Pada tahun 1995 bila saya melangkah masuk ke bidang insuran/ takaful , saya banyak belajar dari
usahawan yang berpengalaman dan mereka ini sememangnya sudah mencapai kejayaan yang besar
di dalam bidang ini. Nasihat yang paling berharga yang saya pelajari ialah sikap tidak putus asa .
Saya sebenarnya memahami bahawa saya akan menghadapi banyak cabaran dalam bidang ini , itulah
sebab mengapa saya selalu belatih meningkatkan ketahanan mental saya menerusi saluran saluran seperti
membaca buku motivasi , menghadiri seminar dan kelas yang berkaitan dengan insuran. Satu diantara
sikap yang paling penting ialah sikap tidak putus asa . Dalam tempoh 18 tahun , saya dapat melihat
ramai orang yang menceburi bidang ini meninggalkan bisnes ini apabila mereka menghadapi masalah
dan cabaran . Mereka tidak dapat mengatasi kekecewaan yang mereka hadapi .Paling memeranjatkan
saya ialah golongan yang putus asa itu adalah golongan yang berpendidikan tinggi ( yang mempuyai ijazah)
Sebaliknya golongan yang baru berkelulusan SPM dapat meneruskan perjuangan mereka di bidang ini
sehingga mereka mencapai kejayaan yang amat besar.
Balik kepada sikap tidak putus asa , saya memahami bahawa di peringkat permulaan saya terpaksa
merentas jalan yang berliku liku disebabkan pengalaman dan pengetahuan saya yang tidak cukup
mendalam di bidang ini. Dengan sikap tidak putus asa , saya meneruskan perjuangan saya dengan
semangat yang membara . Bila sahaja saya mengalami emosi yang negatif , saya cepat mencari orang
yang dapat memberi saya motivasi dan dorongan supaya saya dapat memulihkan emosi saya yang negatif dan terus berjuang .
Di sebaliknya , ramai orang yang putus asa tidak berbuat sedemikian . Apabila menghadapi emosi yang
negatif dan motivasi yang menurun , mereka selalu mengasingkan diri mereka dari pejabat dan kelas
latihan . Mereka tidak berbincang dengan ketua atau pengurus mereka , ini menyebabkan motivasi
mereka semakin hari semakin menurun . Akibatnya bisnes mereka juga menurun kerana mereka tidak
dapat menjalankan tugas harian dengan gigih dan cekap .
Nasihat saya kepada orang yang bakal menceburi bidang ini ialah mesti mempunyai sikap tidak putus
asa tak kira apa yang berlaku . Kita seharusnya ingat pada saat kita membuat keputusan untuk menceburi bidang ini , kita seharusnya sudah cukup bersedia untuk berjuang sehingga kita berjaya . Selapas 18 tahun
menceburi bidang ini , saya yakin selagi kita mempunyai matlamat yang jelas , kita pasti tidak senang berputus asa kerana azam kita hendak mencapai impian kita amat kuat . Golongan orang yang senang putus asa adalah orang yang kurang jelas tujuan , matlamat dan arah tuju yang mereka kehendaki .
Akhir kata , setiap cabaran atau masalah ada ubatnya. Kita kena pandai mencari ubat dan jangan sekali
kali putus asa kerana bila kita putus asa maka hancur segala harapan kita .
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment