Tuesday, 27 August 2013
Sunday, 25 August 2013
Wednesday, 21 August 2013
Monday, 19 August 2013
Kebebasan masa dan bisnes
Apabila kita sebut saja mengenai bisnes, perkara pertama yang akan wujud dalam otak kita ialah kebebasan masa dan kewangan. Memang tidak boleh dinafikan bahawa bisnes berkait rapat dengan kebebasan masa dan kewangan. Apabila saya menceburi bisnes takaful pada tahun 1995, kedua kedua eleman tadi menjadi menjadi faktor pendorong utama. Saya memang menyukai kebebaan masa dan kewangan kerana semasa bekerja di Sony, masa saya memang terkongkong tanpa sebarang kebebasan. Saya dikehendaki balik ke pejabat bila bila masa saya diperlukan siang, malam atau pada hari cuti. Keadaan inilah yang menyebabkan saya mencari peluang untuk mengubah hidup dan akhirnya saya diperkenalkan kepada bisnes takaful. Bisnes takaful memanglah pilihan terbaik untuk saya kerana bisnes ini memang boleh menjana pendapatan yang tinggi dan memberi kita kebebasan masa.
Mengenai kebebasan masa, walaupun ini satu perkara yang amat menarik perhatian tetapi ramai yang tidak memahami betul betul apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan masa. Mereka anggap kebebasan masa itu satu kebebasan yang membolehkan mereka untuk melakukan apa sahaja yang mereka suka. Ketidak sedaran ini menyebabkan mereka tidak melakukan aktiviti yang sepatutnya mereka lakukan untuk bisnes. Akibatnya bisnes mereka tidak maju seperti yang mereka harapkan dan ramai pulak yang meninggalkan bisnes ini. Alasannya ialah bisnes ini susah dan tidak sesuai untuk mereka.
Dalam bab ini, saya ingin memberi penjelasan mengenai apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kebebasan masa. Dalam bisnes takaful, saya sememangnya telah disalurkan dengan satu kesedaran iaitu kebebasan masa boleh menjadi kawan baik atau musuh yang paling teruk. Ini bermaksud bahawa sekiranya kita menggunakan kebebasan masa dengan produktif untuk bisnes, ia akan menolong memajukan bisnes kita. Sebaliknya sekiranya kita menyalahgunakan kebebasan masa untuk aktiviti lain yang tidak ada kaitan dengan bisnes , maka bisnes akan terganggu.
Pada peringkat pemulaan bisnes, saya sudah mengetahui kepentingan menggunakan masa dengan produktif. Saya menanamkan tabiat bekerja yang sihat dan displin yang baik. Saya mengetahui bahawa selagi bisnes saya belum lagi sampai ke takat yang maju, saya tidak berhak untuk menyalahgunakan kebebasan masa saya. Pada pendapat saya, kebebasan masa adalah untuk golongan usahawan dimana bisnes mereka sudah maju. Dengan adanya kesedaran ini, saya menggunakan masa dengan sebaik baiknya setiap hari. Saya masuk ke pejabat setiap hari seperti masa saya makan gaji tanpa sebarang alasan. Walaupun ketua saya tidak mewajibkan saya masuk ke pejabat setiap hari, saya tetap melakukannya kerana saya hendak menanamkan satu tabiat yang baik dari pemulaan. Sebaliknya ramai konsultan baru yang buat bisnes secara fulltime tidak berbuat demikian, mereka tidak pergi ke pejabat dan tidak melakukan aktiviti harian. Mereka ingat mereka boleh menikmati kebebasan masa itu tanpa menyedari bahawa bisnes mereka akan terganggu kerana kekurangan aktiviti bisnes samada aktiviti pemasaran atau aktiviti buka cawangan.
Tambahan lagi, ramai pulak yang tidak menghadiri kelas latihan atau meeting dengan konsisten. Mereka kurang bergaul dengan pengurus atau rakan rakan untuk mempelajari dari mereka yang sudah berjaya. Tabiat begini bila lama amat sukar untuk diperbetulkan dan bisnes mereka semakin hari semakin merosot. Seperti yang saya sebutkan tadi, kebebasan masa boleh menjadi musuh kita yang paling teruk jikalau ia tidak digunakan dengan sebetul betulnya. 18 tahun dalam bisnes takaful, saya memang melihat ramai konsultan konsultan baru terjerumus dalam perangkap ini. Sebagai seorang usahawan dan seorang ketua dalam syarikat saya, saya sememangnya memberi kebebasan kepada konsultan konsultan saya untuk melakukan kerja kerja mereka dengan bebas. Saya tidak mahu mengongkong masa dan memaksa mereka melakukan aktiviti seperti orang yang makan gaji. Namun demikian, saya tetap memberi kesedaran kepada mereka bahawa kejayaan mereka dalam bisnes amatlah bergantung kepada kepandaian menggunakan masa dengan sebaik baiknya.
