Tahun 1995 , saya melangkah masuk ke dunia keusahawanan di bidang insuran / takaful . Inilah satu keputusan yang berat yang pernah saya buat dalam hidup saya . Sebelum ini , saya bekerja di Sony selama
lebih kurang 7 tahun. Keputusan menceburi bidang keusahawanan sememangnya tidak mendapat banyak
galakan atau sokongan , walau bagaimanapun saya tetap bertekad untuk meneruskan perjalanan saya
di bidang ini dengan azam dan semangat yang membara. Masa berlalu dengan begitu cepat dan sekelip mata saya sudah menceburi bidang ini selama 18 tahun.
Dalam masa 18 tahun, berbagai pengalaman yang saya alami baik yang manis mahu pun yang pahit. Yang
penting sekali saya tidak pernah menyesal tentang keputusan saya menceburi bidang ini 18 tahun yang lepas.
Saya sememangnya mencapai banyak kejayaaan dalam bidang ini dengan memenangi award syarikat setiap
tahun . Saya melancung ke luar negeri setiap tahun dan kehidupan saya berubah semenjak saya menceburi
bidang ini. Hari ini bila saya imbas kembali saya rasa juga bangga atas pencapaian saya. Saya juga menolong ramai rakan rakan sepejuangan saya mencapai kejayaan dalam bidang ini. Inilah kepuasan yang
sememangnya tidak boleh diluahkan melalui perkataan .
Dalam tempoh 18 tahun ini , saya meneruskan perjalanan saya di bidang ini dengan prinsip yang kuat dan jelas . Saya belajar mengatasi setiap cabaran dan rintangan yang saya hadapi , saya mencari penyelesaian ,
dan mempunyai pegangan yang kuat terhadap prinsip " tiada orang yang gagal , cuma orang yang putus asa "
Saya berlajar dari asas sebab sememangnya saya tiada pengalaman dalam bidang pemasaran , saya sebenarnya seoarang graduan dari Universiti Teknologi Malaysia dalam jurusan elektronik komunikasi.
Itu sudah jelas menunjukan kepada saya bahawa kita sebenarnya boleh berjaya dalam sesuatu bidang walaupun kita tiada pengetahuan asas atau pengalaman dalam sesuatu bidang itu.
Dalam 18 tahun di bidang ini, saya fokus meningkatkan pengetahuan saya di bidang pengurusan risiko .Saya menghadiri banyak seminar di dalam dan di luar negeri . Saya pernah ke negara seperti Singapura, Thailand dan Hong Kong semata mata untuk berlajar dari uasahawan yang sudah berjaya dalam bidang insuran / takaful . Pada pendapat saya , bidang ini tidak memerlukan modal dan perlaburan yang harus kita buat ialah melabur masa menghadiri seminar untuk meningkatkan pengetahuan . Walau bagaimana pun , saya juga dapati ramai orang yang putus asa dalam bidang ini apabila mereka menghadapi cabaran . Perkara sebegini telah memberi saya satu kesedaran bahawa jikalau kita nak berjaya dalam bidang ini, kita seharusnya mempunyai ketahanan mental yang tinggi, sikap yang positif , semangat yang kuat dan yakin diri .
Ramai juga orang menanyakan saya samada senang tak untuk mereka berjaya dalam bidang ini , tetapi bagi diri saya yang paling penting ialah bidang ini berbaloi tak ? Selagi bidang ini berbaloi dan pulangan berpatutan dengan pulangan, maka bidang ini tetap akan saya terokai walaupun saya tahu saya akan menghadapi banyak cabaran. Bidang ini sememangnya tidak mendapat perhatian yang tinggi dari masyarakat berbading dengan kerja kerja seperti doktor, jurutera dan sebagainya. Tetapi satu fakta yang tidak boleh saya nafikan ialah bidang ini sememangnya boleh membuat seseorang itu menjadi jutawan jika beliau sanggup berusaha dengan gigih .
Masa kini, saya memang tumpukan perhatian saya untuk membantu belia belia yang ingin menceburi bidang keusahawanan terutama sekali untuk golongan belia yang berkelulusan SPM sahaja . Bidang takaful sememangnya satu peluang keemasan bagi sesiapa sahaja yang ingin mencapai kejayaan dalam hidup mereka . Demi mencapai matlamat ini , saya telah wujudkan satu laman www.takafulnetworking.com dan juga Facabook Takaful Calvin supaya orang ramai boleh mendapat maklumat yang lebih mendalam dalam bidang keusahawanan takaful . Saya juga mengadakan bengkel menolong belia menerokai bidang ini . Harap harap dengan usaha saya ini , saya dapat membantu lagi ramai belia menceburi bidang takaful.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment