Wednesday, 26 June 2013

Persepsi masyarakat terhadap bidang insuran / takaful

Pada tahun 1995 bila saya menjejaki bidang insuran / takaful,bidang ini sememangnya tidak mendapat
perhatian dari masyarakat berbanding dengan bidang kerja lain seperti doktor,peguam, jurutera dan sebagainya. Bidang ini dianggap satu bidang yang dimasuki oleh orang yang tidak ada kerja,orang yang
tidak berpendidikan tinggi . Lebih -lebih lagi , insuran juga tidak dapat di terima oleh masyarakat secara meluas.Masyarakat masih mempunyai persepsi yang negatif terhadap produk produk insuran.Orang ramai
ternyata lebih yakin terhadap institusi sepert bank ASB,dan sebagainya.

Selain daripada iitu , ada juga lapisan masyarakat yang tidak dapat menerima sama sekali tentang insuran.Ini menyebabkan kerja sabagai seorang agen insuran( gelaran masa itu ) amat mencabar.Jadi sebagai seorang agen insuran,saya terpaksa mempunyai hati yang tabar , mental yang kebal,semangat yang membara setiap masa untuk menjalankan tugas saya .Saya sering kena mengatasi setiap kekecewaan yang saya hadapi.Pada masa itu,kekurangan sistem kominikasi seperti talipon bimbit,internet,kemudahan komputer menyukarkan lagi kerja saya sebagai seorang agen insuran.Walaupun dengan berbagai bagai cabaran yang saya hadapi ,saya tetap bertekad , bersabar dan yakin bahawa saya boleh mencapai impian saya di bidang ini .Saya berkerja dengan  mengamalkan slogan ESSO ( every saturday sunday on) Itu bermaksud saya terpaksa bekerja 7 hari seminggu termasuk sabtu dan ahad.

Tuhan memang akan menolong orang yang menolong diri dia sendiri , itu memang tepat kerana dengan usaha
saya yang gigih , semangat yang tinggi dan yakin diri ,saya sudah mulai merasai pencapain saya di bidang
ini. Bila saya mendapat target jualan yang ditetapkan,saya mendapat penganugerahan dan dapat melancung ke luar negeri buat kali pertama , saya seakan berada di kemuncak gunung everest . Kepuasan itu memang
tak terhingga. Dalam alam makan gaji ,saya tidak pernah mendapat kepuasan yang sebegini .

Jadi menyentuh tentang bidang insuran / takaful,bidang ini sememangnya bukan satu bidang yang sangat
mudah.Tetapi bidang ini adalan satu bidang yang amat berbaloi .Bisnes ini tidak memerlukan modal
tetapi bolen menjadikan seseorang itu jutawan. Memang sukar kita hendak bayangkan tentang potensi
bisnes ini. Nasihat saya kepada belia belia ialah mesti berani untuk menceburi bisnes ini kerana bisnes ini
bukan setakat membantu masyarakat melalui produk produk takaful bahkan dapat menolong sesorang itu
mencapai impian masing masing. Dengan mengamalkam prinsip 3M : saya yakin seseorang itu pasti berjaya
di bidang ini .
M - jangan Malas
M - jangan Malu
M - mesti Mahu

Jka saudara atau saudari hendak mengetahui lebih lanjut tentang bisnes ini , boleh hubungi saya melaui
talipon bimbit saya 019-2776182, facebook - Takaful Calvin atau email - siack@pd.jaring.my
Terima Kasih






No comments:

Post a Comment