Friday, 28 June 2013

Yakin diri punca kejayaan

Pada saat saya mengambil keputusan untuk meninggalkan kerja saya di Sony dan menceburi bidang insuran/ takaful,saya sememangnya tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang ini .
Saya berkelulusan kejuruteraan di bidang elketronik dari UTM dan semasa bekerja di Sony,saya memang tidak terlibat dengan pemasaran.Jadi pemasaran untuk saya memang satu perkara yang baru.Walau bagaimana pun saya tetap dengan pendirian saya menceburi bidang insuran.

Bagi ramai orang , saya rasa mereka tidak akan mempunyai keberanian untuk berbuat sedemikian .Ini memang biasa sebab manusia kebiasaannya tidak selesa untuk mengambil risiko atau memasuki bidang yang
mereka tidak tahu.Bila saya mengajak kawan kawan saya untuk menceburi bidang ini,jawapannya tetap tidak . Mereka akan memberi banyak alasan seperti mereka tidak suka berniaga,mereka tidak suka bidang yang melibatkan pemasaran , mereka lebih mengemari kerja kerja pejabat,bahkan ada mereka yang mengatakan bahawa bidang insuran tidak sesuai untuk mereka.

Manusia pada pendapat saya tetap akan mencari banyak sebab atau alasan untuk menutup  kelemahan mereka.Balik kepada keputusan saya menceburi bidang insuran , apakah sebenarnya sebab yang menyebabkan saya membuat keputusan yang begitu mendadak?Saya tidak ada pengalaman , ramai orang pula tidak memberi saya sokongan  dan saya terpaksa mulai dari kosong .Apabila  imbas kembali,saya dapati diantara faktor faktor yang mendorong saya membuat keputusan ini, terdapat satu faktor yang paling utama .Faktor itu ialah yakin diri .

Yakin diri pada pendapat adalah faktor pendorong yang utama walaupun saya pada ketika itu memang tidak
mempunyai sebarang pengetahuan dan pengalaman di bidang tersebuat.Saya belajar dari usahawan yang berjaya bahawa yakin diri adalah sangat  penting.Saya semaikan yakin diri dalam minda saya dan saya sudah menetapkan destinasi yang saya kehendaki pada peringkat permulaan . Saya amat jelas apakah matlamat saya ,saya meluangkan banyak masa bergaul dengan usahawan yang berjaya dan selalu meminta nasihat dari mereka. Saya selalu melakukan imaginasi bahawa saya akan berjaya satu hari nanti . Keyakinan diri memang banyak memberi saya dorongan dan motivasi terutama pada saat saat dimana saya menghadapi kekecewaan . Disebabkan yakin diri , saya tetap terus melangkah ke depan walaupun saya menghadapi cabaran . Dengan sikap saya yang tidak putus asa , saya tetap bertahan sehingga hari ini . Selepas 18 tahun dalam bidang ini , saya masih  tetap mengamalkan sikap yakin diri.

Untuk mereka yang baru menceburi bidang ini atau mereka yang masih menimbang samada untuk menceburi bidang ini , nasihat saya ialah yakin terhadap diri kamu sendiri . Pentingnya ialah jangan meminta nasihat atau pendapat dari orang yang tidak layak , carilah usahawan yang sudah berjaya jikalau kamu mempunyai sebarang kesangsian . Tetapi , yakin diri masih faktor yang paling penting yang akan  menentukan kejayaan kamu di bidang ini .
Terima kasih








No comments:

Post a Comment