Tuesday, 5 November 2013

Cabaran makan gaji

Masyarakat lebih memperagung-agungkan kerja seperti doktor, peguam, jurutera dan sebagainya. Dalam sekolah, universiti, pelajar-pelajar diajar untuk mencari pekerjaan . Dalam rumah, kebanyakan ibubapa akan menggalakkan anak-anak mereka mencari pekerjaan selepas tamat pengajian kerana mereka juga dari golongan yang makan gaji. Bidang keusahawanan bagi mereka adalah bidang yang berisiko tinggi dan ramai ibubapa sememangnya tidak memberi galakkan kepada anak-anak mereka untuk menceburi bidang keusahawanan. Inilah sebab utama 95% golongan yang bekerja adalah golongan yang makan gaji.

Kekurangan pendedahan kepada bidang keusahawanan menyebabkan masyarakat kita masih kekurangan keyakinan terhadap bidang keusahawanan. Peratusan besar masih lebih gemar menceburi sektor makan gaji kerana mereka masih berpendapat ia lebih terjamin dan senang. Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, banyak perubahan telah berlaku dalam sektor makan gaji, ia menjadi lebih mencabar dan ramai lepasan universiti menganggur akibat kekurangan peluang pekerjaan. Tambahan pula, gaji graduan yang rendah dan inflasi yang tinggi menyebabkan ramai yang menghadapi hidup susah terutama yang hidup di bandar.

Dalam sektor makan gaji, keadaan ekonomi dan persaingan sengit menyebabkan ramai majikan memberi banyak tekanan kepada pekerja-pekerja mereka meningkatkan prestasi dan produktiviti. Ambil contoh dalam sektor bank, saya mengetahui terdapat bank-bank yang mewajibkan  pekerjanya  mencari pelanggan untuk ambil kad kredit bank walaupun mereka bukan terlibat dalam pemasaran, jika mereka tidak mencapai target tertentu yang ditetapkan maka mereka tidak akan mendapat sebarang peningkatan gaji. Untuk mereka yang terlibat dalam pemasaran, mereka terpaksa mencapai target yang banyak dalam kad kredit, pinjaman peribadi, insuran, pinjaman ASB dan lain lain. Sebaliknya apa yang mereka dapat walaupun mereka mencapai target tersebut ?  Bagi yang tidak boleh mencapai target, mereka pula khuatir akan kehilangan kerja mereka. Lebih-lebih lagi  pengurus bank masa kini sudah terpaksa keluar mencari pelanggan dan tidak boleh duduk dalam bank seperti dulu.

Keadaan yang disebutkan diatas jelas menunjukkan bahawa sektor makan gaji sudah tidak semudah seperti yang difikirkan oleh orang ramai. Tambahan pula, gaji yang rendah bagi graduan menyebabkan mereka yang makan gaji memang hidup susah. Dalam tahun 1986, gaji pemulaan ialah RM1500. Selepas 27 tahun, gaji pemulaan seorang graduan masih dalam lingkungan RM 2500 iaitu peningkatan sebanyak 67% sahaja. Sebaliknya harga rumah teres 2 tingkat sudah naik melambung tinggi dari RM100,000 pada tahun 1992 ke RM 400,000 keatas sekarang ( 2013). Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 300% keatas. Kalau kita tinjau keadaan peningkatan gaji dan peningkatan harga rumah, maka jelas terbukti kenaikan gaji sudah tidak boleh lagi menandingi kenaikan harga rumah.

Walaupun inilah keadaan yang sebenar terjadi, tapi ramai orang masih tidak mengetahuinya. Kekurangan kesedaran menyebabkan ramai masih mengharapkan makan gaji dan tetap tidak membuat sebarang perubahan. Sistem pelajaran di negara kita masih tidak menampakkan sebarang perubahan untuk menggalakkan pelajar-pelajar menceburi bidang keusahawanan. Bila graduan tidak mendapat pekerjaan
kerajaan terpaksa belanja bejuta-juta ringgit untuk mengadakan kursus meningkatkan kemahiran graduan graduan dalam usaha untuk meningkatkan daya persaingan mereka.

Pernahkah anda membaca buku yang ditulis oleh Robert kiyosaki yang bertajuk " Gred A student work for gred C student " Buku itu jelas menunjukkan bahawa pelajar yang cemerlang dalam akademi dan berkelulusan universiti akhirnya masih bekerja untuk pelajar Gred C yang tidak masuk universiti tetapi  menjadi usahawan berjaya. Ini membuktikan bahawa kelulusan univerisiti tidak lagi menjamin hidup selesa melainkan graduan berani menerokai bidang keusahawanan.

Sekiranya hidup anda masih susah dan pekerjaan anda tidak membawa sebarang harapan, pertimbangkan keusahawanan takaful. Kursus keusahawanan takaful dengan silibus terunggul tetap boleh menjadi titik perubahan dalam hidup anda. Ramai yang menjadi berjaya setelah menceburi bidang keusahawanan takaful dan ramai dari mereka yang hanya berkelulusan SPM. Untuk mendapat kesedaran, hadirilah kelas taklimat keusahawanan saya kerana sebarang perubahan mesti bermula dari kesedaran. Ingat, tak sedar maka tak ubah, tak ubah maka tak maju. Layarilah semua blog,laman dan facebook saya.

laman      www.takafulnetworking.com
blog        www.takafulbisnes.blogspot.com
               www.takafulcalvin.blogspot.com
facebook Takaful Calvin