Ingat ! kebebasan masa hanya untuk mereka yang sudah berjaya. Untuk mereka yang baru menceburi bisnes tak kira yang parttime atau fulltime, amalkan motto ESSO(every saturday sunday on). Bekerja dengan gigh dan jangan sekali sekali membuang masa dengan aktiviti aktiviti yang tidak ada kaitan langsung dengan bisnes. Untuk golongan kaum wanita, jangan gunakan masa bisnes untuk buat kerja kerja rumah dan sebagainya. Masa setiap hari harus digunakan untuk aktiviti bisnes, menghadiri meeting atau kelas, berkomunikasi dengan ketua selalu dan membuat perancangan harian. Pada peringkat pemulaan, seorang konsultan baru haruslah berkorban tetapi segala pengorbanan itu memang berbaloi. Falsafah saya dalam bisnes ini lalah usaha kuat untuk 3-5 tahun, senang senang seumur hidup. Bukankah ini satu manfaat yang amat menarik?
Dalam bisnes, tumpuan kita ialah menjana pendapatan pasif melalui cawangan. Apabila seseorang konsultan sudah mempunyai bilangan cawangan tertentu, maka pendapatan pasif akan terjana dan masa itulah beliau boleh menikmati apa yang dinamakan kebebasan masa. Oleh itu, setiap konsultan takaful baru harus menyedari bahawa kebebasan masa bukan sesuatu yang boleh dinikmati sebarangan terutama sekali apabila mereka masih di peringkat awal bisnes. Mereka seharusnya fokus untuk menjana pendapatan pasif dan itu memakan masa lebih kurang 2-3tahun. Banyak pembelajaran harus dibuat pada peringkat pemulaan dan bisnes ini harus dilakukan dengan 100% tenaga. Oleh kerana itu, masa haruslah digunakan dengan baik sekali supaya bisnes boleh maju dengan cepat. Lagi gigih mereka berusaha pada pemulaan, lagi cepat
mereka boleh mencapai kebebasan masa yang diharap harapkan.
Akhir kata untuk konsultan konsultan yang baru , fahamilah erti kebebasan masa supaya bisnes anda boleh berkembang maju. Pelajarilah dari kesilapan orang lain supaya anda boleh mencapai kebebasan masa dan kehidupan yang selesa dalam tempoh masa yang paling singkat.
Terima kasih.

Saturday, 17 August 2013
Friday, 16 August 2013
Wednesday, 14 August 2013
Tuesday, 13 August 2013
Monday, 12 August 2013
Saturday, 10 August 2013
Adakah kelulusan universiti menjamin kehidupan selesa
Dalam bab bab yang lain, saya banyak fokus untuk golongan yang berkelulusan SPM. Saya banyak mem-
beri penjelasan bahawa makan gaji tidak akan mengubah nasib mereka kerana mereka sememangnya tidak
boleh bertanding dengan orang yang berkelulusan universiti. Dalam bab ini, saya ingin berbincang mengenai golongan yang berkelulusan universiti.
Soalnya ialah adakah kelulusan ijazah sudah boleh menjamin satu kehidupan yang selesa masa kini ? Saya masih boleh ingat semasa saya dalam tingkatan 5 iaitu pada tahun 1982, pada ketika itu memang saya di didik dan diajar oleh satu sistem pengajaran yang saya akan bincangkan sebentar lagi. Pada ketika itu, ibubapa dan guru sekolah memberitahu saya bahawa sijil universiti adalah harapan dalam hidup saya. Dengan adanya sijil ini, maka hidup akan terjamin kerana saya boleh dapat satu pekerjaan yang baik berbanding dengan mereka yang hanya berkelulusan SPM. Inilah adalah kepercayaaan yang disalurkan kepada murid murid sekolah 27 tahun yang lalu.
