tinggi , saya pasti seseorang itu akan memajukan bisnes dengan cepat .
Terima kasih
No comments:
Post a Comment