Semasa saya mengambil keputusan untuk menceburi bidang insuran / takaful , saya membuat banyak
persediaan . Diantara persediaan yang saya buat ialah
1) belajar beberapa produk popular yang hangat dipasarkan
2) belajar teknik untuk membuat presentasi
3) belajar cara untuk membuat cadangan ( proposal )
4) belajar cara membuat jadual tugas harian
5) belajar cara membuat panggilan untuk mendapat temujanji
6) belajar cara untuk mendapatkan kes ( berjaya jual polisi)
7) belajar cara menjawap soalan dari pelanggan
Dengan persediaan tersebut , saya sudah bersedia untuk sepak mula , maksud saya memulakan bisnes
saya. Sebenarnya kita juga boleh melakukan proses memasarkan produk sambil belajar dan kita tidak
semestinya menunggu sehingga kita mengetahui semua maklumat atau informasi yang kita perlukan.
Dalam bisnes ini, saya perlu belajar teknik untuk memasarkan produk dan juga teknik untuk memasarkan
bisnes kita kepada orang ramai . Itu bermaksud kita juga harus mengajak ramai orang untuk menceburi
bisnes ini . Tindakan ini kita namakan satu tindakan buka cawangan . Setiap orang yang menjadi ahli baru pasukan kita adalah dianggap sebagai cawangan kita . Dalam bisnes , networking adalah satu strategi yang amat penting untuk membolehkan kita mencapai satu tahap pasaran yang maksima.
Pada waktu sepak mula , tabiat dan displin adalah two unsur yang amat penting. Tanpa tabiat yang baik kita
agak sukar untuk menjalankan tugas kita dengan sempurna. Nasihat saya untuk kamu yang baru menceburi
bidang ini ialah 100% mengikut nasihat dan arahan dari ketua atau pengurus kamu . Di dalam bisnes ini , ada
sebahagian orang mula secara part time . Jikalau kamu masuk secara part time , kamu harus pandai mencuri
masa untuk berjumpa dengan prospek kamu , kebiasaan pada waktu malam atau hari minggu .
Tidak kira samada kamu masuk secara part time atau full time , perkara yang sangat penting ialah azam kamu sebab peringkat sepak mula memang mencabar terutama sekali untuk orang yang buat secara part time . Sentiasa berhubung dengan ketua kamu dan berbincang dengan mereka tentang keadaan bisnes kamu setiap hari samada melalui perjumpaan atau melalui talipon.
Ingat , selagi kamu jelas akan matlamat yang kamu hendak capai dan rela berkerja keras , kamu tetap akan
mencapai kejayaan di bidang ini . Seperti yang selalu saya sebutkan bisnes ini sememangnya satu bisnes
yang sangat berbaloi . Bisnes ini satu bisnes tanpa sebarang modal tetapi boleh menjadikan kita jutawan.
No comments:
Post a Comment