Pada tahun 1995 ,selepas memahami bidang insuran / takaful dan mengenal pasti bahawa itulah bisnes
yang dapat memenuhi impian saya untuk mengecapi kebebasan masa dan kewangan , saya terus
membuat keputusan yang cepat meninggalkan kerja saya di Sony dan menceburi bisnes ini . Pada
pendapat saya , saya tidak boleh dan mahu menangguh hidup saya lagi untuk mencapai impian
saya.
Dalam tempoh 18 tahun , saya juga mendapati ramai diantara kawan kawan saya , rakan sekerja saya
semasa di Sony atau pelanggan pelanggan saya yang sememangnya kurang atau langsung tidak puas hati
dengan pendapatan mereka . Walaupun tidak puas hati tetapi saya nampak mereka masih tidak mengambil
sebarang tindakan untuk mengubah nasib hidup dan pendapatan mereka . Mereka selalu komplain
tentang majikan mereka kerana tidak menaikan gaji mereka .
Memandang keadaan begini , saya selalu menanyakan mengapa mereka ini tidak berani membuat
perubahan untuk mengubah nasib mereka . Saya selalu tertanya tanya apakah sebab yang membuat
mereka menangguh tindakan atau perubahan . Dari pemerhatian saya , saya dapati ada beberapa sebab
sebab mengapa ramai orang masih menangguh perubahan atau hidup mereka .
1) Mereka takut untuk berubah , mereka bimbang akan kegagalan jika mereka menceburi bidang bisnes.
Mereka lebih menumpukan perhatian kepada isu isu yang negatif , mereka risau apa akan terjadi
kepada mereka jika mereka gagal . Langsung tidak terlintas di fikiran mereka apa akan jadi
jika mereka berjaya.
2) Ramai juga diantara golongan orang yang konon nya hendak membuat perubahan , mereka gigih
mendapatkan maklumat , membuat kajian tentang sesuatu bisnes yang konon nya mereka minat
tetapi mereka tidak langsung mengambil tindakan dan membuat langkah yang pertama.
3) Ramai juga yang tidak yakin terhadap diri mereka . Mereka tidak yakin bahawa mereka mempunyai
keupayaan untuk berjaya di bidang bisnes . Mereka lebih rela meneruskan hidup sekarang walaupun
mereka tahu hidup mereka akan menjadi lebih mencabar disebabkan pendapatan mereka yang tidak
mencukupi .
4) Ada juga golongan yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa keadaan kewangan mereka sudah
teruk , mereka masih meneruskan kerja sekarang dan masih langsung tidak ada inisiatif untuk berubah.
Mereka masih menaruh harapan kepada kerajaan untuk membantu mereka .
Soal penting ialah apakah kesan atau akibat jikalau seseorang itu masih tidak berubah . Ada satu kenyataan
yang tidak dapat saya lupai dan ia berbunyi begini " Jikalau kamu miskin disebabkan ibubapa kamu miskin ,
itu bukan salah kamu . Tetapi jika anak kamu miskin disebabkan kamu miskin , itu adalah tanggungjawap
kamu "
Saya memang tertarik dengan kenyataan diatas kerana saya percaya setiap orang harus bertanggungjawap
terhadap masa depan masing -masing .Nasihat saya ialah jangan kamu menagguh hidup kamu , kamu datang ke dunia ini sekali sahaja . Sementara kamu masih muda dan sihat , buatlah apa sahaja perubahan yang patut demi masa depan anda.
No comments:
Post a Comment