Pada masa kini, sijil universiti sudah tidak lagi satu paspot ke arah kejayaan dalam hidup kita. Sijil univerisiti sudah tidak boleh lagi menjamin satu kehidupan yang selesa bahkan banyak graduan sudah mengalami kesusahan hidup terutama sekali bagi mereka yang berada di bandar. Yang memeranjatkan saya ialah sistem
kepercayaan ini masih tidak berubah, murid murid sekolah dan graduan masih disalurkan dengan kepercayaan bahawa sijil masih boleh menjamin kehidupan mereka. Sistem pendidikan di universiti yang amat menumpukan keputusan akademik menyebabkan pelajar pelajar belajar untuk lulus ujian dan mendapat sijil. Pelajar pelajar masih di ajar memperolehi sijil supaya mereka boleh mencari kerja selepas tamat pengajian. Ini jelas menunjukkan bahawa graduan graduan universiti hanya mempunyai minda untuk mencari pekerjaan dan mereka ini sememangnya tidak langsung mengetahui bahawa sijil univeristi sudah tidak boleh menjamin apa apa. Tambahan lagi, graduan tidak diajar tentang pendidikan kewangan ( financial education) atau pendidikan yang berkaitan dengan bisnes.
Saya masih boleh ingat semasa saya tamat pengajian universiti pada tahun 1986, mencari sesuatu pekerjaan masih bukan merupakan perkara yang sukar. Pada tahun 90" puluhan , peningkatan sektor perindustrian
memberi banyak peluang peluang pekerjaan kepada graduan graduan. Pemintaan untuk jurutera amatlah tinggi . Masa kini, peluang pekerjaan sudah tidak seperti dulu. Saya difahamkan bahawa bila ada 5 jawatan dalam sesebuah syarikat, bilangan pemohon melebihi angka 1,000. Cuba bayangkan persaingan yang begitu besar. Sijil ijazah sudah bukan lagi satu dokuman yang special, ia sudah tidak akan membawa apa apa makna sekiranya seseorang graduan itu tidak mempunyai kebolehan di aspek lain seperti skil berkomunikasi, skil pimpinan seorang ketua ( leadership skil) dan sebagainya.
Disamping itu, gaji pemulaan graduan masih di tahap yang amat rendah jika dibandingkan dengan negara negara yang maju. Pada tahun 1986,gaji pemulaan graduan ialah RM1500 sebulan, pada hari ini cuma 30% dari graduan kita yang memperolehi gaji pemulaan melebihi RM2500 sebulan. Masih banyak syarikat yang memberi graduan gaji pemulaan sebanyak RM2000 sebulan. Jika kita gunakan purata gaji pemulaan sebagai RM2500, itu bermaksud bahawa peningkatan gaji pemulaan hanya sebanyak RM1000 iaitu 67% dalam tempoh masa 27 tahun ( 1986-2013). Ini sememangnya satu peningkatan yang amat kecil. Jika kita
meninjau harga rumah, saya dapati harga rumah teres dua tingkat meningkat dari RM 100,000 pada tahun 1992 ke RM 400,000 pada tahun 2103 di kajang. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 400% dalam msa 21 tahun. Dengan peningkatan harga barang, kos pendidikan universiti, kos peubatan hospital swasta dan sebagainya memang menyukarkan kehidupan kita. Tambahan lagi, sistam perhubungan yang kurang sempurna menyebabkan graduan terpaksa menghabis sebahagian besar gaji mereka untuk memperolehi sebuah kereta. Dengan gaji pemulaan sebanyak RM2000, graduan sudah tentu tidak boleh menampung kehidupan mereka di bandar dengan kos kos seperti sewa rumah, belajaan harian,
minyak kereta, bil talipon bimbit dan sebagainya.
Jika keadaan ini belarutan dan memang saya jangka begitu, seseorang graduan memang tidak lagi mampu untuk memiliki rumah sendiri. Terpapar dalam suratkhabar STAR baru baru ini yang bertajuk " Dad , don't kick me out " jelas menunjukkan bahawa memiliki rumah sendiri sudah menjadi satu hasrat yang mungkin tidak akan tercapai jika graduan hanya bergantung kepada makan gaji semata mata. Rumah teres, rumah kembar, rumah banglo ( landed property) sudah bukan lagi milik golongan yang makan gaji. Rumah kondo masa kini sudah mencecah harga RM300,000 keatas di kajang , dengan kata lain graduan sekarang cuma mungkin mampu menduduki rumah pangsa atau flat. Keadaan ini agak lucu memandangkan negara kita yang begitu besar dan mempunyai tanah yang begitu luas tidak seperti Singapura.
