Saturday, 29 June 2013

Insuran/takaful satu bisnes yang bermakna

Sebelum saya mengambil keputusan untuk menceburi bidang ini , saya banyak meminta nasihat dari usahawan yang sudah berjaya di bidang ini . Saya banyak memperolehi maklumat berkenaan dengan bisnes ini dari sudut pendapatan yang bakal saya dapat dan juga sumbangan kita sebagai seorang insuran atau takaful konsultan kepada masyarakat. Hasil dari kajian saya , saya dapati bahawa  bisnes ini memang satu bisnes yang amat bermakna.

Bidang insuran / takaful sememangnya satu bidang dimana kita bukan setakat boleh mendapat pendapatan atau keuntungan yang tinggi , kita sebagai seorang konsultan pengurusan risiko sebenarnya boleh menyumbang kepada masyarakat . Sebagai seorang konsultan , peranan utama kita ialah menolong pelanggan kita menyelesaikan masalah atau mengurangkan risiko  yang mungkin menimpa mereka .

Apabila sesuatu malapetaka  menimpa seseorang seperti kematian , kecacatan kekal , penyakit kronik . Ia akan menyebabkan seseorang tersebut atau keluarganya menghadapi krisis kewangan berikut :

1) keluarga kehilangan sumber pendapatan apabila ahli utama dalam keluarga meninggal
2) keluarga / individu mengalami masalah menaggung kos peubatan hospital yang tinggi jika masalah  
    kesihatan berlaku.
3) Keluarga tidak mampu untuk meneruskan bayaran pinjaman rumah / kereta apabila peminjam sudah 
    meninggal atau mengalami kecacatan kekal

Perkara perkara tersebut sememangnya akan mendatangkan masalah kewangan yang kritikal , sesebuah
keluarga bukan sahaja kehilangan sumber pendapatan , kehilangan rumah , bahkan terpaksa menaggung hutang yang banyak . Ini sememangnya satu bencana yang serius.
Semua masalah  tersebut boleh diselesaikan atau dikurangkan melalui produk insuran / takaful . Jika seseorang dapat membuat perancangan insuran / takaful untuk melindungi segala gala risiko yang bakal dihadapi , maka keluarganya tidak akan mengalami masalah kewangan sekiranya malapetaka menimpa beliau.

Produk insuran / takaful adalah satu satu produk yang dapat memberi kesan yang amat bermakna dan sebagai seorang konsultan di bidang ini , kami adalah satu satu nya orang yang diberi kuasa untuk menolong orang .Dalam bisnes saya selama 18 tahun , bayaran bil hospital yang paling tinggi yang pernah saya buat  ialah RM 104,000 ( sekali kemasukan , rujuk facebook saya ) Pelanggan saya begitu lega apabila bil tersebut dibayar oleh syarikat insuran / takaful . Cuba bayangkan jika beliau tidak mempunyai insuran perubatan ? Sebenar ada banyak lagi cerita / kisah benar dimana pelanggan saya sudah mendapat faedah dari produk insuran / takaful yang mereka masuki .

Sebaliknya saya juga pernah melihat kisah benar dimana orang tidak membuat perancangan insuran / takaful
mengalami krisis kewangan yang amat serius apabila malapetaka menimpa sehingga mereka terpaksa meminta derma dan sumbangan dari masyarakat . Ini sememangnya satu perkara yang amat menyedihkan .
Jadi sebagai seorang konsultan , saya selalu berasa bangga terhadap kerja atau peranan saya . Ini juga satu dorongan yang amat kuat untuk saya supaya dapat terus berkhidmat dan mendidik masyarakat tentang kepentingan membuat perancangan insuran / takaful .

Akhir kata , saya berharap orang yang baru atau bakal menceburi bisnes ini dapat  memahami akan makna besar sebagai seorang konsultan di bidang pengurusan risiko .Mudah mudahan mereka ini akan dapat menikmati rasa bangga yang sememangnya sudah saya alami.
Terima Kasih






No comments:

Post a Comment