Tuesday, 25 June 2013

Susah susah dahulu senang senang kemudian

Lanjutan dari cerita saya , saya hendak maklumkan bahawa bila seseorang nak menceburi bidang takaful / insuran ,dia semestinya tahu apakah tujuan utama atau matlamat yang hendak dicapai . Selepas tamat
pengajian dari UTM , saya terus melangkah ke alam pekerjaan ( makan gaji) seperti yang dillakukan oleh semua orang .

Selepas makan gaji selama 7 tahun , saya sudah mengenal pasti bahwa makan gaji tidak akan membolehkan
saya menikmati satu perkara iaitu Kebebasan . Kebebasan yang saya maksudkan ialah kebebasan masa dan
kebebasan kewangan  . Di bidang makan gaji saya dapati bahwa jumlah kerja dan tanggungjawap akan semakin hari semakin meningkat .Syarikat selalu menekan isu peningkatan mutu kerja , produktiviti kerja dan sebagainya. Malangnya peningkatan gaji selalu tak seiras dengan peningkatan jumlah kerja yang harus dilakukan setiap hari . Tambahan dengan tekanan kerja yang tinggi, makan gaji sememangnya tidak mudah seperti yang dijangkakan oleh orang ramai . Yang saya sangat pasti ialah kita tetap akan susah , terus susah
sepanjang hayat selagi kita masih makan gaji sebab kawalan adalah diatas tangan majikan kita .

Jadi jikalau inilah keadaan di alam makan gaji , saya tidak sudi untuk mengadaikan hidup saya bekerja untuk orang dan sejurusnya saya mengambil keputusan untuk mengubah nasib hidup saya dan juga untuk mencapai
impian saya untuk mengecapi kebebasan kewangan dan kebebasan masa satu hari kelak. Saya terus mengambil keputusan untuk menceburi bidang insuran / takaful selepas saya mendapat banyak maklumat yang berkaitan  dengan bisnes ini. Saya bergaul dengan usahawan yang sudah berjaya di dalam bidang ini , saya menghadiri ceremah berkenaan dengan bisnes dan meminta nasihat dari orang yang berjaya .

Satu perkara yang sangat penting semasa kita nak meminta nasihat ialah kita seharusnya meminta nasihat dari orang yang layak iatu usahawan yang sudah berjaya di bidang masing masing. Kebiasaannya orang akan menanyakan kawan , ibubapa , ahli keluarga dan sebagainya dan dalam keadaan ini mereka selalu akan mendapat nasihat yang tidak atau kurang tepat  seterusnya akan mengugat keputusan mereka untuk menceburi bidang ini.

Balik semula kepada soal keusahawanan , 95% dari populasi yang bekerja masuk ke dalam bidang makan gaji dan cuma 5% orang memasuki bidang keusahawanan . Saya selalu menanya nanyakan soal ini mengapa ramai orang masih tidak begitu sudi , minat atau berani menceburi bidang bisnes . Dari kajian saya , didapati ada beberapa sebab mengapa 95% masyarakat kita masih makan gaji . Diantara sebab sebabnya ialah

1) Ibubapa mereka adalah juga golongan yang makan gaji , jadi tiada pengaruh untuk anak memasuki bidang bisnes
2) Tiada tunjuk ajar dari orang yang layak . Ibubapa, pensyarah , cikgu sekolah tidak boleh dianggap orang yang layak untuk memberi  nasihat sebab mereka juga makan gaji dan tiada pengalaman dan pengetahuan bisnes.
3) Tiada modal terutama untuk bidang bisnes yang memerlukan modal yang tinggi
4) Tiada niat and azam dari seseorang itu untuk menceburi bidang bisnes.

Balik kepada bidang insuran / takaful , satu falsafah bisnes yang saya sangat minati ialah berkerja kuat untuk tempoh 3-5 tahun , kemudian kita boleh senang seumur hidup . Ini lah pengaruh yang saya dapati semasa saya mula mula menceburi bisnes ini. Falfasah ini sememangnya mendorong saya supaya bekerja keras supaya saya boleh menikmati hasil dari usaha saya selepas 5 tahun . Nasihat saya untuk belia belia yang bakal menceburi bidang busnes ini., selagi kita sudi belajar , bekerja keras, positif , yakin dan jangan putus asa , mudah mudahan hasrat kita akan tercapai . Menjadi jutawan dalam bidang takaful / insuran bukan mustahir dan boleh jadi kenyataan . Tambahan lagi syarikat saya mempunyai satu formula networking yang boleh memudahkan proses mencapai kejayaan di bidang takaful dan saya amat yakin bahawa formula ini akan memberi kesan yang sangat baik . 

Barangkali siapa di antara kamu yang hendak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bidang bisnes ini, kamu boleh berhubung dengan saya melalui email siack@pd.jaring.my atau menerusi facebook saya Takaful Calvin atau menghubungi hp saya 019-2776182 



No comments:

Post a Comment