Baru baru ini, saya berborak dengan seorang klien saya yang berkelulusan Phd dan beliau juga berpendapat begitu. Mengikut beliau, kehidupan masa kini memang amat mencabar lebih lebih lagi bila sudah berumahtangga. Jika hidup membujang sudah mencabar, apa akan terjadi bila sudah berumah tangga. Dari
kajian saya, jika seseorang ingin hidup dengan selesa sebagai bujang , beliau terpaksa mempunyai gaji bulanan sebanyak RM 6500. Seseorang graduan yang bermula dengan gaji RM2000 terpaksa mengambil masa 25 tahun untuk mencapai gaji sebanyak RM6500 berdasarkan 5% peningkatan setiap tahun.
Adakah sijil sudah boleh menjamin satu kehidupan selesa? Jawapannya sudah tentu "TIDAK " Jikalau graduan masih tidak berubah untuk menceburi bidang bisnes, kehidupan mereka tetap akan susah
berterusan. Sistem kepercayaan yang masih bergantung kepada makan gaji di kalangan graduan graduan harus berubah. Graduan harus berani menceburi bidang bisnes jika mereka ingin hidup selesa dan jika mereka bercita cita tinggi. Tak ubah maka tak maju. Tingkatkan kesedaran anda hari ini demi masa depan anda.

Friday, 9 August 2013
Pendapatan pasif
18 tahun menceburi bisnes takaful, satu matlamat utama saya ialah mengenai pendapatan pasif. Uutuk memahami tentang pendapatan pasif, elok kita memahami tentang jenis jenis pendapatan yang ada. Jenis jenis pendapatan boleh di bahagikan kepada 3 kategori iaitu
1) pendapatan aktif atau biasa
2) pendapatan portfolio
3) pendapatan pasif
Dalam bab bab lain, saya menceritakan tentang 4 kategori pekerjaan iaitu :
1) ketegori makan gaji ( employment)
2) ketegori kerja sendiri ( self employed)
3) ketegori bisnes ( business )
4) ketegori pelabur ( investor)
Jenis jenis pendapatan mempunyai hubungan rapat dengan kategori yang saya sebutkan tadi. Untuk golongan yang makan gaji dan kerja sendiri, pendapatan mereka adalah dinamakan pendapatan aktif. Pendapatan aktif bermaksud seseorang itu harus terus aktif melakukan sesuatu kerja atau aktiviti untuk mendapat pendapatan. Dengan kata lain mereka terpaksa menukar masa dan usaha untuk mendapatkan pendapatan. 95% masyarakat kita berada di dalam ketegori ini, mereka berpendapat bahawa inilah kerja yang paling selamat.
Sebenarnya orang yang berada di kategori makan gaji tidak sedar bahawa pendapatan mereka ini adalah dibawah kawalan majikan mereka, mereka tidak mempunyai kawalan langsung terhadap pendapatan mereka. Mereka terpaksa terus melakukan kerja untuk memperolehi pendapatan. Seandainya mereka tidak boleh bekerja disebabkan oleh masalah kesihatan atau sebab lain, maka pendapatan mereka akan berhenti.
Balik kepada bisnes takaful, fokus saya ialah mengenai ketegori bisnes dan matlamat saya ialah menjana pendapatan yang pasif. Pendapatan pasif bermaksud saya mempunyai satu bisnes yang boleh terus menjana pendapatan tanpa penglibatan saya atau cuma memerlukan penglibatan saya yang minima, bukankah ini pendapatan yang di idam idamkan oleh ramai orang ?
Untuk mencapai pendapatan pasif dalam bisnes takaful, kami menggunakan konsep network marketing. Cuba kita tinjau bisnes lain sepert Mc Donald yang mempunyai begitu banyak cawangan di seluruh negara. Pemilik Mc Donald menjual francise lesen dengan bayaran yang amat tinggi. Ini lah konsep yang membuat Mc Donald begitu berjaya. Dalam bisnes takaful, kami juga melakukan aktiviti yang dinamakan buka cawangan. Syarikat saya mempunyai satu formula bagi semua ahli organisasi saya, melalui formula buka cawangan ini, setiap orang digalakan untuk membuka 3 cawangan setiap tahun dengan mengajak orang baru menjadi ahli organisasi kami. Formula itu ialah 3,15, 63, 252 dan itu bermakna bahawa seseorang itu akan bermula dengan 3 cawangan pada tahun pertama dan dijangka mempunyai 252 cawangan pada tahun ke 4, bilangan ini akan berterusan tanpa hadnya.
