Thursday, 27 June 2013

Berani mencuba

Cerita berkenaan tajuk ini , ia memang menyentuh perasaan saya .Pada tahun 1995 , saya mengambil
keputusan untuk meninggalkan kerja saya sebagai seorang pembantu pengurus di syarikat Sony untuk
menceburi bidang insuran/takaful. Pada masa itu , pendapatan saya ialah RM5,000 sebulan dan mengikut
pendapat ramai orang , itu sememangnya satu pendapatan yang boleh di kira agak selesa dan tinggi 18
tahun yang lepas .

Pada masa itu , saya mempunyai komitmen yang agak tinggi . Saya terpaksa membayar ansuran rumah ,
ansuran kereta , ansuran golf club , bayaran premium insuran dan lain lain dengan jumlah RM3,000 sebulan .
Dengan erti lain , saya memerlukan pendapatan sebanyak RM3,000 minima untuk menanggung komitmen
saya. Apabila saya membuat keputusan untuk letak jawatan dari Sony , saya memang sedar bahawa
saya memerlukan masa untuk menjana pendapatan bisnes sebab saya memang tiada pengalaman
dalam bisnes ini.

Dalam keadaan ini, rasa gelisah dan takut pasti mengganggu pemikiran saya dan kelurga saya juga risau
akan keputusan saya meninggalkan Sony . Ibu saya begitu kecewa dengan keputusan saya meninggalkan
kerja saya yang beliau anggap begitu baik sekali pada masa itu . Saya berumur 31 pada masa itu , sikap
berani mencuba memang memeranjatkan rakan rakan dan juga ketua jabatan di Sony . Ketua jabatan saya di Sony pada masa itu juga memujuk saya supaya tidak meletakkan jawatan tetapi saya masih
bertekad . Saya merasa keputusan untuk menceburi bidang insuran / takaful memang satu keputusan
yang amat berat dan tidak mudah , saya mengetahui akan risiko yang bakal saya hadapi .Tetapi semangat
saya yang kuat membolehkan saya mengatasi segala kerisauan dan saya tetap menampil ke depan tanpa melihat ke belakang .

Nasihat saya kepada yang bakal menceburi bidang bisnes ialah , rasa takut tetap ada ,yang penting ialah
semangat ,azam dan rasa yakin diri yang tinggi akan dapat mengatasi segala-galanya. Jadi ramai orang masih
berada di alam makan gaji kerana tak berani mencuba . Mereka selalu memandang kepada perkara yang
negatif sehingga mereka tidak dapat melakukan langkah yang pertama. Di bidang insuran / takaful , sekira
nya seseorang itu dapat mengikut cara bisnes yang betul , displin yang baik , dan dapat mengikut segala
tunjuk ajar yang diberikan oleh ketua atau orang atasan yang berpengalaman , maka kejayaan tetap dapat
dikecapi satu hari nanti .
Terima Kasih





No comments:

Post a Comment