Untuk kefahaman anda, memiliki satu kedai Mc Donald memerlukan pelaburan di antara 2.0 juta hingga 4.5 juta di samping bayaran francise. Dalam bisnes takaful, buka cawangan itu tidak memerlukan sebarang kos dan bisnes ini memang mudah untuk dimasuki oleh semua orang kerana ia tidak memerlukan sebarang modal. Yang perlu ialah usaha dan masa. Lebih lebih lagi ia tidak melibatkan sebarang risiko.Setiap ahli organisasi saya akan belajar supaya mahir dalam skil pemasaran produk takaful dan skil buka cawangan. Latihan akan diberikan secara percuma dan kemudahan taklimat bisnes membolehkan setiap orang mula membuka cawangan walaupun mereka masih di peringkat awal bisnes.
Apabila seseorang itu telah mempunyai sesuatu bilangan cawangan tertentu, contohnya 63 cawangan dalam tahun ketiga. Maka beliau akan mula mendapat pendapatan pasif dan beliau juga tidak perlu untuk melakukan kerja kerja pemasaran seperti yang dilakukan dalam tahun tahun awal. Beliau cuma perlu membuat kerja kerja pengurusan untuk memastikan urusniaga cawangan beliau berjalan dengan baik. Aktiviti beliau yang paling penting pada ketika itu ialah terus membuka cawangan demi cawangan supaya pendapatan pasif akan terus meningkat.
Dengan konsep network marketing, bisnes takaful sememangnya boleh menjana satu pendapatan yang pasif. Pendapatan pasif inilah yang amat menarik perhatian saya dan juga semua orang yang menceburi bisnes ini. Pendapatan pasif memberi satu kebebasan masa dan kewangan, ia juga menjamin pendapatan kami akan berterusan sekiranya sesuatu berlaku seperti masalah kesihatan , kemalangan dan sebagainya.Di sekolah atau universiti, pelajar diajar menjadi jurutera, akauntan dan akhirnya bekerja untuk orang. Mereka ini diajar mencari pendapatan aktif. Dalam dunia bisnes, apa yang kita tumpukan ialah pendapatan pasif. Bisnes takaful adalah bisnes terbaik yang boleh menjana pendapatan pasif tanpa modal dan sebarang risiko.
Disamping pendapatan pasif, terdapat banyak lagi faedah faedah lain seperti incentif melancung, tabung pesaraan, membuka ofis sendiri dan sebagainya. Kesemua detail ini boleh didapati dalam kelas taklimat bisnes saya. Dalam bab saya yang bertajuk masih ada harapan, untuk anda yang berkelulusan SPM, Inilah memang peluang terbaik anda untuk menceburi sesuatu bisnes yang boleh memberikan anda pendapatan pasif dan mengubah nasib dan hidup anda. Ingat! pendapatan aktif tidak akan membawa anda ke mana mana sekiranya anda hanya berkelulusanSPM. Buatlah keputusan terbaik demi masa depan anda.

Thursday, 8 August 2013
Masih ada harapan
Jika anda hanya berkelulusan SPM dan anda masih fokus berkerja untuk orang, maka saya rasa memang sukar sekali untuk anda untuk mengecapi kehidupan yang selesa.Dalam bab bab saya yang lain , memang jelas menunjukan bahawa ramai orang lebih rela untuk hidup dalam kesusahan dari membuat sesuatu perubahan dalam kehidupan mereka.
Walau bagaimanapun,saya masih ingin mengingatkan kepada mereka yang berkelulusan SPM supaya jangan membiarkan kelulusan anda menjadi penghalang kepada masa depan anda.Kepada yang berkelulusan universiti,saya juga ingin menyatakan bahawa sijil Ijazah sudah tidak boleh lagi menjamin anda satu kehidupan yang selesa.Di dalam buku Robert Kiyosaki terbaru yang bertajuk" Gred A student work for Gred C Student"jelas menunjukkan bahawa peratusan besar pelajar yang mempunyai Gred A dalam peperiksaan SPM yang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat univerisiti akhirnya masih bekerja untuk ahli perniagaan yang cuma berkelulusan SPM sahaja.
Robert Kiyosaki memberi 50 orang yang amat berjaya dalam bidang masing masing yang tidak mempunyai sebarang pendidikan atau tidak mendapat pendidikan yang tinggi.Di antaranya ialah bill gates(pengasas microsoft), Li ka Sng(orang terkaya di Asia),Mark zuckerberg(pengasas facebook) dan sebagainya.Ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan tidak lagi menjadi penghalang untuk seseorang itu mencapai kejayaan dalam hidup mereka.Mereka ini mungkin lemah dalam pendidikan sekolah,tetapi mereka dapat belajar satu jenis pendidikan yang tidak diajar di sekolah iaitu pendidikan mengenai pengurusan kewangan dan bisnes.
Jadi walaupun mereka tidak mendapat Gred yang baik di sekolah,mereka mahir dari segi pendidikan di dalam aspek aspek yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan bisnes.Ini menyebabkan mereka boleh menubuhkan sesuatu bisnes yang akhirnya berkembang menjadi satu satu organisasi bisnes yang bertaraf antarabangsa.Untuk pelajar Gred A , mereka akhirnya menjadi akauntan,jurutera dan bekerja untuk
orang lain.
Memahami keadaan ini,saya ingin menjelaskan kepada mereka yang berkelulusan SPM bahawa selagi mereka berusaha belajar mencari ilmu yang berkait dengan pengurusan bisnes dan kewangan,maka harapan
untuk mereka tetap ada.Pendidikan yang berkait dengan kewangan dan pengurusan bisnes tidak boleh didapati di sekolah.Mereka terpaksa belajar dari orang yang berpengalaman dalam bidang perniagaan.
Melalui ilmu yang mereka pelajari,barulah mereka boleh menceburi sesuatu bisnes.Melalui bisnes mereka itulah mereka boleh atau berpeluang untuk meningkatkan kedudukan kewangan mereka.
Balik kepada bisnes di bidang takaful, 18 tahun menceburi bisnes ini saya telah melihat banyak kejayaan yang dicapai oleh golongan yang berkelulusan SPM sahaja. CEO paling muda yang saya kenali cuma berumur 25 tahun dan beliau juga cuma berkelulusan SPM sahaja.Ini telah membuktikan bahawa pendidikan di sekolah bukannya faktor penentu kejayaan seseorang itu, tetapi pendidikan mengenai kewangan dan pengurusan bisnes yang akan menentukan kejayaan.Sekiranya anda juga dalam golongan orang yang berkelulusan SPM,soalnya ialah mahukan anda membuat perubahan untuk mengubah nasib anda ?Harapan tetap ada untuk anda mencapai kejayaan kerana syarikat saya menawarkan bengkel keusahawanan di bidang takaful.Saya mempunyai 20 tahun pengalaman di bidang takaful networking,satu bisnes networking yang amat bermakna dan sesuai untuk belia belia.
Akhir kata,tak sedar maka tak ubah,tak ubah maka tak maju,keputusan adalah di atas tangan anda sendiri.Berani mencuba dan jangan takut berubah demi masa depan anda atau keluarga anda.Tidak ada salahnya kalau anda masih tidak mengambil sebarang tindakan untuk memajukan diri ,cuma kesan kesannya yang akan anda alami di masa hadapan.Ingat ! " Jika anda miskin disebabkan ibubapa anda miskin,itu bukan salah anda.Tetapi jika anak anak anda miskin disebabkan anda miskin,itu adalah tanggungjawap anda "

Tuesday, 6 August 2013
Saturday, 3 August 2013
Impian
Impian adalah pendorong dalam hidup kita . Disebabkan impian,manusia berjaya menjejak kaki atas bulan,disebabkan impian Watts Disney berjaya wujudkan Disney Land.Impian lah yang menjadikan manusia terus mencapai kejayaan demi kejayaan dan terus maju ke depan . Banyak teknologi baru,rekaan rekaan baru berjaya direka disebabkan oleh impian manusia .
Saya seorang peminat bola sepak,saya terbaca kisah seorang pemain bola sepak yang bernama Wanyama dari kenya ( Afrika).Beliau dari keluarga yang amat miskin,semasa kecil beliau tidak mampu untuk memiliki sepasang kasut bola.Beliau kata beliau terpaksa menjadi pemain terbaik dalam suatu pertandingan remaja untuk membolehkan beliau mendapat sepasang kasut bola percuma.Hari ini, beliau yang berumur 22 tahun adalah pemain kenya pertama yang bermain untuk pasukan southampton di Liga bola sepak England.Mengikut beliau,impian untuk bermain di Liga bola sepak England lah yang menyebabkan beliau terus berusaha dengan gigih sehingga beliau berjaya hari ini .
Seseorang individu atau sesebuah negara harus mempunyai impian untuk terus maju.Tanpa impian ,kita tidak akan dapat melangkah terus ke depan .Impian lah yang akan memberi kita arah tuju dan harapan untuk mencapai apa yang kita hasratkan.Ramai orang takut berubah walaupun hidup dalam keadaan susah adalah kerana tidak mempunyai impian.Inilah yang menyebabkan mereka tidak membuat sebarang perubahan dalam hidup mereka .
Semasa kecil,saya berasal dari sebuah keluarga yang miskin.Sejak lahir saya duduk dalam rumah yang begini .
Sejak kecil saya sudah mengetahui apa yang dikatakan kemiskinan.Semasa berumur 11 tahun, saya sudah menolong ibu menoreh getah . Pada setiap hari minggu atau cuti sekolah,saya terpaksa bangun pada pukul 5.00 pagi dan menunggang basikal beberapa batu ke ladang getah.Saya memang dapat merasai kesusahan yang dialami oleh ibu saya.Walaupun menjalankan kerja yang begitu susah,ibu saya tidak pernah meluahkan rasa susah di depan anak anaknya.Jadi sejak kecil saya sudah bertekad untuk berjaya dalam hidup saya .Saya tidak mahu lagi mengalami kemiskinan yang saya alami dan saya mempunyai impian besar untuk mengubah hidup saya .
Saya rajin belajar supaya dapat melanjutkan pelajaran saya ke Universiti.Selepas habis Diploma,saya sebenarnya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah.Tetapi disebabkan saya tidak mendapat biasiswa,saya terpaksa melupakan hasrat saya untuk belajar.Saya mula bekerja dan memulakan perjalanan dalam hidup saya.Saya bekerja kuat dan berhasrat untuk berjaya di dalam kerjaya saya .
Selapas 7 tahun bekerja di Sony,saya meninggalkan Sony pada 1994 demi meneruskan impian saya untuk mengecapi kebebasan kewangan dan masa . Impian untuk menjadi seorang yang berjaya telah memberi saya dorongan yang kuat untuk membuat perubahan.Saya menceburi bisnes takaful dan selepas 18 tahun ,saya memang dapat mencapai banyak kejayaan di dalam bidang ini.Disebabkan impian,saya boleh duduk di rumah yang begini pada hari ini.
Untuk belia belia yang berkelulusan SPM,jangan membiarkan pendidikan anda menjadi penghalang anda dalam mencapai impian anda . Anda semua seharusnya mempunyai impian besar untuk mengubah hidup anda.Tak ubah maka tak maju memang tepat sekali.Berani mencuba untuk menceburi bidang bisnes dan jangan bergantung kepada makan gaji semata mata.Seperti yang saya ceritakan dalam bab bab saya yang lain,dengan makan gaji anda tidak mungkin dapat mengubah nasib anda.Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang impian besar sebelum ini,masih tidak terlambat jikalau anda boleh mempunyai impian sekarang.
Anda seharusnya mengambil apa apa peluang yang ada untuk menceburi bidang bisnes dan gigih berusaha. Ingat ! masa depan adalah di atas tangan anda .
Dengan impian anda,saya percaya anda akan berani membuat langkah pertama untuk menceburi bidang bisnes.Jika anda tidak bermodal, maka bisnes takaful adalah peluang terbaik untuk anda.18 tahun menceburi bisnes ini,saya sudah nampak banyak kejayaan yang dicapai oleh golongan orang yang hanya berkelulusan SPM sahaja.Ini jelas menunjukkan bahawa bisnes ini memang satu bines yang berpotensi tinggi.
Akhir kata,impian adalah segala galanya.Impianlah yang akan memberi anda pedoman,dorongan dan semangat untuk berusaha dengan gigih.Impianlah yang akan membolehkan anda tidak mudah putus asa dalam usaha anda mengejari kejayaan.Impianlah yang akan memberi anda harapan untuk mengubah hidup anda.Ingat ! " jika anak anak anda miskin disebabkan anda miskin,itu adalah tanggung jawap anda "

Subscribe to:
Posts (Atom)